Thursday, 19 December 2013

INI KALI LAH..PRESIDEN MCA YANG BERSIH, BIJAK DAN POPULAR DEMI MASA DEPAN BN.


MCA akan memilih Presiden barunya pada Sabtu 21 Disember ini.

Jawatan ini akan ditandingi oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai (DS Liow), Datuk Seri Ong Tee Kiat (DSOng) dan Datuk Gan Pien Sieu (D Gan).

Kesemua calon mempunyai pengalaman seorang Menteri Kabinet melainkan D. Gan, seorang Naib Presiden. Beliau mengharapkan sokongan dan pengaruh gandingannya D. Donald Lim untuk menang. Tetapi beliau rapat dengan DS Dr Chua tetapi setakat ini DS Dr Chua belum mengumumkan secara `public’ sokongannya. Anak beliau, D. Chua Tee Yong akan cuba merebut kerusi Naib Presiden.

DS Ong dilihat tiada gandingan Timbalan Presiden, tidak seperti DS Liow dan D.Gan. Penulis tidak pasti strateginya untuk menang jawatan Presiden kerana pengaruh bakal Timbalan Presiden tidak dapat dipergunakan. DS Liow akan mendapat undi dari penyokong DS Dr Wee manakala D.Gan akan mendapat mencuri undi D.Donald Lim. Startegi DS Ong macamana?

DS Liow semesti tidak akan mendapat undian penyokong DS Dr Chua. Begitu juga halnya dengan DS Ong yang tidak akan menerima undian penyokong DS Dr Chua mahupun DS Liow. Penulis rasa yang untung ialah D. Gan. Jika D.Gan dipilih, boleh  ke beliau menyatupadukan ahli MCA.?

Penulis suka dengan manifesto DS Ong yang mencadangkan satu undi seorang ahli selain daripada Pengerusi Perhubungan Negeri dan calon wakil rakyat dipilih bukan dilantik oleh Presiden MCA.

Kerana MCA sudah berpuak teruk, penulis cadangkan PM dilantik menjadi Penasihat MCA sehingga PRU14 supaya MCA dapat kekuatan dan bersatu.

Untuk pengetahunan umum, ahli MCA selalu memilih Presiden dari satu kumpulan dan Timbalan Presiden dari satu kumpulan. Mungkin tujuannya untuk `check and balance’ atau mungkin untuk menyatupadukan 2 kumpulan. Musim ini kumpulan A menjadi Presiden, musim depan kumpulan B pula menjadi Presiden. Sebagai contoh, DS Dr Chua menjadi Presiden musim ini dan ia bergilir atau bertukar kepada DS Liow di musim hadapan. Jadinya, semua kumpulan merasa menduduki kerusi Presiden.

Masalah akan timbul apabila sistem giliran tidak menjadi dan berlakulah huruhara. Apabila DS Dr Chua bergaduh dengan DS Liow, maka tidak berlakulah giliran tersebut. Pergeseran terus menerus berlaku.


Selamat Bersidang dan Memilih Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Juga Selamat Tahun Baru semoga Malaysia sejahtera selalu.

No comments:

Post a Comment