Wednesday, 15 August 2012

Winnable or Cable- Najib pilih siapa?...sambungan


Winnable or Cable- Najib pilih siapa?


Penulis bukan politikus yang `season’ dan tidak menyandang apa apa jawatan dalam organisasi. Penulis memberikan cadangan amat mudah tetapi amat sukar untuk DS Najib dan Kerajaan BN melaksanakan.

DS Najib banyak kali menyatakan bahawa calon BN di dalam PRU13 mestilah `winnable candidate’. Antara kriterianya ialah mereka yang benar-benar menepati kehendak rakyat setempat. Pemimpin yang gagal menyelami denyut nadi rakyat, bongkak, sombong dan angkuh tidak akan mendapat tempat dalam penyusunan barisan. Pemimpin yang menghadapi masalah kewangan, moral, rasuah dan penyelewangan terpaksa di ketepikan dahulu. Penulis suka memberi cadangan kepada DS Najib seperti berikut:-

1. Rule of tumb-penukaran

Penulis cadangkan 50 peratus barisan jemaah kabinet sediaada di tukar dan diberi nafas baru. Mereka yang `gugur’ bukan mereka tidak berprestasi dalam kerja mereka, tetapi atas dasar `job rotation’ kepada pemimpin lain. Jadi 50 peratus isu isu yang melanda para jemaah menteri akan di`tiadakan’. Jemaah menteri yang dipilih mesti melalui `skrin kesihatan yang ketat’ atau bebas penyakit kronik. Polisi ini harus di`institusi’kan supaya pemegang jawatan sudah tahu bahawa masa telah tiba untuk berundur dan memberi peluang orang baru. Kemungkinan rasa malu dan tidak sedap hati para jemaah menteri yang akan di tukar akan dapat dikurangkan. Sabotaj parti pun mungkin berkurangan. Ahli parti kurang memarahi PM kerana ia adalah polisi parti. Arahan pembaruan mesti dituruti oleh parti komponen lain seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya. Pernah berlaku, Presiden sebuah parti dicalonkan selama mungkin sampailah beliau dikalahkan di dalam pilihanraya.

Polisi ini boleh digunapakai untuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan. Keadah ini memungkinkan lebih ramai pemimpin politik di peringkat bahagian boleh menjadi ADUN dan Ahli Parlimen. Jesteru itu, kuranglah berlaku pertandingan sengit merebut jawatan di peringkat cawangan dan bahagian. Kuranglah pergeseran dalam parti maka stabil dan kuat lah parti.

Setengah tengah negera mensyaratkan penyandang jawatan 2 penggal sahaja. Amerika menghadkan dua penggal sahaja atau 10 tahun untuk jawatan Presiden. MCA telah melaksanakan sistem khidmat 2 penggal maksimum di dalam pentadbiran nya. BN khasnya UMNO boleh mempertimbangkan keadah tersebut kerana masing-masing sudah tahu jangka hayat masing-masing.

2. Rule of tumb- Komposisi-orang lama versus orang baru, ulamak versus ekonomi dan pentadbiran, Melayu versus kaum lain dan sebagainya

PM perlu membuat imbangan calon `orang lama dengan orang muda’, `calon mengikut parti komponen’, calon Melayu dengan bukan Melayu, calon berpendidikan agama berbanding dengan bukan agama dan calon popular kerana kerjayanya seperti Dato Lee Chong Wei (sukan), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie (angkasawan Negara), Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi), Dato Jin Shamsudin & Salim (pelakon), Amy atau Awie (pemuzik), AC Mizal atau Aznil (pengacara), Tokoh Agama (Ustaz Kazim dan Ustaz Fathul Bari, tokoh pendidik dalam pelbagai bidang (Prof Tan Sri Abu Shah atau ramai lagi) dan banyak lagi. Penulis hanya menulis nama secara pintas lalu sahaja tanpa banyak penyelidikan.

Penulis pernah mengutarakan apakah strategi PM mengenai Ahli Parlimen Bebas seperti Zulkilfi Noordin (Kulim), Ibrahim Ali (Pasir Mas), Wee Chee Keong (Wangsa), Zaharin Hashim (Bayan Baru), Hassan Ali (Gombak) dan ramai lagi, andaikata mereka mahu bertanding. BN harus berkerjasama dengan mereka. BN + BN friends/club.

Penulis berangan-angan PM akan melantik seorang wanita menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri yang pertama di Malaysia. Penulis cadang YB Senator Datuk Maznah Mazlan untuk Pahang. Dahulu penulis ingin melihat Dato Halimah Siddiq atau Dato Sri Azlina Othman Said untuk merajui negeri Johor. PM harus memberikan penghormatan kepada kaum wanita yang merupakan lebih kurang 50 peratus rakyat Malaysia dan pengundi. Ketua Pergerakan Wanita seorang yang rajin dan `down to earth’ tetapi bermasalah. Timbalannya, Kamalia terlalu serious perwatakannya dan dipandang tidak `mesra ahli’.

Penulis ingin berbalik kepada cara menetapan calon wakit rakyat dan ADUN yang diamalkan sekarang. Penulis perhatikan Ketua Bahagian dan seluruh ahli jawatankuasa bahagian berpeluang menjadi calon. Calon akhir yang dipilih akan melalui keadah `teory of elimination’. Ini bermakna setiap calon akan di ketepikan jika ada masalah moral (masalah rumahtangga atau kahwin dua), rasuah, penipuan, peribadinya malas dan sombong, isteri dan keluarga yang ber`attitude’ buruk dan bebas masalah hutang bank dan tindakan mahkamah. Selesai percaturan bersama dengan laporan Special Branch (manusia yang buat penyataan dan `subject to discrimination and sabotage’), nama calon dimajukan kepada pengurusan atasan.

Kelemahan disini ialah calon-calon yang dipilih dan di `skrin’ adalah dari jawatan Ketua Bahagian hinggalah pemeriksa kira kira. Ini bermakna hanya orang BN/UMNO yang terlibat dan jikalau mengikut undi, hanya orang BN/UMNO yang sepatutnya mengundi mereka. Pemilihan mesti melibat keseluruhan ahli BN/UMNO bahagian tersebut dan tidak cukup hanya wakil 8 orang yang dicalonkan menjadi wakil ke persidangan. Libatkan seramai ahli akar umbi yang boleh. Kalau boleh elakkan penetapan calon yang bakal bertanding di `handpick’ oleh MB/KM (mungkin atas sebab favouritism) tetapi masyarakat setempat.

Sebenarnya ia tidak menyeluruh kerana tidak melibatkan orang ramai yang bukan ahli BN/UMNO.

Sebab itu penulis merasa bakal bakal calon ini mesti melalui `testing’ period. Contoh di DUN Paya Rumput, Melaka ( penulis tinggal di Cheng Melaka)  yang termasuk di dalam dan Parlimen Tangga Batu, mesti mengenalpasti 10 calon berpotensi (selepas di `skrin’ kriteria yang dibincangkan diatas) dan diumumkan pada pengundi DUN Paya Rumput. Mereka ini akan diberi tugas seperti pegawai khas Dato Tahir. Mereka mesti membantu menyelesaikan sebanyak masalah rakyat yang boleh, membuat kunjungan, ceramah, berdebat di kedai kopi dan `meng UMNOkan’ penyokong Pakatan Rakyat, aktif di masjid dan kerja sosial. Mereka mesti hadir latihan berpidato, kursus pegurusan dan ICT, aktif ber`facebook’ dan `Twiter’ dan sebagainya. Tujuannya ialah untuk dinilai prestasinya dan samada kerjanya efektif dan disukai ramai. Awal tahun, calon calon ini akan dinilai prestasinya and jika berlaku pilihanraya, calon-calon yang `real winable candidate’ sudah di bentuk. Baiknya orang ramai tahu dan kenal bakal wakil rakyatnya. Kalau boleh elakkan pemilihan `payung terjun’ serperti YB Roslan di DUN Merlimau beberapa tahun yang lalu. Pengundi tidak kenal dengan calon kerana beliau tidak bergerak aktif. YB Roslan tidak boleh dipersalahkan kerana beliau tidak sangka akan dipilih menjadi calon. Dato Seri Ali Rustam terpaksa turun padang dari pagi hingga malam setiap hari semasa hari berkempen. Jentera BN/UMNO dari luar kawasan bertungkus lumus membantu kejayaan YB Roslan. Dari segi berniaga, kita telah belanja lebih daripada yang patut. Perbelanjaan ini boleh dikurangkan jika sistem parti telah tersedia berjalan. Ini lah yang penulis katakan senang dicadangkan tetapi sukar di laksanakan.

 

Bersambung…

Ikhlas dari

Nasirwise.blogspot.com

No comments:

Post a Comment