Sunday, 21 April 2013

HARI PENAMAAN CALON YANG MERIAH TETAPI MEMERANJATKAN.



Hari ini 20hb April 2013, adalah hari penamaan calon untuk PRU13 di Malaysia.

 

Kesemua kerusi 222 Parlimen (melainkan Parlimen Pasir Mas)  dan 505 DUN akan ditandingi oleh BN. Seperti yang dijangkakan dan telah diumumkan, calon calon telah diberikan watikah untuk bertanding. Ada empat atau lima kerusi yang  berubah kerana penarikan diri calon dan sebab lain, sebelum hari penamaan calon berlaku.

 

Penamaan calon di kerusi panas adalah di Parlimen Permatang Pauh, Gelang Patah, Shah Alam, Lembah Pantai, Pekan, Pagoh, setiap kerusi yang ditandingi Ketua Menteri / Mentri Besar, pemimpin tertinggi setiap parti dan bekas Menteri.

 

Ada kejutan berlaku. Ada pertandingan 7 penjuru. Ada satu parti di wakili oleh 2 orang. Ada ramai calon bebas yang kebanyakannya kecewa kerana tidak di lantik semula sebagai calon.

 

Kejutan terbesar BN ialah  di Parlimen Pasir Mas, Tasek Gelugor dan Parlimen Kuala Kangsar. Calon BN Pasir Mas telah tidak menyerahkan borang pencalonan yang menyebabkan calon PAS, Nik Abduh, anak Tok Guru Nik Aziz, akan menentang penyandang kerusi Datuk Ibrahim Ali. Adakah ia disengajakan atau strategi BN menghadapi PAS? Penulis memandang serius status dislipin calon BN ini. Ikrar dan kesetiaan calon ini amat buruk. Kelantan bermula dengan satu kepincangan.

 

Datuk Ibrahim Ali memang `friendly BN’ tetapi atas apa jua alasan, beliau bertanding atas tiket bebas. Tun Dr Mahathir pun sokong Datuk Ibrahim Ali menjadi calon BN. BN akan membuat ketetapan samada tidak akan keluar kempen atau menyokong calan bebas. Harap pengundi BN memilih Datuk Ibrahim Ali dan secara langsung memberi pelajaran dan pengajaran kepada Tok Guru Nik Aziz.

 

Nasib baiklah ia berlaku di Pasir Mas kerana BN boleh memberikan sokongan dan undi kepada Datuk Ibrahim Ali dan mengalahkan calon PAS. Bagaimana pulak jika ia berlaku di kerusi lain? Tidak kah ia memberikan kemenangan percuma kepada pihak pembangkang? Penulis cadang BN meneliti insiden ini dan menjadikannya suatu pengajaran. Satu sistem `standby’ calon perlu diwujudkan atau jika sudah diwujudkan, ia mesti di perkemaskan.

 

BN perlu memperbaiki kelemahan tiada pencalonan pada hari percalonan. Calon calon mesti diberitahu pada awalnya yang nama beliau termasuk di dalam senarai calon calon yang sedang dipertimbangkan oleh pengurusan UMNO. Calon pula perlu bertanggongjawab dengan berkata benar dan memberikan maklum balas. Jikalau sakit cakap sakit. Jika ada masalah perundangan terselindung, sila beritahu. Jika tidak sanggup memikul tanggongkawab, sila bincang segera. Jangan susahkan parti dan BN.

 

Selepas mendapat watikah BN, Badan Tertinggi BN mesti mengadakan perjumpaan hati ke hati dengan calon untuk memastikan mereka tidak melakukan kejutan pada pagi pencalonan seperti tidak hadir atau tidak menyerahkan borang. Waktu pencalonan amat terhad iaitu dari 9 pagi hingga 10 pagi.

 

BN mesti ada kontejensi plan. SOP perlu ada andaikata calon tidak hadir atau tidak dapat serah borang secara sengaja atau tidak sengaja. Ketidak hadiran boleh berlaku banyak cara. Kena culik, kemalangan, Kad Pengenalan dan dokumen kena curi, jatuh sakit dan lumpuh, berpaling tadah ke parti lawan dan banyak contoh lagi.

 

Penulis biarkan BN merencanakan SOP dan cara penyelesaian jika ia dirasakan ada keperluan.

 

Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan Datuk Kamilla Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO menjadi calon bebas. Beliau memilih untuk tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan UMNO yang mencadangkan beliau bertanding di DUN Bukit Chandan. Beliau akan dipecat daripada UMNO secara otomatik apabila bertanding calon bebas menentang BN.

Sebenarnya dari awal lagi, gandingan Datuk Seri Shahrizat dengan Datuk Kamilla tidak kukuh kerana beliau tidak mempunyai `favorite’ semasa pemilihan Ketua Pergerakan WANITA dahulu. Kemudian semasa Ketuanya mengalami masalah mengenai National Feedlot Corporation, beliau mendesak supaya Ketuanya meletakkan jawatan Menteri dan parti.

Datuk Omar Shariff dari Pulau Pinang dan Datuk Fadzil Hanafi dari Kedah yang bertanding tiket bebas akan dipecat keahlian parti secara otomatik.

 

Penulis harap pimpinan negeri (sekali sekala pimpinan Negara) perlu melakukan `engagement’ yang kerap dengan bekas pemimpin supaya tidak terasa mereka ini tidak di edahkan atau tidak mendengar pandangan mereka. Mereka mungkin merasa `apabila BN mendapat madu, kemustahakan dan relevan mereka tidak diperlukan lagi’.

 

Penulis percaya jika ada program program perjumpaan dengan MUBARAK, pimpinan veteran dan diberikan peranan dan pengiktirafan, perkara calon bebas akan berkurangan.

No comments:

Post a Comment