Assalamulaikum Tan Sri
Pesuruhjaya SPRM,
Dua minggu lepas, penulis
mengulas mengenai sebuah kedai penjual kereta yang membolot 8 ruang `parking
space’ untuk mempamerkan kereta jualannya tanpa membayar yuran parkir
sepenuhnya. Tindakan kedai kereta terpakai ini merampas hak pengguna lain yang
ingin berurusan dengan peniaga deratan kedai tersebut yang termasuklah TM
Point, Kedai Komputer, Bank Muamalat, Maybank, BSN, restoren Pizza Hut dan Nasi
Ayam serta tuition centre. Pendek kata, sehari suntuk, pelanggan tidak dapat
`park’ kenderaan mereka di kawasan itu. Ini menyebabkan pelanggan terpaksa
`double park’. Sebelum ini, jalan ini `two way’. Sekarang lebih selesa dengan
sistem `one way’.
Penulis pernah mencadang MBMB
melarang mengeluarkan lesen kedai kereta terpakai dan perniagaan `sewaktu
dengan nya’ (kedai tayar, aksesori kereta, bengkel kereta dll) menyewa kedai
lot tepi yang ada ruang letak kereta. Mereka perlu mensyaratkan pekedai memajak
jangka panjang ruang tersebut, jika hendak meluluskan lesen. MBMB jangan
memikirkan pendapatan dari lesen perniagaannya sahaja, ruang parking pun
pendapatan. MBMB boleh masukkan terus yuran sewapajak ke dalam lesen
perniagaannya.
Pekedai ini dapat berniaga dan
membuat untung. Ada yang bayar cukai pendapatan dan ada juga yang mengelak
cukai. Harga minyak dan tarif elektrik naik, mereka pun menaikkan caj
perkhidmatan dan harga produknya. Penulis tidak mahu MBMB menambahkan
keuntungan mereka dengan tidak perlu membayar apa yang patut dibayar. Semasa
PRU yang lalu, besar kemungkinan mereka tidak mengundi BN? MBMB kena mengorak
langkah menambah pendapatan dan melatih diri menjadi organisasi yang cekap dan
bersih.
Sehingga hari ini, MBMB belum
mengambil tindakan. Kereta masih dipamer dari ruang letak kereta. (Mungkin
pekedai sudah memajaknya tetapi tiada tanda cat kuning rezab dan kupon parking
masih diselitkan di cermin kereta yang dipamer)) Diharap dengan penulisan
terbuka ini dan di `copykan kepada SPRM, sesuatu yang baik akan berlaku.
Semoga Cheng menjadi pusat
kediaman yang selesa dan mengembirakan semua penduduk.
http://nasirwise.blogspot.com/2013/11/petugas-parking-majlis-perbandaran-main.html
http://nasirwise.blogspot.com/2013/11/petugas-parking-majlis-perbandaran-main.html
No comments:
Post a Comment