Friday 8 August 2014

SUK SELANGOR BOLEH BANTU MB SELANGOR?


Penulis ingin mengimbas kembali isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Selangor 5 tahun yang lalu. Ia berlaku kerana peralihan kuasa dari BN kepada PR/PKR. Perlantikan SUK lazimnya di lakukan oleh SPA (Kerajaan Pusat) dan diangkat perkenaan Sultan Selangor. Pada masa itu, PKR dan TS Khalid mahu `orang PKR' menjadi SUK kerana di takuti SUK dari SPA mensabotaj Kerajaan Selangor. Lebih lebih lagi di katakan SUK Perak memainkan peranan penting menumbangkan Kerajaan Perak DAP.

Datuk Mohd Kursin Munawi, sebelum menjadi SUK adalah Pengarah JAKIM Selangor dan secara kebetulan terlibat dengan tindakan  tidak memulangkan rampasan minuman keras yang di jual di 7 Elevan di Shah Alam. Kejadian dan ketegasan ini menakutkan TS Khalid.

Ramai tahu, MB tidak hadir Majlis Ikrar Taat Setia dan perlantikan SUK di Istana. Datuk SUK tidak diberikan sebarang kerja dan di larang menghadiri Mesyuarat EXCO untuk 3-4 bulan.

Kesian melihat nasib Datuk Mohd Khursin. Beliau di sokong oleh Sultan Selangor tetapi di baikot oleh PKR.


Moral ceritanya (walaupun Penulis menyokong TS Khalid memegang terus jawatan MB Selangor atau terbentuknya Kerajaan Campuran atau Pembubaran DUN), TS Khalid kena melihat kembali tindakan yang beliau ambil dulukala terhadap orang lain. Sekarang terkena batang hidup sendiri. Politikus atau pegawai Kerajaan perlu mengambil pengajaran ini.


Sudah kah TS Khalid berbincang dengan SUK akan tindakan tindakan yang boleh di ambil untuk membantu TS Khalid Ibrahim? Kepada Datuk SUK, bantulah Tan Sri Khalid dan KeBawah Duli Sultan Selangor.

Antara artikel berkenaan konflik SUK-MB Selangor

http://musramrakunman.blogspot.com/2010_12_01_archive.html

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aziz-bari-pusat-negeri-konflik-elak-lantik-khusrin-suk-selangor

http://www.beritasemasa.com.my/isu-suk-selangor-raja-raja-melayu


No comments:

Post a Comment