Sekadar pandangan....
Pada 8 Ogos yang lalu, penulis ada mengulas berita mengenai kenyataan (tidak pasti samada ianya saranan?fatwa?pandangan peribadi? dll) `haram undi DAP’ oleh Tok Guru Abdullah Sa’amah dari Kelantan. Kenyataan Tok Guru Abdullah mendapat sokongan Mufti Pahang, Mufti Negeri Sembilan (Mufti Perak telah lama bersuara juga), Dr Fadlan dan Ustaz Fathul Bari.
Izinkan penulis imbas kembali kronologi kepada terkeluarnya saranan?fatwa?pandangan peribadi? dll `haram undi DAP’ iaitu di bermula daripada debat Wacana Sinar dimana Nasruddin Tantawi yang menyindir Ustaz Fathul Bari untuk `update’ maklumat mengenai pendirian DAP mengenai hukum hudud yang dikatakan sudah berlembut dan bukan berkeadaan `langkah mayat Karpal Singh’. Karpal Singh memberi kenyataan balas sebaliknya dibalas dengan ulasan-ulasan lain. Berdasarkan penetangan DAP terhadap hudud secara terangan, Tok Guru Abdullah mengeluarkan kenyataan (tidak pasti samada ianya saranan?fatwa?pandangan peribadi? dll) `haram undi DAP’. Utusan Malaysia menjadikan saranan Tok Guru Abdullah sebagai berita perdana. Ini lah latarbelakang kemelut `Haram Undi DAP’.
Lanjutan daripada kenyataan (tidak pasti samada ianya saranan?fatwa?pandangan peribadi? dll) `haram undi DAP kerana termasuk dalam golongan kafir harbi’ oleh Tok Guru Abdullah Sa’amah dari Kelantan, berikut adalah ringkasan ulasan para cendiakawan agama dan ahli politik:
DrAsri mengulas dan bertanya bagaimana pula dengan wakil rakyat bukan Islam dan lebih berat Menteri atau Timbalan Menteri bukan Islam? Beliau bertegas haram juga mengundi mereka.
Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik.
Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah. Sebelum ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi
Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah. Sebelum ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi
Dr Mazlee Malik minta Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan terhadap Tok Guru Abdullah kerana `fatwa’ beliau membolehkan umat Islam memerangi orang kafir harbi.
Anwar Ibrahim dan Lim Kit Sial mengambil pendirian lain dengan menuduh Utusan Malaysia cuba mencetuskan konflik kaum di Malaysia dan ia merupakan satu kempen pelampau agama.
Presiden PAS mewarni pentas politik dengan berkata perbezaan antara DAP dan UMNO dalam soal hudud ialah DAP menentang hudud manakala UMNO menolak hudud. UMNO memperlekehkan undang undang hudud yang di perjuangkan PAS.
Perbincangan ini dikomen oleh Tun Mahathir apabila ditanya, bahawa yang beliau menolok hudud ala PAS yang tidak adil. Hudud PAS untuk orang Islam sahaja dan rakyat bukan Islam menggunakan undang-undang sivil. Tun menambah keadaan politik di Malaysia belum sesuai untuk hudud. UMNO menghormati kaum lain dan jika kaum lain bersetuju untuk melaksanakan hudud, baru lah ia boleh dilaksanakan.
Ustaz Kazim berpendapat hanya apabila umat Islam di Malaysia bersatu dan kuat, hudud boleh dilaksanakan. Selagi ia berpecah, hudud sukar dilaksanakan. Ustaz Kazim menambah BN khasnya UMNO telah melaksanakan 90 peratus undang-undang dan kemudahan untuk orang Islam seperti perbankan Islam, Takaful Islam, Universiti Islam, Mahkamah syariah, Pusat Zakat dan Wakaf dan banyak lagi.
DrAsri mengulangi kenyataan terdahulu dengan berkata "Itu, kalau kita kata haram, kena melihat pada alasan mengapa kita kata begitu.
"Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa),"
"Haram perlu kedua-dua sebelah. Kita tidak boleh memilih, hanya satu parti... jadi kita memerlukan penjelasan, kita kena menjustifikasikan," katanya lagi.
"Agama mengatasi politik. Jadi, kita jangan campur aduk politik dan agama, jangan gunakan agama untuk politik," ujar DrAsri.
Timbalan Mursyidul PAS, Harun Din mendefinasikan kafir harbi dan katanya, kita belum boleh memakai kafir harbi kerana Malaysia bukan negara Isalam sepenuhnya.
Mufti Perlis turut memberikan teguran `Pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan". Beliau menambah ia adalah sikap yang anti-perlembagaan negara dan anti-demokrasi yang diakui oleh undang-undang. Sikap sebegini tidak wajar wujud pada seorang Muslim dan rakyat Malaysia.
Penulis berpendapat masing-masing adalah arif di dalam ilmu keagamaan dan ada merujuk kepada kitab Allah. Yang membezakan mereka ialah usia, tahap pendidikan formal, jawatan dan pengalaman hidup pra dan selepas Merdeka. Kedua duanya menghukum. Seorang menghukum DAP dan seorang mengelar seorang ketinggalan zaman. Maaf. Sifat riak ulamak muda yang ingin menjadi selebreti penulisan seperti Abby dan Aishah yang ingin berselebreti di pentas ceramah pula.
Penulis percaya banyak lagi ulasan ulasan yang bakal diutarakan oleh pakar pakar agama dan politik. Masing masing akan cuba menegakkan benang basah masing masing, mengurangkan kesan buruk politik masing masing, ulamak dan orang politik terus ingin menjadi selebreti pemikir dan penulisan.
Seperti yang pernah penulis menulis bahawa kes perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dengan Saiful, ia membawa kebaikan dan pengajaran kepada pengamal undang undang dan pelajar juga rakyat. Penulis sebagai rakyat biasa sekarang sudah tahu hak kita. Polis tidak boleh ambil sampel DNA kita tanpa kerelaan kita, teknik mendapatkan DNA oleh Polis jika tertuduh enggan memberikan kerjasama (kita kena hati hati dengan polis), boleh minta tanggoh perbicaraan beberapa kali, boleh memohon tukar Hakim dan pendakwaraya, minta salinan polis report lawan atau kertas pendakwaaan dan pembelaan, mohon buang perkataan atau perenggan di dalam kes tuduhan atau keterangan, mohon tukar fakta, mohon masuk atau keluarkan exhibit kes, tidak salah menuduh Hakim silap, prosedur simpan barang kes yang betul dan banyak lagi pengajaran yang berguna.
Dalam hal ini, penulis ter`exposure’ kepada sebab DAP menentang / menolak hudud yang dikatakan bertentangan dengan perlembagaan, kisah sebenar DAP dan PAS mengenai status hudud, definasi kafir harbi dan keadaan keadaan yang menhalalkan peperangan, pandangan dan amplikasi politik sesuatu saranan / pandangan / fatwa terhadap, strategi mempertahankan diri atau melepaskan diri dan sebagainya.
Satu lagi yang rumusan yang boleh disimpulkan ialah tukang pelapor Utusan Malaysia (mungkin TV1 & TV3 menyusul) diheret sama dan dituduh pencetus konflik kaum. Ulasan dan ulasan balasan oleh para cendiakawan dan mufti dikaitkan dengan UMNO. Pada PAS, ia adalah grand design UMNO.
Penulis juga risau dengan tahap ketaksuban kebanyakan penyokong PAS yang memberikan sokongan membabi buta. PAS telah BERJAYA menanam tanggapan bahawa jika Utusan Malaysia dan Pengasas Pondok Geting Tumpat, Mufti Pahang, Mufti Negeri Sembilan dan Mufti Perak, Dr Fadlan Mohd Othman, majlis Fatwa dan ramai ulama pro BN yang mengeluarkan saranan, sudah pasti penyokong PAS dibenarkan mengabaikan sahaja atau menutup teliga dan menghitamkan hati mereka. Ini adalah kerana saranan dan fatwa dari Kerajaan adalah berbentuk politik. Jesteru ini, pihak Kerajaan TIDAK BERJAYA mengingatkan rakyat Malaysia akan bahayanya DAP terhadap Islam dan Melayu.
Penulis yakin ada pemimpin PAS (PKR dan DAP tidak terkecuali) akan menimbulkan cerita bahawa Pengasas Pondok Geting dan lain lain tersebut dibayar oleh UMNO/BN. Tok Guru Abdullah ada dendam kesumat terhadap Tok Guru Nik Aziz.
Saya yakin permasalahan (haram atau halal mengundi DAP) ini berlanjutan dengan adanya ulusan ulasan para cendiakawan ini. Penulis harap Sinar Harian dan Wacana Perdana akan menganjurkan debat dan melibatkan mereka semua ini. Jemput penceramah PAS, UMNO, Dr Asri, Ustaz Kazim, Ustaz Azhar dan Ustaz Fathul Bari berdebat.
Pandangan penulis ialah saranan?fatwa?pandangan peribadi? dll `haram undi DAP’ kerana tergolong kafir harbi oleh Tok Guru Abdullah Samaah dari Kelantan, hanyalah:
- berbentuk peribadi dan tanggongjawab beliau berdakwah. Ia dibuat berdasarkan ekoran daripada debat terbuka diantara PAS dan DAP.
- ia meminta umat Islam tidak mengundi DAP di dalam pilihanraya bukannya mengarahkan membunuh kafir harbi. JANGAN UNDI DAP SAHAJA.
- BN/UMNO perlu banyak berdebat di Kelantan di hadapan penyokong PAS dan InsyALLAH dengan penceramah yang baik, ia sedikit sebanyak membuka minda penyokong PAS. Matlamatnya mesej mesti disampaikan. Jangan harapkan penyokong PAS membaca Utusan Malaysia.
Nasirwise.blogspot.com
No comments:
Post a Comment