Friday, 27 December 2013

KERAJAAN MENGAMALKAN IKRAR HADAPAN SPRM/ MUFTI. SUMPAH LAKNAT UNTUK SIAPA?



Penulis amat gembira dengan Kerajaan Terengganu yang  mensyaratkan MB dan EXCOnya berikrar di hadapan SPRM dan Mufti untuk menjauhi rasuah. Jika tidak silap Kedah, Pahang dan Melaka (dijadualkan minggu depan) telah melakukan ikrar integriti mencegah rasuah (tetapi tanpa kehadiran Mufti), iaitu program bersama SPRM.

Penulis bersetuju dengan keadah Kerajaan Terengganu dengan melibatkan Mufti. Penulis harap keadah pencegahan dan pengurangan kes rasuah ini mesti di luaskan kepada keseluruhan kakitangan.

Sebelum ini penulis mengulas amalan rasuah di GLC Perladangan dan meminta para `buyer’ di dalam Jabatan Perolehan dan `planting advisor’ sesebuah syarikat perladangan melakukan sumpah laknat. Tidak ketinggalan kesemua Ahli Lembaga Pengarah. Penulis merasakan gejala rasuah di sektor peladangan secara amnya lebih besar dan tenat berbanding di JPJ, Puspakom dan PDRM. Kastam dan APPM menjadi `highlight’ apabila ada Penguasa Kastam ditahan bersubahat dengan penyeludup dadah manakala Penguatkuasa Maritim berkerjasama dengan penyeludup diesel.

Penulis setuju `sumpah laknat’ agak kasar jika dipraktikkan ke atas kakitangan kerajaan tetapi memadai lah dengan berikrar  di hadapan Mufti dan SPRM.

Sumpah laknat sesuai untuk seorang pemimpin parti politik yang suka berbohong atau berdalih walaupun bukti CCTV dan audio visual menunjukkan beliau sedang `berlakon’. Baiah pula di gunakan oleh PAS terhadap wakil rakyat untuk mengelakkan wakil rakyat melompat ke BN.

Baru baru ini, berlaku penahanan beberapa Penguatkuasa Kastam selain warga Nigeria dan India yang disyaki bersubahat dengan sindiket penyeludupan dadah. Penguasa ini membenarkan kemasukan dadah dengan tanpa pemeriksaan rapi atau sambil lewa dengan niat menipu Kerajaan.  Bayangkan apa akan terjadi jika senjata api dan bom turut di seludup masuk. Selain daripada  undang undang yang berat seperti hukuman mati mandotori, ikrar SPRM/Mufti adalah keperluan bagi kesemua agensi penguatkuasaan ini.


Penulis harap Penguasa Kastam tersebut di bicara diatas bersubahat merancang penyeludupan dadah dan boleh dihukum mati mandotori. Nasib le.

No comments:

Post a Comment