Sekadar pandangan.....
Penulis pernah mengulas topik TADIKA PASTI Gagal: Anak Kecil Diajar Untuk Taksub Kepada Pemimpin PAS? yang di publishkan oleh sebuah blog (maaf. Penulis lupa nama blognya). Penulis ada menegaskan UMNO mesti mengikut langkah PAS yang mewarni politik diperingkat tadika lagi.
Pada dasarnya Kerajaan BN TIDAK mengamalkan atau TIDAK mengalakkan aktiviti politik di dalam pre sekolah, sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti (dalam negeri dan luar negara), walhal puak lain aktif menyusup masuk di semua peringkat pendidikan. Mereka melakukan penyebaran idealogi PAS (DAP didapati aktif di sekolah rendah, menengah (jenis kebangsaan) dan kolej) dan anti Kerajaan kepada anak anak dan pelajar. Gerakan anti kerajaan oleh PAS bermula di Tadika PASTI dan atau tadika yang mirip kepada pengajian Islam seperti TADIKA kelolaan ABIM sebagai contohnya dan Sekolah Tafiz pensendirian. PAS dan DAP tidak peduli dengan peraturan pendidikan dan strategi mereka BERJAYA melahirkan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat (Pembangkang) pada usia muda.
Sekarang dengan perubahan Akta Universiti yang membenarkan penglibatan pelajar di dalam politik di Instituit Pengajian Tinggi, UMNO telah mengambil langkah untuk menubuhkan kelab penyokong UMNO/BN.
Penulis rasa lega dengan keputusan tersebut. UMNO/BN sepatutnya telah bergiat politik di Universiti sejak 10 tahun yang lalu. Apakan daya ia tidak dilaksanakan. Sikap murni Dato Seri Mahathir (sekarang Tun) yang ingin melihat pelajar menumpukan perhatian serius dalam pelajaran,telah menjauhkan agenda politik UMNO/BN di dalam sistem pendidikan atau menjauhkan UMNO/BN dengan pelajar pelajar. Ini di `take advantage’ oleh PAS dan DAP yang meng`PAS’kan dan meng`DAP’kan pelajar pelajar.
Penulis cadang UMNO/BN mesti mendekatkan diri dengan pelajar pelajar di tahap tadika lagi. Kerajaan murni Tun Mahathir dahulu boleh berpolitik di peringkat tadika melalui tadika kelolaan Kerajaan seperti KEMAS, tetapi UMNO/BN tidak meng`exploit’ nya. Syallabus tadika boleh diubahsuai untuk menghargai Kerajaan. Guru guru boleh dipilih dari kalangan ahli atau penyokong UMNO/BN.
Apakah kebaikan UMNO/BN menceburkan diri di dalam pendidikan awal? Salah satu kebaikan ialah UMNO/BN dapat memastikan anak anak menerima pendidikan yang sempurna tanpa `mengtaksub’ seseorang pemimpin. Anak anak tidak diajar menerima sesuatu tanpa berfikir. Anak anak tidak akan dilatih menjadi robot. Berpolitik di tadika oleh PAS dan DAP ialah guru guru mengajar anak murid supaya mencintai seseorang dan membenci seseorang, mengajar mensyurgakan warna hijau dan kenderaan yang membawanya ke bulan dan me`kafir’kan warna biru dan mempertikaikan dacing keadilan, orang ini betul dan orang lain salah, dia rasuah kita tidak dan sebagainya.
Sebaliknya, di Tadika KEMAS, anak anak diajar amalan murni, sayangkan ibubapa, negara, rakyat Malaysia, hormat menghormati, bertimbang rasa, menolong dan sebagainya. Selain daripada aspirasi murni pendidikan yang nak di capai, UMNO/BN akan membantu membuka peluang pekerjaan kepada ahli dan penyokong UMNO/BN. Penjanaan ekonomi juga berlaku dengan pesat dan rancak.
Kerajaan UMNO/BN boleh memainkan banyak peranan di tadika kelolaan UMNO/BN. Dari lokasi penubuhannya, tadika mesti terletak di dalam kawasan perumahan. Syallbusnya mesti setaraf Pusat Tadika komersil dan francais terkemuka seperti Q Dee. Barulah ibu bapa merasa yakin menghantar anaknya ke tadika. Layout dan keselamatan tadika mesti baik dan terkawal. Kemudahan dan peralatan mencukupi. Tenaga pelajar tip top bukan lepasan SPM dan berstatus sementara. Ibu bapa lebih cenderung mata pelajaran Islam yang mana tenaga guru diselitkan guru yang berpendidikan dan kelulusan pengajian Islam.
Guru guru terlatih perlu berperanan bukan sehaja sebagai pendidik kepada anak murid tetapi juga sebagai jambatan kepada Kerajaan dengan ibubapa. Aktiviti kemasyarakatan mesti melibatkan ibubapa setempat. Biar ibu bapa selesa dengan guru guru tadika. Semakin rapat dan arkabnya persahabatan guru dan ibubapa, semakin senang lah meng`UMNO/BN’ ibubapa.
Kerajaan UMNO/BN boleh menyediakan dana pengurusan tadika (mungkin sedikit tambahan daripada sediaada kerana pengajian guru terlatih, kemudahan dan peralatan yang canggih dan sebagainya) ini yang mana jika ditadbir baik, ianya mencukupi untuk menguruskan tadika. Anyway, Kerajaan memang ada memberikan bantuan yuran, buku teks, uniform pakaian, yuran tuisyen dan macam macam lagi. Ringkasnya, guru guru mesti menguruskan tadika seperti sebuah perniagaan. Setiap aktiviti dikira kos manakala keuntungannya menang PRU13. Penulis lebih rela Kerajaan mengeluarkan peruntukan tahunan (contohnya RM100juta) untuk menguruskan tadika ini di seluruh negara, daripada Kerajaan terpaksa membelanjakan pelbagai program pengkukuhan sokongan (Janji ditetapi dan iklannya sebagai contoh) atau program pencegahan Himpunan Bersih dan Janji Bersih yang merosakan nama baik negara dan terpaksa berbelanja. Lebih baik Kerajaan mendidik anak anak kita amalan murni secara tidak langsung. Penulis merasa tidak salah jika diandaikan produk perusuh yang ada di jalanan ini adalah hasil kelekaan UMNO/BN dari mendekati anak anak dan remaja di tadika, sekolah dan universiti sejak beberapa tahun yang lalu.
Penubuhan Tadika KEMAS yang berimej baru menjana pelbagai ekonomi sampingan. Kontraktor berpeluang mendapat kerja pembinaan baru dan renovasi. Kerja kerja pemberishan seperti potong rumput, tukang kebun, `janitor’ dan tukang cat juga boleh berperanan. Pembekal buku, uniform baju dan seluar, kemudahan permainan dan kemudahan pengangkutan boleh mecari `makan’. Peluang pekerjaan dari kalangan ahli dan penyokong UMNO/BN sebagai guru dan ustaz & ustazah diujudkan. Mereka akan menerima gaji tetap dan berbelanja. Syarikat pemberi latihan boleh mendapat yuran latihan.
Penulis ingin mengingatkan pimpinan atasan UMNO/BN agar jadikan Tadika KEMAS sebagai satu pelaburan jangka panjang anak bangsa Malaysia. Jikalau tidak mendapat perhatian dan peruntukan 100 peratus macam PERMATA, Tadika KEMAS ini akan berjaya dijalankan dengan peruntukan 50 peratus sahaja daripada jumlah peruntukan PERMATA. Alhamdulilah. Anak anak yang berusia 4 atau 5 dan 6 tahun adalah di dalam usia pembentukan minda dan peribadi. Baik yang diajar, baiklah budihati pelajar itu. Jahat atau serong yang diperkenalkan kepada mereka, kejahatan dan kebencianlah yang dihasilkan kemudian. Mungkin ramai yang berpendapat anak anak akan di`lentur’kan semasa memasuki persekolahan Tahun 1 hingga 6.
Kerajaan UMNO/BN tidak ada `choice’ melainkan aktif di semua peringkat pendidikan dan aktiviti sokongannya. Pelajar pengajian Islam di Timur Tengah (tidak pasti bilangannya) hampir 70 peratus daripada bilangan keseluruhan adalah ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Inilah kilang pengeluaran rakyat yang anti kerajaan. Bagaimana ia berlaku? UMNO/BN leka tetapi PAS/PR aktif merekrut ahli. Dimanakan mereka ini? Duta, pegawai kedutaan, MSD, Kelab Penyokong UMNO/BN, pegawai pemberi biasiswa? Tidur? Malas?
Pengalaman penulis di Amerika Syarikat, pegawai MSD tidak banyak membantu. Mungkin terlalu besar. Apa entah lagi Duta dan Trade Comissioner. Mereka, isteri dan keluarga sibok dengan kerja lain. Yang selalu diperkatakan oleh rakan rakan pelajar Malaysia di sana, mereka ini menghabiskan masa `shopping’ dan sentiasa mengikuti SALE aje. Betul ke?
Penulis berjanji akan memperincikan contoh contoh berpolitik di sekolah, kolej mahupun universiti di lain ruangan.
Ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com
No comments:
Post a Comment