Monday, 16 December 2013

DYMM SULTAN JOHOR BELI 20 PERATUS SAHAM BERJAYA ASSETS YANG MEMILIKI BARJAYA TIMES SQUARE.



Diberitakan DYMM Sultan Johor membeli 20 peratus saham Berjaya Assets yang memiliki Komplek Membelibelah Berjaya Times Square, sebuah pembangunan hartanah yang baik di ibukota.

Pada dasarnya penulis gembira dengan tindakan DYMM Sultan Johor yang memperbanyakkan lagi pemilikan aset oleh orang Islam, Melayu dan Bumiputera. Tindakan ini menolong pencapaian hasrat Kerajaan.


Penulis harap ramai lagi Ketua Ketua Islam Negeri mencontohi DYMM Sultan Johor DYMM Sultan Selangor, DYMM Sultan Terengganu dan DYMM Sultan Pahang yang melabur di dalam bidang hartanah. Sekurang kurangnya rezeki yang ada dipergandakan. Sultan, Usahawan Melayu dan Bumiputera lain yang mempunyai simpanan kewangan yang lebih, boleh mengupah Ekuitinas atau PNB atau Tabung Haji atau agensi pelaburan harta Islam untuk bantu Kerajaan.

Baitulmal atau Pusat Zakat pun perlu ada strategi pelaburan untuk meningkatkan pendapatan. Hartatanah yang diwakafkan perlu dibangunkan supaya menjana kecairan kewangan. Wang tunai yang dizakatkan perlu di `niagakan’selain daripada pengagihan kepada fakir miskin yang layak.

Penulis amat bersetuju dengan cadangan YB Johari Abd Ghani, Ahli Parlimen dan MT UMNO, agar agensi Kerajaan membeli hartanah yang strategik di Lembah Klang untuk meningkatkan `landbank’ Melayu dan Bumiputera. Kerajaan boleh menggunakan sebahagian wang penjimatan dari `subsidy rationalisation exercise’ untuk agensi agensi membeli tanah. UDA perlu bergiat cergas di dalam hal ini. Kampung Baru Development pun boleh berperanan. Kerajaan perlu bertindak sekarang.


Penulis teringat tulisan Prof Dr Muhaya yang berkata dengan dengan kekayaan kita lebih senang dan selesa beribadat kepada ALLAH, melakukan Haji dan Umrah, bersedekah dan membantu anak yatim.

No comments:

Post a Comment