Rakyat Malaysia bersyukur
Harimau Muda (Malaysia) berjaya mengalahkan Vietnam 2-1 dan terus layak ke
peringkat separuh akhir di dalam Sukan SEA 27 di Myanmar. Perjuangan seterusnya
ialah untuk menundukkan Indonesia. Semoga Malaysia dapat mempertahankan pingat
emas yang dimenangi sebanyak 2 kali terakhir Sukan SEA dianjurkan di Thailand
dan Indonesia.
Penulis melihat ramai pemain
yang berpotensi dan berbakat di skuad negara Asean seperti Vietnam, Thailand,
Myanmar, Brunei dan Singapura. Setiap negara ada 3 atau 4 orang pemain baik.
Penulis harap Pengurusan
Bolasepak Liga Perdana dan Liga FA boleh mempergiatkan pengamalan polisi
`pandang ke timur’ untuk mendapatkan perkhidmatan pemain import dari negara
Asean. Pada masa ini kita amat berminat membeli pemain dari benua Afrika atau
`Awang Hitam’, Eropah dan Australia. Mereka patut cuba pemain dari jiran
tetangga secara aktif. Selangor pernah menggunakan khidmat pemain Indonesia
dahulu. Syabas JDT kerana mendapatkan perkhidmatan bekas Kapten Singapura untuk
musim ini.
Jangan hanya Tun Dr Mahathir
Mohamed dan PM Datuk Sri Najib Tun Razak sahaja yang memandang ke Timur. Penulis
rasa pembangunan bolasepak juga boleh mencontohi Korea Selatan dan Jepun.
Malaysia boleh lihat China melatih atlet muda mereka dalam semua sukan. Sejak
tadika mereka di asuh. Kementerian Pendidikan ada dasar `satu murid satu sukan’
atau `minggu sukan’ atau sekolah sukan. Tetapi jika skuad Harimau Malaya adalah
hasil daripada kesemua program yang disebut tadi, ia belum boleh dibanggakan.
Pemain taraf dunia mesti dilahirkan. Pihak swasta seperti Telekom Malaysia
mesti memperhebatkan kempen `Mencari Ramli’ dan bukan untuk dijadikan program
TV Realiti. Begitu juga dengan Kem Bola Astro dan Cardiff City.
Selain daripada kesesuaian
cuaca, mungkin bayarannya jauh lebih murah.
No comments:
Post a Comment