Malaysia malu dengan kekalahan teruk pasukan sepak takraw
berpasukan. Kalah ketiga tiga game. Nasib baik kekalahan tersebut di tebus
dengan pasukan regu Malaysia mendapat pingat
Perak. Mutu permainannya jauh kualitinya berbanding Thailand. Laos dan Myanmar
pun semakin bagus permainan mereka. Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) tentu
sudah maklum dengan kelemahan dan kekuatan pasukan. Tetapi usaha PSM belum cukup
untuk menjadi jaguh Asia dan dunia. Apa strategi PSM seterusnya.
Pelari pecut 100 meter berganti ganti menghampakan. Baik
lelaki atau wanita, mereka kena berlatih keras 4 kali ganda untuk menyaingi
Kuatet Thailand.
Mungkin Malaysia kena hantar atlet ke Thailand untuk belajar
teknik berlari. Agak menghairankan juga kerana Malaysia pernah melahirkan
pelari pecut yang terbaik di Asia.
Selain olahraga lari pecut, Thailand unggul dalam acara
bola tampar perempuan. Malaysia kena belajar dengan Thailand.
Badminton Malaysia pun tidak menyerlah seperti biasa.
Pelapis Wei Feng dan Zulkarnian tewas mudah. Persorangan wanita prestasinya
jauh melaut. Walaubagaimanapun bergu wanita bernasib baik mendapat emas.
Pelapis Datuk Lee Chong Wei perlu digilap dari sekarang.
Malaysia berbangga kerana atlet lempar cakera lelaki muda
mendapat pingat emas dan sekali gus memecahkan rekod kebangsaan. Tahniah.
Pencak silat amat sinonim dengan Melayu. Mungkin Malaysia
dan Indonesia selain Singapura dan Brunei, sepatutnya bergaya di acara ini.
Tetapi Myanmar, Thailand, Laos dan vietnam semakin maju dan mencabar. Malaysia
menang 2 emas daripada jumlah pencak silat dipertandingkan. Malah karate lebih
menyerlah dengan mengutip 7 pingat emas.
Malaysia boleh bergantung kepada acara renang walaupun
Singapura mempamerkan kegagahan. Skuad renang meraiih 4 emas 4 perak dan 3
gangsa berbanding target 3 emas.
Sukan Bina Badan ada berita sedih dan gembira. Jaguh kita
Saudara Sazali tewas mengejut dan dapat pingat perak. Tidak sangka Malaysia
menebus kekalahan Sazali dengan kemenangan emas seorang ahli bina badan
Malaysia.
Malaysia gagah di dalam acara hoki lelaki dan wanita.
Pasukan hoki wanita mencipta rekod dunia dengan mengalahkan Kamboja 36-0. Amat
membuka mata dan mengaibkan lawan, Pasukan lelaki mengalahkan Thailand 13-0.
InsyAllah, Malaysia berpotensi mengutip 2 butir pingat emas.
Harimau Muda pula bernasib baik ketika bertanding dengan
Singapura apabila seri 1-1. Selepas ini, Malaysia akan berdepan dengan Vietnam.
Moga moga Malaysia dapat mempertahankan pingat emasnya. Rozaimi Abd Rahman,
Nazmi, Thamil dan keseluruhan pemain mesti bermain lebih baik daripada
permainannya dengan Singapura, untuk mengalahkan
Vietnam.
Malaysia sudah memperolehi 25 butir pingat emas setakat
16 Disember 2013 jam 8 malam. Target 40 emas masih diburu.
No comments:
Post a Comment