PRU13 ini
mencatitkan bilangan calon bebas seramai 79 calon di Parlimen dan 191 calon
peringkat DUN.
Mengapa berlakunya
kegahriahan atau minat mendadak rakyat untuk bertanding sebagai wakil rakyat?
Adakah jawatan wakil rakyat passport kepada kebahgiaan dunia dan akhirat bagi
seseorang? Anggapan ramai ialah ia suatu kerjaya yang berstatus tinggi, ada
penghormatan tersendiri dan juga passport kemewahan dunia. Mungkin atas dasar
itu, ramai ahli sesebuah parti yang marah dan merajuk jika tidak terpilih
bertanding, Sebab itu, mereka menjadi calon bebas.
Apa dia kemungkinan
kemungkinan mereka menjadi calon wakil rakyat dan bebas?
Kemungkinan 1
Faktor Ekonomi satu
kemungkinan.Mungkin tanggagaji wakil rakyat menarik dan bertaraf pencen. Gaji
Ahli Parlimen dan Ahli DUN ada perbezaaan. Ahli DUN bertaraf EXCO dengan Ahli
DUN pun ada perbezaan. Ada
orang ingin menjadi wakil rakyat kerana ia terbuka kepada peluang niaga. Ada nak jadi ahli
perniagaan yang sebenarnya dan aktif manakala ada juga yang menjadi Pengerusi
syarikat. Tugas utama mereka ialah melobi projek.
Kemungkinan 2
Rakyat semakin
meminati untuk berkhidmat kepada rakyat. Kerjaya wakil rakyat ini sebenarnya
susah buat penulis. Kerja lebih masa setiap hari. Akan sibok bermesyuarat dan
berjumpa rakyat. Akan melayan kerenah rakyat. Akan ada musuh kerana wakil rakyat tidak dapat tolong
mendapatkan tender atau biasiswa,
Pada penulis, jika
ada sikap `sukarelawan untuk berkhidmat kepada rakyat’, kita boleh menganggotai
pelbagai `avenue’ seperti kelab masyarakat, NGO, Persatuan Penduduk, Dewan
Perniagaan, Kelab Belia dan banyak lagi. Jika kita seorang sportman, aktifkan
lah diri kelab bolasepak, badminton, sepak takraw , futsal dan sebagainya.
Bantulah kerajaan di dalam pembangunan sukan, penganjuran pertandingan sukan,
mencari penaja dan sebagainya. Kelab Sukan Bola Sepak ada banyak kategori
bermula 10 tahun, 12 tahun, 14 tahun, 16 tahun
dan 18 tahun. Ini tidak termasuk jantina. Kerja ini pun tidak habis.
Kemungkinan 3
Calon calon ini
kecewa dengan parti mereka kerana tidak memilih mereka mewakili parti. Dalam
kes BN, sekurang kurangnya ada 3
pembesar yang kecewa dan menawarkan diri sebagai calon bebas.
Kemungkinan 4
Calon calon ini
berdendam dengan calon lain. Mungkin calon tersebut ingin menghukum bekas rakan
niaganya, atau mungkin peniaga ini ingin mengajar bekas Pengarah JKR (bukan
nama / jawatan sebenar) atau mungkin orang lain mengupah calon ini untuk
memberikan tentangan kepada musuh tradisinya.
Kemungkinan 5
Diberitakan, ada
calon ini bertanding calon bebas kerana berdendam dengan kerajaan Pulau Pinang
yang dikatakan zalim.
Kemungkinan 6
Calon calon ini di
arah bertanding kerana lawannya seorang `syaitan dan berfahaman komunis’.
Presiden PAS telah memberikan kenyataan yang PAS bertanding bertindih di
beberapa kerusi atas sebab calon.
Kemungkinan 7
Anggapan ramai yang
sesiapa bertanding bebas mungkin akan berjaya kerana ramai pengundi yang tidak
berparti dan atas pagar.
Kemungkinan 8
Strategi parti
politik untuk pecah undi.
Kemungkinan 9
Seperti Tan Sri
Napsiah Omar kata di Bernama TV, calon calon bebas ini berniaga. Ada calon yang meletakkan
`harga’ untuk menarik diri di saat saat akhir. Tetapi di bawah akta SPR terbaru,
tiada istilah `tarik diri’ lagi selepas penamaan calon. Nama mereka pun akan
dicetak dalam kertas undi. Ini dapat mengelakkan spekulasi.
Kemungkinan 10
Calon calon ingin
menempah nama di dalam politik mahupun perniagaan. Dengan perbelanjaan (deposit)
RM10,000 untuk kerusi Parlimen dan RM5,000 untuk kerusi DUN, nama dan gambar
tersebar luas. Calon bebas ini walaubagaimana pun tidak boleh menjadi ahli UMNO
sepanjang masa.
Banyak lagi
kemungkinan yang memotivasikan seseorang menjadi calon bebas dengan harapan
akan menang dan menjadi Yang Berhormat, tetapi tiada kesempatan menulisnya.
No comments:
Post a Comment