Thursday, 23 August 2012

RUMAH TERBUKA 1 SYAWAL PERDANA MENTERI DI SERI PERDANA PUTRAJAYA


Sekadar pandangan...

Penulis ingin merujuk kepada penulisan ` RUMAH TERBUKA 1 SYAWAL PERDANA MENTERI DI SERI PERDANA PUTRAJAYA’ yang disiarkan pada hari raya kedua yang lalu.
Antara komen yang menyentuh hati penulis ialah penyokong setia PM yang tidak dapat hadir pada Rumah Terbuka PM di Putrajaya. Bicaranya semacam atau seolah olah mereka tidak berterima kasih pada pimpinan negara kerana tidak hadir pada hari tersebut. Pembaca meng`emel penulis bahawa tanda terima pembaca dan rakyat yang mencintai PM dan kerajaan ialah melalui peti undi di PRU13 akan datang.Penulis mengucapkan terima kasih di atas ingatan tersebut.

Ekoran daripada perkara di atas, penulis cadangkan Rumah Terbuka PM TIDAK TERHAD diadakan di Putrajaya dan Pekan sahaja, malahan sesuai diadakan di semua negeri. Kriteria lokasi di setiap negeri bergantung pada beberapa faktor seperti bilangan rakyat atau kawasan. Melaka berhak diadakan sekali sahaja kerana keluasan yang kecil. Negeri Johor sepatutnya menanjurkan 2 atau 3 Rumah Terbuka PM (Muar{Bandar Maharani, Sungai Abong dan Bakri dimenangi wakil Pakatan Rakyat}, Johor Bahru dan Mersing). Pulau Pinang negeri kecil tetapi strategi politik mewajarkan ia di adakan juga 2 atau 3 kali. Lokasi boleh diadakan berdasarkan kawasan Pakatan Rakyat (Permatang Pauh, Bagan dan Bukit Gelugor) atau kerana  kawasan Melayu (Kepala Batas atau Balik Pulau).

Kelantan, Kedah dan Selangor perlu kekerapan kunjungan PM untuk merapatkan hubungan Kerajaan dan pengundi. Kuala Lumpur tidak terkecuali walaupun banyak aktiviti seperti Hari Kemerdekaan yang mengumpulkan ribuan rakyat. Ingatan saya pada PM dan barisan Kabinet, tolong turun padang `senyum dan berterima kasih’ selepas tamat program perayaan. Inilah peluang PM dan kabinet merapatkan diri dengan rakyat. Jikalau PM, TPM dan Jemaah Kabinet membahagikan kerja `turun padang’ ia tersangat mengembirakan rakyat. Luangkan masa 1 jam bergaul, senyum dan melambai kearah rakyat. Benarkan mereka mengambil gambar dengan pemimpin. Percayalah keadah ini sangat efektif memperkukuhkan persahabatan rakyat dengan pemimpin. Penulis akan bahagia jika PM dan TPM dapat menyediakan jurugambar khas untuk mengambil gambar berkumpulan secara seponton (semasa turun padang atau Stadium). Gambar tersebut di`post’kan di dalam FB yang boleh ditag atau like dengan rakyat berkenaan. Rakyat boleh buat print out dan `frame’ gambar dengan PM atau TPM di ruang tamu rumah masing masing. Secara tidak langsung, gambar pemimpin senantiasa dalam ingatan rakyat.

Penulis cadangkan TPM turut serta di dalam setiap rumah terbuka. PM dan TPM mesti ubah cara menyambut tetamu. Jangan terlalu `formal’. Selain berada di pintu masuk, PM dan TPM mesti bergual, bertanya khabar, bertepuk tampar, bantu menghidang makanan, hulur duit raya pada kanak kanak, melawat gerai makanan, merasa hidangan dan tidak ketinggalan SENYUM. Penat memang penat tetapi inilah peluang bertemu rakyat. Gembirakan rakyat sebegini. Perbelanjaan?

Penulis memberi contoh di Melaka. Syarikat Air Melaka, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Melaka, Kumpulan Melaka Berhad, Yayasan Melaka, Perbadanan Ketua Menteri, Perbadanan Sungai dan banyak lagi (belum mengambil kira sumbangan dari syarikat swasta) mencarum atau memperuntukkan perbelanjaan Rumah Terbuka PM dan TPM selain daripada Rumah Terbuka Tetap untuk YTM Gabenor dan Ketua Menteri. Mungkin terlambat untuk diselaraskan tetapi penulis tidak mahu duit peruntukan dari GLC GLC ini digunakan tanpa mencapai matlamat `menambat hati rakyat’. Jangan menganjurkan rumah terbuka tanpa menjaga mutu makanan dan perkhidmatan yang baik. Ia boleh menjadi masalah. Jikalau boleh sesebuah GLC tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk Pengerusi atau Timbalan Pengerusi mengadakan jamuan Rumah Terbuka untuk mereka sahaja. Ia tidak memberikan `ummph’ atau impak. Bagaimana jika oranf yang di rai itu tidak terpilih menjadi calon PRU13?. Membazir bukan? Bagaimana dengan peruntukan kewangan untuk mengadakan Rumah Terbuka PM dan TPM di negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat? Jikalau ada kesempatan penulis akan menulis tentang perkara ini.

Penulis percaya dan yakin ia boleh dilakukan kerana sambutan hari raya adalah selama 30 hari. Bulan syawal seperti bulan Ramadan bulan kemaafaan dan kejayaan. Pilihanraya semakin hampir dan `halal dari segi peraturan SPR’ jika diadakan. Program begini juga boleh dikatakan sebagai `pemanas badan’ bagi petugas jentera parti. Mereka mesti membawa pengundi pengundi yang biasanya tidak dijemput. Petugas mesti menjadi `peraih undi’ dan pembawa pengundi ke lokasi Rumah Terbuka Penulis kerap berbicara, kita kena `berdakwah untuk mengundi BN’ kepada mereka yang bukan ahli parti UMNO/BN, golongan atas pagar atau ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. Jika petuga berjaya membuat `engagement’ dengan mereka dan menyertai jamuan tersebut, UMNO dan BN mesti menunjukkan kepribadian yang baik untuk ditauladani oleh mereka. Meja meja khas disediakan bersama sama seorang dua penyalur maklumat atau ejen atau penerangan UMNO/BN. Petugas mempunyai misi yang berlainan dengan tetamu jemputan. Tetamu diutamakan, makan untuk petugas perkara kedua. Berkorban lah. Satu lagi contoh, UMNO/BN mesti banyak berdebat atau berceramah di Kelantan kerana UMNO/BN berkesempatan menyampaikan maklumat kepada mereka di sana dan ahli dan penyokong PAS amat `fobia’ dengan Utusan Malaysia.

Penulis akan menyambung penulisan di ruangan lain supaya pembaca tidak jemu.

Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

No comments:

Post a Comment