Friday, 13 December 2013

RUPA RUPANYA MAT SABU, TIMBALAN PRESIDEN PAS ITU SEORANG SYIAH.




Menteri KDN dan Naib Presiden UMNO memberitahu para perwakilan yang Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS itu adalah seorang Syiah. Tentu sekali Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mendapat bukti kukuh penglibatan Mat Sabu di dalam aktiviti Syiah.

Seperti yang umum sedia maklum, Mat Sabu adalah rakan baik Lim Guan Eng dan menganggoti Lembaga Pengarah sebuah GLC Pulau Pinang. Seorang yang memartabatkan komunis dan sempati dengan Chin Ping. Beliau cuba mengubah fakta sejarah yang komunis yang memerdekakan Malaya.

Penulis tidak menyangka ahli PAS masih memilih golongan syiah dan rakan Anwarinas, sebagai Timbalan Presiden PAS menepikan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, seorang berpendidikan agama.

Malaysia mengharamkan ajaran Syiah dan apabila Kedah meluluskan Undang Membenteras Syiah, Mat Sabu boleh di ambil tindakan. Ajaran Syaiah sama seangkatan dengan Ajaran Tuhan Haron. Kerajaan akan mengambil tindakan pada waktu yang sesuai iaitu selepas segala butiran undang undang diperhalusi.


Apa akan terjadi kepada PAS jika Mat Sabu ditakdirkan menjadi Presiden PAS? Dia hendak sesat seorang tak apa lah tetapi jangan sesatkan orang lain. Berapakah jumlah ahli PAS? 800,000 orang? Berapakah penyokong PAS? 3 juta? Jika benar, itulah bilangan orang yang akan di sesatkan. Sungguh besar bahayanya dan dosanya. Semoga ahli biasa dan penyokong PAS cepat insaf dan menyedari kesilapan serta tinggalkan Mat Sabu. Para pengurusan atas PAS sudah `buta hati’. Tak boleh buat apa apa.

No comments:

Post a Comment