Penulis menonton perlawanan
persahabatan Melaka-Johor Darul Takzim II di Stadium Hang Tuah @ Kubu hari
Sabtu (14Disember) 8.45 malam.
Tahniah kepada MUSA atau
Melaka United Soccer Association kerana berjaya mengembalikan perminat sukan
bolasepak ke Stadium. Presiden MUFA mesti gembira dengan sambutan dan kehadiran
penonton. Mungkin kah kerana tiada bayaran di kenakan untuk menonton atau
semangat kesukanan? Ya dan tidak.
Perlawanan berakhir dengan
keputusan seri. Pengamatan penulis mengenai permainan mereka adalah seimbang.
`Ball possesion’ Johor 55 peratus dan Melaka 45 peratus.
Saiz badan pemain Melaka
lebih sasa dan sama tinggi berbanding Johor Darul Takzim II. Pertahanan Johor
Darul Takzim lebih tinggi daripada pemain tengah dan penyerangnya.
Permainan Melaka agak
`robust’ menyebabkan permainan terganggu kelancarannya. Terdapat 3 pemain Johor
di bawa keluar dan diganti dengan pemain gantian. Johor bermain lebih gentlemen
atas semangat kesukanan.
Johor ada membariskan pemain
import (sekurang kurangnya bekas penyerang LionX) manakala Melaka 100 pemain
tempatan. Jurulatih Melaka warga asing manakala Johor di latih oleh Saudara
Azmi.
Mutu pengadilan amat buruk
dan tidak berjaya mengawal perlawanan. Penulis rasa pengadil berkenaan belum
boleh dipertengahkan untuk Liga Perdana atau Divisyen. Penonton Johor kecewa
dengan mutu pengadilannya. Sepatutnya Melaka menerima banyak kad kuning.
Kelab penyokong Melaka perlu
memperbaiki rythem atau choros lagu sokongan. Kelab penyokong Johor Darul
Takzim lebih seragam dan bervariasi.
Penulis berharap bunga api
oleh penyokong Johor + Melaka tidak
digunakan untuk mencederakan penonton tetapi untuk kemeriahan perlawanan.
Penyokong Melaka diminta berhati hati dengan pembakaran mercun kerana takut
terbakar diri sendiri dan sahabat handai. Jangan buang mercun kearah pemain
walaupun pemain lawan melakukan kekasaran. Nanti kena denda beb.
Ketua Menteri Melaka dan
Presiden berkesempatan menonton perlawanan persahabatan ini dan tentunya
gembira dengan sokongan peminat bolasepak negeri. Keadaan lalulintas agak sesak
di dalam kawasan Jalan Hang Tuah.
No comments:
Post a Comment