Friday, 13 December 2013

BAYANGKAN APA TERJADI KEPADA KITA JIKA PETRONAS DITUTUP!



Presiden UMNO mendedahkan kepada para perwakilan UMNO bahawa Presiden PETRONAS ada memaklumkan yang PETRONAS kehilangan potensi pelaburan dari Taiwan bernilai RM40 bilion untuk projek RAPID, Penggerang, Johor. Ini adalah akibat propaganda buruk dan takut menakutkan pihak pembangkang. Pembangkang sanggup `mensabotaj’ negaranya sendiri supaya Malaysia tidak semaju pembangunannya. Tiada projek bermakna tiada aktiviti ekonomi pembinaan, tiada peluang pekerjaan, tiada `extra take home pay’ untuk dibelanjakan dan seterusnya.

Pada penulis, pensabotajan ini pertamanya, ia menguatkan lagi rasa benci 50 peratus  pengundi rakyat Malaysia dan 3.5 juta ahli UMNO (berdasarkan keputusan PRU13) termasuk penulis terhadap Pakatan Pembangkang. Mereka pengkhianat negara sejati.

Keduanya, ia sepatutnya membuka hati dan mata anggota pekerja PETRONAS di seluruh peringkat dan subsidiari untuk memberhentikan sokongan kepada Pakatan Pembangkang. Kerajaan BN/UMNO hendakkan projek tersebut tetapi Pakatan Pembangkang tidak mahu. Bayangkan dan fikirkan?

1.Tidak kah dengan adanya projek ia memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang mungkin jiran, adik, kakak, saudara mara dan sahabat handai pekerja Petronas sendiri?. Janganlah cemburu jika anak jiran mendapat kerja dengan Petronas yang lazimnya lebih baik. Adik atau kakak hendak kerja baik juga.

2.Tidakkah ia memberi peluang kepada pekerjanya beralih suasana pekerjaan dan kenaikan pangkat dan gaji?. Pekerja yang terlalu lama bekerja di Kertih boleh berubah angin ke Pengerang ataupun di Canada. Pekerja Petronas yang bertukar ke tempat lain biasanya berlaku kenaikan pangkat dan gaji.

3.Tidakkah projek ini mendatangkan potensi keuntungan di mana dengan keuntungan, dividen kepada kerajaan dan  `bonus tahunan’ kepada anggota pekerja Petronas boleh diistiharkan. Petronas adalah menyumbang kewangan kepada Kerajaan Malaysia. Dengan sumber itu, Kerajaan dapat membina negara. Sekolah dan kemudahan awam untuk rakyat. Tidak kah ia baik untuk anak anak kita? Bila untung, Petronas akan beri bonus kepada  pekerjanya.

Cuba lah anggota pekerja Petronas bayangkan apa akan terjadi jika Petronas di sabotaj demikian oleh pembangkang (yang pekerja Petronas sokong dan undi) atau kehabisan rezab minyak dan terpaksa di tutup. Pekerja Petronas yang sudah biasa hidup mewah akan membuat adjustment jimat menjimat. Kalau dulu biasa melancong luar negara terpaksa melancong dalam negeri. Kalau dulu biasa sedekah RM100 ke tabung masjid, akan sedekah RM20 sahaja. Duit KWSP mungkin membuat mereka bertahan. Tidak payah di tutup operasinya, pekerja akan tidak sedap hati apabila bonus tidak di bayar langsung atau kurang.

 Bayangkan dengan kuasa Allah, Komplek Penapisan Minyak Sg Udang, Melaka terbakar besar 100 peratus dan terpaksa ditutup. Pekerja seramai 1000 orang mungkin, diberhentikan sementara untuk pembinaan semula. Pembinaan semula mungkin 3 tahun. Pekerja akan menganggur 3 tahun. Mungkin ada kesan kewangan sedikit kerana mereka masih boleh bertahan dengan duit simpanan terdahulu.

Apa terjadi dengan perniagaan di Pekan Sg Udang. Kedai makan mulai dilupakan. Pasaraya dan pasar malam bersaing hebat. Kedai perabot berharga tinggi akan kekurangan pembeli. Kedai baju kemboja mungkin lebih laku daripada JayaJusco tetapi angka jualan tetap menurun. Pemaju perumahan mungkin menghadapi kesulitan menjual rumah baru tetapi kontraktor renovasi akan cergas sedikit kerana pemilik rumah tidak membeli rumah kedua atau ketiga tetapi sekadar membuat renovasi untuk memenuhi keperluan tambahan bilangan keluarga. Kedai motokar dan motosikal akan bekerja keras mencari pembeli. Dahulu mereka duduk di kedai sahaja, sekarang pekedai akan keluar membuat pemasaran dan promosi. Bank dan institusi kewangan akan mengalami peningkatan NPL sebanyak 1 atau 2 peratus. Pelanggan akan keluarkan duit  simpanan bukan menyimpan wang. Kedai car wash juga terjejas kerana pelanggan ingin berjimat. Mungkin kelas tuition  tidak terjejas teruk tetapi pelajar akan kurangkan subjek tuition. Stesyen minyak Petronas dan Shell akan mengalami penurunan jualan kerana pelanggan menggunakan motosikal dan pengangkutan awam untuk bergerak. Macam macam implikasi.

Kesimpulannya, pekerja Petronas orangnya pandai pandai belaka tetapi mereka masih keliru siapa berlian dan batu. Pada masaini, ramai pekerja Petronas (organisasi lain juga) amat teruja dengan Anwar Ibrahim yang rosak moralnya. Mereka mangkagumi PAS dan Mat Sabu, pengikut Syiah. Anwar Ibrahim memperjuangkan anti rasuah (pada hakikatnya sebaliknya ketika menjawat TPM dan Menteri Kewangan) begitu juga dengan Kerajaan melalui transformasi SPRM. Anwar Ibrahim memperjuangkan sebebas bebasnya hak asasi manusia termasukalah kebebasan mengamalkan LGBT dan pruralisma serta kemurtadan. Kalimah ALLAH diperdagangkan untuk meraih undi. Kerajaan BN juga  memperjuangkan hak asasi manusia tetapi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Kerajaan BN terutamanya PM dan TPM menjadi `salesman no 1 dan no 2 untuk memasarkan nama Petronas supaya ia diterima di negara lain seperti Brunei, Canada, Sudan, Jepun, Khazaktan dan banyak negara lain. Mungkin tidak berjaya di Taiwan, tetapi PM dan TPM berjaya menyakinkan negara lain. Baru baru ini, lawatan PM ke Brunei berjaya memutakmadkan penyertaan Brunei di dalam projek LNG di Canada. Japan dah menjadi rakan pelabur dan sedang menunggu China dan India untuk turut serta.

Ayuh..kita bersama sama makmurkan negara dan sejahterakan rakyat. BUKAN SABOTAJ EKONOMI MALAYSIA.


1 comment:

  1. Buat apa pelaburan dari Cina Taiwan? BN kan anti Cina besar besaran sejak tahun 70an...

    ReplyDelete