Tuesday, 17 December 2013

IF BN/UMNO CANNOT BEAT THEM IN UNIVERCITIES, PLEASE JOIN THEM



Perhimpunan Agung UMNO ini menyedarkan pemimpin atasan UMNO sehinggakan Presiden UMNO mengulasnya semasa pengulungan. Beliau memberi contoh BN/UMNO membina masjid dan surau dan peruntukan pengurusan serta bantuan dari masa ke semasa, tetapi JKK masjid dan suraunya di ambilalih orang PAS dan pembangkang. Mereka mengatur ceramah dan membelanjakan derma dan peruntukan untuk memperkuatkan pengaruh mereka. Suasana ini perlu di tukar.
Ada perwakilan menyebut kes biasiswa (contohnya), ianya  di kurniakan kepada pelajar Bumiputera dan selepas tamat pengajian, mereka diberikan kerja tetapi menentang Kerajaan. Kerajaan BN bukan minta kurniaan biasiswa mesti dibalas dengan kesetiaan membabi buta. Kerajaan tidak menzalimi mereka. Yuran pengajian dibayar mengikut jadual. Wang saku di kreditkan setepat masa. Tiket kapal terbang disediakan untuk pergi dan pulang. Mereka menentang Kerajaan kerana `hearsay’ puak pembangkang tanpa periksa. Mereka terikut ikut bahawa menyokong pembangkang seolah olah mereka itu berfashion terkini, moden dan `trendy’. Menjadi ahli pembangkang macam termasuk dalam golongan orang pandai dan muda. UMNO untuk orang tua. Macamana boleh jadi macam itu.? Macamana pelajar boleh terpesong arah? Ini lah yang hendak penulis ulaskan.
Salah Kerajaan dan UMNO sendiri. Kerajaan BN terlalu `sopan’ dengan tidak mahu `menggangu’ pelajar pelajar di kampus. Pelajar di biarkan menjalankan aktiviti masing masing tanpa `engagement’ pegawai Kerajaan atau pegawai UMNO. Tetapi puak pembangkang amat aktif di kampus.
Ibarat kata orang. Kerajaan memasak nasi dan selepas itu dibiarkan masak tanpa penyeliaan. Apabila nasi sudah masak, pembangkang yang makan nasi tersebut. Kerajaan dan UMNO dapat kerak nasi sahaja. Ataupun UMNO tanam pokok durian. Hasilnya dituai Pakatan Pembangkang. Atau kerja dengan Kerajaan dan gaji lumayan tetapi menentang Kerajaan. Atau seperti melepaskan anjing tersepit. Apaila terlepas dari sepitan, anjing itu gigit tuannya.
Kerajaan BN/UMNO ada kemampuan dari segi kewangan dan personnel, tetapi mungkin `over confident’ menang PRU seperti selalu, Kerajaan BN/UMNO tidak mahu aktif di kampus dan di abaikan. Kerajaan ada buat `engagement’ dengan pelajar tetapi amat terhad kepada semasa memproses kemasukan dalam Universiti, memproses biasiswa atau  pinjaman PTPTN dan membayar Baucher Buku. Kerajaan BN/UMNO hanya cadang akan buat `real engagement’ dengan pelajar selepas mereka tamat pengajian dan semasa berkerja. Tetapi pada penulis, hati pelajar telah menjadi hitam dan akan kekal membenci Kerajaan.
Penulis amat bersetuju dengan peribahasa lama. Kalau hendak meluntur buluh, biar dari rebungnya. Sebaiknya Kerajaan BN/UMNO membuat `engagement’ dengan pelajar dari peringkat sekolah rendah lagi. Bagaimana dan apa caranya? Banyak cara tetapi salah satu cara ialah melalui sukan. Mari kita cerita sedikit keadahnya. Maklumat lanjut dan detail adalah di salah satu tuliasan penulis iaitu Transformasi Sukan Bolasepak.
Pemuda atau Putera UMNO boleh bekerjasama dengan sekolah sekolah menaja dan menguruskan pasukan bolasepak remaja bawah 10 tahun dan 12 tahun. Setiap sekolah boleh ditubuhkan sekurang kurang 2 team (Team A dan Team B bawah 10 tahun) setiap kategori. Di DUN Paya Rumput, ada 8 buah sekolah rendah (contohnya). Ini bermakna UMNO akan rapat dengan  80 pelajar setiap sekolah (20 orang setiap team 1 kategori x 2 team x 2 kategori) atau 640 pelajar sekolah rendah di DUN Paya Rumput (80 orang/sekolah x 8 sekolah rendah DUN Paya Rumput).
Pemuda atau Putera UMNO hendak buat apa dengan 640 pemain in?i. Setiap pasukan di sekolah akan berlatih setiap hari Sabtu dan Ahad. Perlawanan persahabatan diadakan sebulan sekali. Setiap 6 bulan, diadakan pertandingan atau Karnival. Ada hadiah medal, piala dan wang tunai. Hubungan dan hormat akan di semai. Ibubapa pemain ini jangan dilupakan. Adakan perjumpaan dan jamuan dengan ibubapa pemain. Lingkungan persahabatan akan bertambah daripada 640 pelajar kepada 1500 orang termasuk ibubapanya dan keluarga.
Berbalik kepada pelajar di Universiti tadi, untuk menyekat puak pembangkang aktif di kampus dan membiarkan pelajar dengan pembelajaran, Kerajaan memperkenalkan Akta Universiti. Tetapi ia memperkuatkan pengaruh puak pembangkang terutamanya sekitar PRU12. Nasib baik pengaruhnya menurun sedikit apabila campurtangan Kerajaan BN/UMNO berlaku. Jikalau dahulu hampir kesemua Persatuan Pelajar di semua pengajian tinggi menyokong pembangkang, tetapi sekarang sudah 70 peratus pro kerajaan dan 30 peratus pro Pembangkang. Terdapat satu dua IPTA/IPTS yang di `control’ oleh Persatuan Pelajar pro pembangkang.
Penulis telah menulis sebanyak 4 artikel mengenai kelemahan BN dan UMNO ini. Antaranya
 `Datuk Sri Najib. Dengarlah Denyutan Nadi Rakyat’
 `Yang dikejar tak dapat dan yang sedang dikendong tercicir’
 `Program Pengukuhan dan Sokongan kepada BN’
 `Cadangan Pendaftaran Ahli UMNO Baru’.
Kesemua cadangan ini melibatkan `detailing’ dari pihak BN dan UMNO. Maksudnya begini.  BN selalu menganjurkan Rumah Terbuka atau Jamuan Rakyat. Jawatankuasa Penganjur di tubuhkan dan gerak kerja di jalankan. List dan kad jemputan di edarkan. Mereka jemput AJK UMNO dan keluarganya sahaja. Mereka akan pergi dan makan dan dengar amanat. Ia tidak membawa erti kerana mereka adalah penyokong BN dan sudah tentu akan mengundi BN. Sepatutnya AJK BN tadi menjemput mereka bukan ahli parti mana mana atau `atas pagar’. Contohnya jiran kita atau jiran jiran kita. Kemungkinan dengan penghormatan yang diberikan dan mendengar amanat pemimpin, mereka akan terbuka sedikit mindanya. Pada penulis salah satu KPI yang boleh dikenakan  untuk Bahagian atau Cawangan UMNO ialah membawa mereka mereka ini ke jamuan BN. Kena buat peraduan atau insentif.  Sesiapa yang membawa jiran atau kawan ke majlis tersebut, diberikan `point’.
Setiba di jamuan, apa kita hendak buat?. Pembawa tadi terus melayan jiran dan jika berkesempatan berbual atau kenalkan kepada ketua ketua kita. Jika ada cenderahati atau bahan cetak, berilah hadiah kepada jiran tadi. Ada Tshirt beri kepada mereka. Ada ahli UMNO ambil Tshirt BN buat harta. Pembawa akan meminta numbor telefon untuk komunikasi akan datang. Jika ada jamuan atau perjumpaan, bolehlah dipelawa melalui sms dan buat temujanji. Semasa pergi dan balik, kita berkereta. Buallah macam biasa. Pembawa yang sayang UMNO tadi akan terus rapat dengan jiranya. Ada majlis bacaan Yassin, jemput mereka ini. Sekali sekali ajak minum teh tarik di warong.
Dimanakah BN/UMNO hendak memulakan gerak kerja selain yang diperkatakan di atas. BN/UMNO kena mulakan di Lembah Klang kerana ia adalah:-
Pusat Pendidikan (Universiti Awam dan Swasta)
Pusat Pekerjaan (Kerajaan dan Swasta)
Penulis berikan contoh contoh tindakan yang BN/UMNO kena ambil dan perbaiki keadaan. BN/UMNO sudah terlalu lama terlalu sopan dan beradab. Jangan merasa bersalah membuat transformasi atau perubahan atau tekanan politik kepada kakitangannya, pelajar mahupun rakyat jelata. Rakyat kena berterima kasih kepada yang menolong mereka. Nothing is free. Tanya orang Melayu Pulau Pinang mengenai `style’ pemerintah Kerajaan DAP Pulau Pinang. Adakah mereka selesa tinggal di sana? Selesa berniaga di sana? Perumahan sederhana banyak  tidak? Adakah Kerajaan DAP mesra rakyat atau dengar keresahan rakyat Melayu. Adakah mereka di hormati dan dilindungi? Adakah pusat perjudian dan pelacuran semakin berkurangan?
Jikalau kita hendak hidup selesa di dalam sebuah negara yang 67.9 peratus Melayu dan Bumiputera, BN/UMNO kena lakukan sesuatu mulai sekarang. Antaranya:- 
Kementerian Luar/ Kementerian Pendidikan
Hampir semua negara didunia ini Malaysia menempatkan seorang Duta atau Pesuruhjaya Pedagangan. Hampir 70 peratus, keduataan wujud di negara asing dan dibantu oleh kakitangan awam.

Ada negara mempunyai ramai pelajar Malaysia seperti UK, Australia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Singapura. Para Duta sebagai penjawat awam mesti diberikan tugasan tambahan iaitu mengawal selia aktiviti pelajar dan rakyat Malaysia yang berkerja di negara berkenaan.

Para Duta yang baru perlu dibentuk. Duta duta mesti diberi tugasan dan KPI tertentu. Sepatutnya tiada lagi Duta yang suka makan angin dan menghabiskan masa bermain golf atau shopping dan sombong bodoh. Mereka mesti menjadi `Salesman No 1’ mewakili PM. Mereka mesti menjadi `Bapa’  kepada pelajar pelajar Malaysia. Para Duta perlu menjadi `rakan baik’ dengan rakyat Malaysia yang bekerja dan berniaga di negara berkenaan. Macamana hendak mengukur KPInya?

Sebab itu, BN/UMNO perlu memilih para Duta yang setia dengan Malaysia dan Kerajaan semasa. Pegawai yang akan bertugas di luar negara juga perlu diperhalusi. Yang malas dan pentingkan status serta elaun tinggi, perlu diketepikan. KPI untuk mereka perlu dirancang dan diterangkan supaya mereka tahu tugasan mereka. Peranan sebagai `salesman’, ayah dan rakan rapat perlu dilakukan setiap masa.

Para Duta mesti bergaul rapat dengan mereka. Perhubungan dan perjumpaan mesti diadakan. Dialog dan diskusi diadakan setiap masa. Pendakwahan dan pendedahan isu isu semasa di Malaysia perlu berjalan terus. Selain Duta, pemilihan pegawai dan keluarga mereka untuk bertugas di sana pun perlu diteliti secara mendalam. Penulis dapat melihat pegawai dan keluarga keduataan Malaysia di Dubai adalah anti Kerajaan Malaysia. Mereka menghasut pelajar dan rakyat Malaysia di sana menyokong pembangkang. Cuba perhatikan aktiviti mereka di facebook. Salah satu tugas cybertropper UMNO/BN ialah mengikuti perkembangan pegawai Malaysia di negara luar.

Begitu halnya juga dengan Pegawai Trade Comissioner. Tok Pa dan Hamim jangan leka dan seronok. Mereka akan cerita yang seronok aje. Jalan dapat, elaun besar dapat dan sebaran idealogi pembangkang pun dapat.

Duta dan Pegawai Pelajar Malaysia mesti berinteraksi dengan Malaysia Student Organization di Amerika Syarikat dengan lebih kerap. Buat program lawatan. `Assign’ Kelab UMNO disana menerajui aktiviti. Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Seri Shabery Cheek, memantau rapat. Jangan sesekali melihat dari atas sahaja. Jangan `look on the surface sahaja’. Go detailing. Program pendaftaran ahli baru, pendaftaran pengundi PRU serta sessi ramah tamah mesti dijalankan.

Pengalaman penulis menjejaki kaki belajar di Amerika Syarikat 15 tahun dahulu sangat berharga untuk dijadikan panduan.  Pelajar Melayu lepasan SPM atau matrik, anjuran MARA atau JPA, biasa akan menjalani kursus induksi di Malaysia sebelum berlepas ke Amerika Syarikat. Tetapi tidak cukup sekadar kursus beberapa hari sahaja. Pelajar yang ke sana akan jadi dua kumpulan iaitu kumpulan baik atau kumpulan jahat. Baik kerana masuk kumpulan dakwah dan jahat kerana berkawan dengan kaki disko, 42nd Street atau minum arak. Yang baik akhirnya menjadi penyokong PAS. Yang jahat pula tidak kisah pasal kenegaraan.

Sebab itu pada masa itu, penulis berpendirian pelajar lepasan SPM atau Matrik tidak sesuai di hantar ke luar negara. Hanya selepas memiliki Diploma, mental mereka lebih stabil.

BN/UMNO kena buat apa sekarang kepada pelajar baru atau pelajar yang sedang belajar di Amerika Syarikat? Di Negara Timur lebih mencabar kerana pengaruh pembangkang amat kuat. Ramai lagi yang sedang berkhidmat di luar negara adalah anti kerajaan. 

Kerajaan BN/UMNO sudah mengaktifkan 1M4U Outreach Center di London dan Tokyo. Sila perhebatkan penubuhan dari segi bilangan dan aktiviti. Dapatkan sukarelawan yang betul betul ingin membantu Kerajaan dan bukan `gunting di dalam lipatan’ dan `musuh dalam selimut’. Ramai yang akan diupah oleh mewarni 1M4U. Risau yang Kerajaan membelanjakan jutaan ringgit tetapi hasilnya menyemai subur fahaman Pakatan Rakyat. Please do it right.

Bercakap pasal pelajar luar Negara tadi, selain duta dan pegawainya di negara berkenaan, penaja Pusat dan Negeri mesti `berat sebelah’ dan melakukan diskriminasi didalam pemberian biasiswa dan pinjaman. Kita mesti melakukan `diskriminasi’ untuk mengelakkan kekacauan negara di tahun mendatang.


Kementerian Pendidikan
Kementerian Pendidikan bagaimana? Penulis kata ada 3 kategori yang perlu YAB Tan Sri Muhyiddin, YB Datuk Seri Idris, YB Datin Mary Yap dan YB Kamalanathan perhatikan. (1)Penjawat awam di Kementerian, Jabatan Pelajaran, Universiti dan sekolah, (2) Pensyarah atau guru (3) Mahasiswa dan pelajar.

Apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPN) dilancarkan, ramai yang sokong dan segelintir yang menentang. Salah salah isu ialah PBS. Katanya ia membebankan guru guru. Ia di mainkan sehinggakan puak pembangkang menyahut dan meminta PBS di mansuhkan. Sebenarnya guru itu yang malas. Yang guru rajin ialah meminta kenaikan gaji dan bonus tahunan. Para guru kena ingin, penjawat awam bekerja 8 pagi hingga 5 petang. Cuti sekolah pun mereka kena kerja. Guru mengajar 7.30 pagi hingga 1 petang. Hari tertentu ada koko. Cuti sekolah, ada guru yang kerja dan ada yang tidak. Kesimpulannya masa kerja guru sebulan tidak sama dengan penjawat awam lain.

Objektif PBS murni tetapi perlaksanaannya terganggu sedikit. Guru guru terpaksa menunggu untuk` key in’ data data dan keputusan pelajar.

Setiap sistem baru akan ada kelemahan sana sini. Kerajaan telah akan ambil tindakan dengan meningkat keupayaan sistem komputer nya. Janganlah kemalasan guru guru, nak sabotaj PBS dan menyokong pembangkang.

Pernah berlaku di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, seorang guru Koko telah melakukan jenayah politik terhadap anak muridnya yang mungkin ibubapanya penyokong BN. Sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran bertindak.

Di Universiti ramai yang berfikiran seperti Dr Aziz Bari.Tahniah kepada UIA yang memecatnya. Tan Sri Dr Rais Yatim selaku Presiden UIA, mesti melakukan sesuatu untuk membendong aktiviti dan pemikiran anti Kerajaan membabi buta.

Penulis harap BN/UMNO meninjau IPTA/IPTS yang menjadi `pusat semaian idealogi anti pembangkang’. Usaha mesti bersepadu. Kita kena betulkan pelajar dan pensyarahnya sekali gus. Ramai pensyarah yang makan gaji Kerajaan tetapi hetam balik. Seperti kata DS Zahid Hamidi, kalau suka sangat dengan negara republik, sila angkat kaki. Kami tidak perlukan awak semua. BN/UMNO tidak boleh bersikap `apologistic’ lagi. Kena lakukan `legal discrimination dan elimination’. Mereka ini semua sudah kaya dan tidak perlu pertolongan Kerajaan. Kepada penjawat awam termasuk pensyarah, sila jadi professional dan beretika. Jika rasa aspirasi Kerajaan tidak serasi dengan tuan puan Prof, Prof Madya dan Dr,  letak jawatan dan tinggalkan tempat kerja. Kerja sendiri ke. Sekejam Kerajaan BN/UMNO, mereka masih berkeupayaan member tuan puan kerja. Tidak lama lagi, semakan gaji akan dibuat dan kenaikan gaji akan menyusul. Shame on you. Kerja untuk duit semata mata. Tiada agenda nasional, agama dan bangsa.

Kerajaan BN/UMNO wajar mengarahkan Universiti Penguruan Sultan Idris mengagalkan Adam Adli untuk menjadi seorang Guru. Penulis harap Adam Adli dan kekawannya di `di buang’ dari Universiti. Tidak apalah kita dipanggil kejam asalkan niat kita melindungi pelajar lain daripada menjadi perosak negara. Lihat Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor bertindak. Kalau dia dan kekawan menjadi guru, pelbagai kemungkinan yang buruk akan terjadi kepada anak murid termasuk anak penulis. Adam Adli dah jadi macam model dah.Rambut panjang dan kadang bila berhadapan dengan kamera, terangguk angguk kepala untuk mempertontonkan rambut. Media massa kerajaan yang memberikan beliau publisiti. Penulis harap satu hari beliau melakukan kesilapan besar dan dipenjarakan lama sedikit. Manusia sedegil Adam ini perlu di `tarbiahkan’ seawalnya. Ini adalah contoh terbaik mengapa pembersihan mesti dilakukan.

 

Di Rancangan Helo Malaysia beberapa bulan dahulu, Prof Datuk Halim Sidek, ahli Majlis Professor Negara menyebut ada pelajar yang mencabar dan mencemuh Pak Guard Universiti dengan melanggar undang undang AUKU. Ada yang bawa masuk risalah politik dalam kampus dan simpan dalam locker. Ada yang pakai TShirt politik dalam kampus. Semasa kuliah pakai jaket, habis kuliah buka jaket dan terpampang symbol parti pembangkang. Dengan bangganya.

 

Mari kita syorkan pesalah ini digantung belajar atau dibuang dari Universiti. Jadikan ingkar dengan peraturan AUKU menjadi kesalahan `major disconduct’. Mereka ini hanya menyusahkan orang lain dan hendak `glamour’ atau nak perhatian pelajar lain. Anggaplah mereka najis khinzir. Jangan biarkan najis mereka terpalit pada pelajar lain. Jadikan Universiti kampus yang mengeluarkan graduan yang berdisplin. Tiru peraturan negara Singapura seperti sekecil kecilnya `penguatkuasaan larangan makan chewing gum’.

 

Kalau penulis menjadi Menteri Pendidikan, ini lah masanya IPTA membuang pelajar perosak negara secara legal kerana ramai pelajar SPM (lebih kurang 20,000) yang layak masuk IPTA tidak mendapat peluang. BN/UMNO mesti ikut sikap kurang ajar Kerajaan DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor.

 

Kementerian Pendidikan mesti melakukan `Ops Cantas’ di kalangan pelajar dari masa kesemasa. Barulah mereka ini celek mata dan hati supaya lebih berdisplin.

 

Kerajaan tidak perlu bina kampus baru untuk menampung pelajar SPM tadi.


AUKU

Penulis mendengar 2 kali rancangan Helo Malaysia di Bernama TV yang salah satu daripadanya perbahasan adalah mengenai AUKU dan peraturan pelajar berpolitik. Salah seorang ahli panel ialah Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, mantan Naib Canselor UiTM dan baru dilantik Ahli MT UMNO. Beliau mencerita pengalaman beliau dan pernah menyatakan pendirian Tan Sri kepada kepimpinan dahulu akan bahayanya jika membenarkan pelajar Uinversiti berpolitik. Satu sebabnya ialah mereka akan abaikan pelajaran dan terbukti benar apabila di Majlis Konvokesyen di kebanyakan Universiti, pelajar Melayu jauh ketinggalan. Pelajar Cina membelot Anugerah Dekan dan Anugerah DiRaja. Pelajar Melayu sekadar lulus dengan CGPA 2-2.5 sahaja. 80 peratus pelajar Cina yang mendapatkan pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa dan tidak perlu dibayar balik.

Kenapa pelajar Melayu tidak ikut rasmi pelajar Cina?. Belajar tekun. Pinjam PTPTN dan dapatkan keputusan peperiksaan cemerlang. PTPTN tidak perlu bayar. Time mengundi, ikut kata iubapa. Undi selain daripada BN.

Di dalam perbincangan  tersebut, Tan Sri meminta Kerajaan mengkaji semula peraturan ini dan jika tidak silap ia kena melalui perbahasan di Parlimen lagi. Besar kemungkinan Ahli Parlimen tidak akan membenarkan ia berlaku kerana pembangkanglah yang mendapat menafaatnya. Idealogi `anti establishment’ disemai di peringkat Universiti lagi. Bayangkan Persatuan Pelajar yang pro Kerajaan dan Pro Pembangkang yang wujud di kampus. Penulis berani kata, Persatuan Pelajar yang Pro Kerajaan lebih bersopan dan beretika daripada Persatuan Pro Pembangkang.

So, pada pandangan penulis, peraturan AUKU sukar dilaksanakan dan dikuatkuasakan kerana pelajar suka politik dan sudah pun terjerumus. BN/UMNO kena `joins the club if BN/UMNO cannot beat them’. sementara BN/UMNO hendak meminda AUKU ini, BN/UMNO kena buat sesuatu. Penulis hendak memberi contoh dengan mengfokuskan UiTM kerana keunikannya. UiTM adalah masa hadapan orang Melayu. UiTM adalah pengilang pemikir dan usahawan Melayu. Jikalau ia gagal di peringkat ini, maka gagal lah di peringkat pekerjaan dan Negara.

Sama seperti puak pembangkang. BN/UMNO mesti aktif di dalam kampus. Agenda Pembersihan mesti dilaksanakan pada (1) penjawat awam di UiTM meliputi Naib Censelor, Pendaftar, Bendahari, Pentadbir Am dan serendah jawatan pemandu dan pengawal keselamatan. (2) Tenaga pengajar daripada Dekan Fakulti, Pensyarah dan Mentor (3) Pelajar UiTM itu sendiri.

Setelah menganggotai MT, berilah peluang dan kuasa kepada YBhg Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah melaksanakan agenda `pengkukuhan sokongan kepada UMNO/BN’. Tan Sri Prof Dr  Ibrahim perlu meminta kerjasama Prof Dr Sahul Hamid mem`bersih anasir anti Kerajaan’ di kalangan pensyarah dan kakitangan UiTM. Mungkin sukar hendak dilaksanakan kerana ia melibatkan cerdik pandai tetapi `start somewhere’. Banyakkan dialog dan interaksi dengan pemimpin negara dan terapkan pri mustahaknya kuasa politik di tangan UMNO/BN dan TIDAK pada Melayu dalam DAP PKR PAS.

Banyak dan padatkan aktiviti kepelajaran termasuklah 1M4U di kampus yang menjuruskan kepada pembentukan mahasiswa siswi yang open dan sokong Kerajaan. Sessi suaikenal UiTM mesti dikendalikan badan pelajar yang pro Kerajaan. Zaman penulis di ITM dulu, sessi suai kenal di kendalikan oleh badan pelajar yang pro Islam (sekarang pro islam bermakna pro pembangkang dan anwar Ibrahim). Pengurusan mesti rombak dan libatkan UMNO/BN. Pengkukuhan bermula di sini lagi.

Fahamkan mereka erti kemerdekaan dan pentingnya menjaga hak istemewa orang Melayu dan UiTM. Suruh mereka mendafter sebagai undi dan dapatkan maklumat di masa mereka mengundi. Terangkan kepada mereka mustahaknya percaturan meletakkan pengundi pengundi di kawasan tertentu.

Penulis yakin dengan kebolehan kedua dua Prof dari UiTM ini. Sepatah kata Tan Sri Sanusi Junid di dalam Mingguan Malaysia 19hb Mei 2013, terlalu ramai cerdik pandai ingin memberi sumbangan idea kepada kerajaan tetapi tiada engagement secara yang sepatutnya. Dikatakan PM ini mempunyai ramai penasihat dan bergerak `within their circle’ sahaja. Ketewasan penasihat pun telah menjadi isu kepada UMNO dan pembangkang. Ada yang sorakkan kekalahan mereka.

Penulis  cadang PM menasihati atau mengarahkan penasihatnya supaya mencari jalan untuk mengemling pendapat veteran UMNO/BN dan para cendiakawan Melayu Cina dan India. Mesti jumpa mereka dan beri mereka pengiktirafan. Mereka nak sumbang idea. Engagement begini akan menguatkan lagi sokongan para veteran UMNO dan cendekiawan terhadap UMNO/BN. Inilah harta kita YAB DS Najib dan YAB TS Muhyiddin. Penulis nak ulang sekali lagi, `yang dikejar (pengundi Cina) tidak dapat, yang dikendong (pengundi Melayu & India dan Bumiputrea Sabah Sarawak) tercicir’.

Alhamdulilah, PM mengiktiraf sokongan pengundi luar Bandar dengan menambah lagi peruntukan pembangunan dan bantuan. Seramai 13 ahli politik Sabah dan Sarawak di lantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri di dalam Kabinet Datuk Sri Najib.
Salah satu idea yang diberikan adalah seperti di bawah:-
Anonymous said...
UiTM kena lambakan sebanyak mungkin graduan undang-undang dari kalangan anak bumiputra luar bandar...bukan kah undi luar bandar yang menterabatkan BN pada PRU13...jadi kepada VC UiTM fokuskan program Menjejak Destini Anak Bangsa tu kepada mengrekrut pengambilan anak bumiputra luar bandar yang kurang mampu untuk mengikuti program sarjana muda undang....bila ramai lawyer dikalangan bumiputra UMNO, Bumiputra & Islam tak akan kena buli lagi dengan sepet, pungkok dan toncit laknatullah...

Ibrahim Kati
May 25, 2013 at 12:22:00 AM GMT+8
Ulasan ini timbul ekoran kes Majistret Norashikin yang tidak membenarkan permohonan  reman oleh PDRM terhadap Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar awal tahun ini. Pengulas dan rakyat seakan hilang kepercayaan terhadap badan kehakiman yang dilihat pro pembangkang.

Beberapa hari kemudian, mereka didakwa di mahkamah. Tahniah PDRM dan Peguam Negara.

Pencadang Saudara Ibrahim Kati  mahukan UiTM mengeluarkan graduan undang undang yang baik dalam bilangan yang ramai. Didik mereka ilmu undang undang dan juga tanamkan semangat Melayu dan Islam serta sayangi BN. Bantu mereka dengan kelas tambahan. Hantar kursus BTN. `Involve’kan mereka dengan program Belia dan juga 1M4U. Rapat dengan mereka. Dedahkan mereka kepada pengamal undang undang yang terkenal. Selalu panggil penasihat undang undang UMNO memberi ceramah. Yang DiPertua Dewan Negara pun boleh. Aturkan `practical training’ untuk mereka. Sebelum tamat pengajian, carikan tempat kerja atau berurus dengan JPA atau SPA untuk mengisi kekosongan di Badan Kehakiman. Pastikan program ini menempatkan mereka ini diberikan keutamaan. `Graduan undang undang UiTM first’ di Badan Kehakiman mesti di realisasikan. Mungkin graduan UIA juga perlu dipertimbangkan juga.

Program Mentor-Mentee Professional
Penulis pernah mencadangkan setiap Bahagian UMNO/BN di seluruh Negara untuk menyediakan  Inkubator Peguam Muda’ untuk berkerja dan berkhidmat kepada rakyat. UMNO/BN sediakan tempat atau ruang pejabat lengkap dengan kemudahan dan peruntukan kewangan untuk gaji dan kos operasi. Seorang dua peguam berpengalaman atau mentor membantu peguam muda menjalankan tugas. Kalau di Melaka, inkubator ini akan diberikan kontrak `sales and purchase agreement’ supaya pendapatan yang diterima akan membantu mengajikan lebih ramai peguam muda melayu. Banyak GLC Melaka memberikan kepada kroni Melayu (Nordin Group dan Abu Seman. Cukup cukup lah itu) dan Cina. Kurnia kontrak kepada inkubator peguam muda ini. Syarikat guaman yang lama boleh berdikari. Sepatutnya curahkan sedikit pengalaman kepada Inkubator Peguam Muda.

Antara tugas peguam muda ini ialah mempelajari selok belok pengurusan saman fitnah. Kenapa saman fitnah? Kerana ia adalah bidang yang menguntungkan. Saman boleh mencecah RM100 juta. Setiap hari, peguam mesti melihat kenyataan oleh pembangkang atau blogger atau pengendali media so..sial yang berunsur fitnah. Jika ada, buat persediaan menyaman. Melalui proses ini, peguam akan belajar. Kes pertama, kedua dan ketiga mungkin kalah tetapi pengalaman itu mustahak. Jika setiap bahagian UMNO/BN menyaman Anwar Ibrahim sebagai contohnya, penat juga dia kerana hari ini kena hadir mahkamah di Melaka, esok di Alor Setar, lusa di Kota Kinabalu, tulat di Johor Bahru dan seterusnya. Lama lama tua di jalanan dan mahkamah sahaja.

Inkubator ini seumpama Red Bean Army cuma ia berada di setiap Parlimen atau DUN di seluruh Negara . dan beroperasi seperti perniagaan lain. Kalau ada space yang lebih, boleh tempatkan Cybertropper UMNO/BN di tempat yang sama. Cybertropper boleh meng`highlight’ penfitnah di media so…sial kepada peguam muda untuk tindakan undang undang. Apabila ada tindakan, nescaya penfitnah Cina akan lebih bertanggonjawab.

BN/UMNO kena recruit cybertropper yang fasih berbahasa Inggeris seramai mungkin. Mungkin 100 orang di seluruh negara. Mereka akan ditugaskan untuk berbahas dalam maya dengan Berital Portal Pro Pakatan Pembangkang. Penulis cadang adakan dua fasa. Pertama menjawab fitnah fitnah yang berada di alam maya. Kedua ialah menyerang. BN/UMNO dilihat banyak defensif daripada menyerang. Menyerang tidak semestinya menabur fitnah. Penulis terpegun dengan keadah kerja dan operasi SINGTEL yang bertindak sebagai telefonis operasi 24 jam. BN/UMNO boleh mengutip derma daripada usahawan Melayu dan GLC mengadakan tabung untuk membayar kos operasi Cybertropper BN/UMNO ini. Ada yang bekerja tetap, ada yang berkerja secara sambilan dan ada yang freelance. Tidak salah dan keberatan jika BN/UMNO memberi elaun kepada cybertropper sambilan dan freelance ini. Dah lama PM berjumpa dengan rakan facebooknya di seluruh negara. Usaha ini jangan diperlahankan tetapi diaktifkan. Cybertropper akan lebih `appreciate’ jika mereka mendapat `pad on the shoulder’ atau ucapan terima kasih dari PM sebagai tanda penghargaan.   

Penulis amat yakin dan percaya, jika program `pembersihan’ dan `Graduan Undang undang  UiTM first’ di laksanakan, pelajar lepasan SPM dan memasuki UiTM pada umur 18 tahun, menjalani pengajian dan induksi yang sepatutnya selama 3 tahun, apabila lulus Diploma pada umur 21 tahun, mendaftar sebagai pengundi, akan menyokong BN. Jikalau graduan ini berada rapat dengan BN di dalam program inkubator, mereka adalah penyokong dan mungkin ahli BN yang tegar.

Penulis boleh mencadangkan banyak Inkubator untuk anak muda. Antaranya Inkubator untuk Arkitek, Jurutera Sivil, Ejen Hartanah, Ukur Bahan, Akauntan dan banyak lagi. Jika BN pandai, bantu dan latih mereka. Beri peluang kerja yang Kerajaan laksanakan. Sebagai contoh, PRIMA ingin menjalankan projek Pusat Perumahan, kerja kerja konsep dan pelan boleh dimajukan kepada Inkubator Arkitek. Dalam setahun atau 2 tahun, mereka akan ada pengalaman dan projek seumpama boleh dibuat oleh team Inkubator Ukur Bahan, konsultan sivil, mekanikal dan elektrikal. Ketika pembinaan, ia diselia oleh Jurutera dan penjualan unit unit rumah dilakukan oleh Inkubator Ejen Hartanah. Jika ada pembelian, Inkubator Peguam akan menyediakan `Sales and Purchase Agreement’. Juga Bank Loan.

Rangkaian ini jangan diputuskan. InsyALLAH mereka akan mengenang jasa BN/UMNO dan sokong BN/UMNO.


No comments:

Post a Comment