..
Di Perhimpunan Agong
UMNO ke 67 tahun pada 3-7 Disember 2013 yang lepas, Presiden UMNO melunturkan beberapa
ingatan dan persoalan dan meminta para perwakilan `Bayangkan jika UMNO tiada
lagi di bumi Malaysia’ `Dimanakan orang Melayu hendak mengadu? Bermanja? `Akan
hilang kah Melayu di dunia?
Penulis cuba bayangkan
situasi situasinya untuk renungan bersama tetapi penulis akan `limit the scope
of discussion’ kepada 3 perkara iaitu:-
1. AGAMA
2. EKONOMI
3. PENDIDIKAN
Contoh contoh yang diberikan
dibawah sebenarnya boleh di`expand’lagi.
AGAMA
Belum pun UMNO tiada di
Malaysia, dan memiliki 88 kerusi Parlimen, pelbagai isu agama telah di
persoalkan, di `test market’kan dan diperkotak katikkan tanpa segan silu dan
semangat perlembagaan. Pakatan Rakyat yang merangkumi DAP, PKR dan PAS telah
berjaya mempersoalkan tentang hukum Hudud, perlaksanaan produk Islam,
mencetuskan idea kesamarataan agama, pruralisma, liberilisma, mempersendakan
keratan hadis hadis, salahguna gelaran Khalifah, merendahkan tulisan jawi di
papantanda, mempersoalkan peruntukan masjid berbanding dengan gereja, kuil dan
rumah ibadat, hendak kebebasan mengamalkan LGBT, perkahwinan sejenis,tidak
mementingkan kemoralan seseorang pemimpin dan banyak lagi. Kelangtangan mereka
ini seolah olah `mengasuh’ rakyat menghina Allah, Nabi Muhammad, Ketua ketua
Islam dan penganut Islam.
Ada isu agama Islam di
mainkan oleh parti politik namun ada juga di juarai oleh kumpulan ajaran sesat
seperti Al Arqam, Al Muhanah, Kumpulan Syiah, Tuhan Haron dan banyak lagi.
Walaupun UMNO masih
aktif membela agama Islam lagi, pemimpinnya berwawasan Islam Kesederhanaan,
Kerajaan Malaysia di duga oleh Pakatan Rakyat satu per satu. The Herald,
contohnya, ingin menggunakan Kalimah ALLAH didalam majalah mingguan versi
Bahasa Malaysia. Namum di halang oleh Menteri dan KDN. The Herald menyaman Menteri
dan KDN dan berjaya di Mahkamah Tinggi. KDN merayu di Mahkamah Rayuan dan
berjaya menghalang penggunaan Kalimah ALLAH oleh The Herald. Tentu sekali
mereka merayu di peringkat tertinggi.
Ada hikmah juga pihak
Gereja dan Pakatan Rakyat melakukan tindakan saman ini kerana ia berlaku semasa
BN masa mendapat majoriti di Parlimen walaupun tidak 2 per 3 majority. Ahli
Parlimen BN khasnya beragama Islam `terbangun daripada tidur’ akan tekanan
politik yang diberikan oleh Pakatan Rakyat.
Bayangkan jika Pakatan Pembangkang menguasai Malaysia dan Parlimen.
Tidak kah mereka sewenang wenangnya akan meminda perlembagaan? Penulis percaya
tindakan mereka lebih dahsyat dan rakus daripada Kerajaan BN.
Cuba kita bayangkan betapa
getirnya dan goyahnya kedudukan orang Melayu.
EKONOMI
Perlembagaan Malaysia
mengariskan hak istimewaan Melayu dengan jelas. Apabila Malaysia mederka,
kedudukan ekonomi Melayu dan Bumiputera amat menyedihkan. Mereka hanya
menguasai 2 peratus daripada ekonomi negara. Melalui UMNO, ekonomi Melayu dan
Bumiputera meningkat kepada +- 20 peratus (lupa angka sebenar) tahun 2013.
Dasar Ekonomi Baru mensasarkan 30 peratus dah belum mencapainya walaupun pelbagai
kemudahan pinjaman dan geran serta latihan diberikan. Bayangkan tanpa UMNO,
mungkin Proton atau Produa dimiliki oleh orang asing dan taikun Cina. Bayangkan
tanpa pemimpin UMNO, tidak seteguhnya dan meluasnya perkhidmatan Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain.
Dengan bantuan dan
peluang diberikan UMNO selama 57 tahun ini pun, hanya satu atau dua bilionair
Melayu dan Bumiputera berjaya di wujudkan berbanding dengan bilionair Cina.
Senarai orang terkaya di Malaysia dari tangga pertama hingga kelima, masih di
pegang oleh taikun Cina. Daripada 10 orang bilionair di Malaysia, kesemuanya
berbangsa Cina melainkan 2 orang.
Ini bermakna UMNO kena
gandakan usahanya 4 kali ganda untuk melahirkan 4 atau 5 orang bilionair Melayu
Bumiputera.
Presiden UMNO terus
memberi jaminan kepada para perwakilan UMNO yang beliau telah memberikan kata
dua kepada GLC untuk membantu usahawan Bumiputera yang berkelayakan. KPI telah
diberikan. Ketua GLC diberitahu mereka tidak perlu `apologistic’ kerana 67.9 peratus
penduduk Malaysia adalah Melayu dan Bumiputera. Kaum dominan di Malaysia ini
perlu dibantu kerana mereka hanya menguasai `economy cake’ sebanyak +-20
peratus manakala Kaum Cina kuasai 60 peratus ekonomi Malaysia. Yang cantiknya,
UMNO membantu Melayu Bumiputera tanpa merampas hak kaum Cina.
Melalui polisi dan
keberkatan UMNO, GLC GLC seperti FELDA, Sime Darby, PNB, Tabung Haji dan GLC
lain dapat ditubuhkan. Yang menjadi kebanggaan Malaysia ialah GLC ini menjadi
gergasi dunia. Petronas dan FGV contohnya. Nama Tabung Haji sangat `harum’ di
matakaca Kerajaan Arab Saudi. Proton dan Produa dikenali dunia. Bangunan
Petronas Twin Tower membuktikan kemampuan Kerajaan Malaysia dan
Petronas.Industri kelapa sawit Malaysia menjadi ikutan dan panduan banyak
negara
Para kakitangan Kerajaan
yang budiman. Cuba bayangkan hasrat DAP (jika menjadi Kerajaan Pusat) untuk
mengurangkan bilangan kakitangan kerajaan daripada 1.2 juta orang kepada
600,000 orang. Apa yang terjadi kepada kakitangan yang terpaksa diberhentikan.
Hendak ke peniaga Cina menyerap sepertiga daripada jumlah itu? Tidak mungkin.
Para ibubapa, cuba
bayangkan apa akan terjadi kepada anak lelaki perempuan kita yang akan tamat pengajian
tidak lama lagi? Atau suami atau isteri kita sebahgian daripada pekerja kontrak
seramai 45,000 orang. Mana mereka ini nak bekerja?. Untuk itu, para ibubapa,
suami isteri dan bakal graduan, tuan puan saudara saudari hendak menyokong
Pakatan Rakyat khasnya DAP?
PENDIDIKAN
Penulis tidak yakin UiTM
sangat berjaya seperti saat ini jika tidak kerana polisi UMNO. Jumlah enrolmen
sudah mencapai 180,000 pelajar Melayu dan Bumiputera. Kampus UiTM tersergam di
setiap negeri. Di Melaka sahaja ada 3 kampus iaitu di Lendu, Bandar dan
Merlimau (dalam pembinaan). Presiden UMNO sudah mengarahkan UiTM menambahkan
jumlah enrolmen kepada 250,000 pelajar. Kerajaan yang di dokong oleh UMNO
bersetuju menambah peruntukan untuk membina kampus baru.
Cuba kita bayangkan apa
akan terjadi kepada UiTM jika desakan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar
Selangor, supaya UiTM membuka pintu kepada kaum lain.menjadi kenyataan. Peluang
melanjutkan pelajaran semakin mengurang jika tiada kampus baru. Pada hakikatnya
terdapat banyak IPTA dan IPTS yang terbuka untuk semua kaum, tetapi UiTM juga
yang menarik minatnya. IPTS lazimnya bilangan pelajar Cina mendominan di sana.
Desakan itu tidak
dipersetujui UMNO dan NGO Melayu dan Bumiputera serta Persatuan Pelajar. Dengan
satu protes aman yang puluh ribuan di Shah Alam, desakan itu di KIV sebentar.
Penulis percaya, mereka sedang mencari jalan `menghidupkan semula’ desakan
tersebut pada waktu yang sesuai. Ekoran daripada itu, Ahli Parlimen Kuala
Selangor telah mengesyorkan UiTM di jadikan Universiti DiRaja. Baik juga idea
dari UMNO ini.
Penulis yakin ramai
kenalan blog dan facebook mempunyai adik atau anak atau anak saudara yang
belajar di MRSM, Sekolah Sains, Matrik dan sebagainya. UMNO perjuangkan nasib
anak Melayu mendapat kemudahan pembelajaran yang terbaik dengan kosnya di
tanggong Kerajaan. Pelajar Melayu Bumiputera di MRSM, Sekolah Sains, Sekolah
Asrama Penuh seperti Sekolah Tun Fatimah dan Tuanku Kursiah, adalah 80 peratus.
Selepas SPM, mereka terus diberikan pendidikan istemewa di Matrikulasi dan
peluang melanjutkan pelajar di IPTA tempatan ataupun luar negeri. Biasiswa
dikurniakan kepada mereka. Penulis difahamkan seorang pelajar yang akan
melanjutkan pelajaran perubatan di luar negara sehingga berstatus pakar, kosnya
mencapai jutaan ringgit. Patut ke mereka ini tidak membalas budi Kerajaan
BN/UMNO.? Cuba bayangkan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Mungkin MARA dibubarkan. MRSM dan
Sekolah Sains membuka enrolmen pelajar Cina dan India dengan lebih besar.
Jikalau kita perhatikan betul betul, untuk mengelakkan Kerajaan mengamalkan
diskriminasi pendidikan, JPA memperuntukkan biasiswa berdasarkan merit. Ini
bermakna pelajar Cina lebih ramai.
Untuk pengetahuan ramai,
3 orang anak penulis pernah belajar di sekolah Cina. Biasanya ibubapa Cina akan
menghantar sendiri anak mereka ke sekolah. Sebab itu sekolah Cina selalu sesak.
Waktu rehat jam 1 tgh ibubapa akan hantar makanan kerana ada kelas tambahan
sehingga 4 petang. Pelajar tahun 1,2,3 akan habis sekolah 1.30 tgh. Ibubapa
akan hantar anak ke tuition center setiap hari sehingga 6 petang untuk Homework
dan tuition. Banyak belanjanya tetapi oleh kerana orang Cina sudah kaya
keturunan, mereka sanggup bayar. Salah satu sebab pelajar Cina pandai ialah
kerana ibubapa kaya.
Melalui perjuangan dan
komitmen ahli politik UMNO, rasanya setiap negeri sudah mempunyai Universiti
dan Kolej. Dengan kewarasan dan kebijaksanaan pemimpin UMNO, Telekom Malaysia
Berhad menubuhkan Multimedia University, Tenaga Nasional Berhad mengadakan
UNITEN, PNB membina Universiti Malaysia Kelantan (UMK), PETRONAS menjuarai Universiti
Petronas. Mungkin banyak lagi GLC Malaysia diarah menubuhkan Universiti dan
kolej pendidikan. Di peringkat negeri pun ada, Contohnya Yayasan Melaka
menguruskan Kolej Yayasan Melaka.
Alhamdulilah, sehingga saat ini, UMNO ikhlas
melaksanakan agenda dibawah:-
Islam di pelihara dan di semarakkan
Raja dipermuliakan
UiTM dan pendidikan diperkasakan
Ekonomi Melayu + Bumiputera terus di bela
Dan insyALLAH, selagi UMNO berada ditampuk pemerintahan,
Melayu tidak akan hilang di dunia. Dan UMNO menjadi wadah untuk orang Melayu
dan Bumiputera.
No comments:
Post a Comment