Sekadar pandangan...
Diberitakan di dalam akhbar dan dipertontonkan di kaca TV, hampir 100,000 rakyat mengunjungi rumah terbuka PM.
Mengapakah rakyat datang ke Seri perdana Putrajaya?
1. Hendak makan atau sarapan pagi percuma?
2. Hendak bersalaman dengan PM dan isteri?
3. Hendak menghabiskan cuti dengan bersiar siar di Putrajaya
dan Seri Perdana?
4. Rakyat diberi tambang ke Putrajaya?
Penulis berpendapat rakyat ke Putrajaya kerana rakyat ingin merakamkan tanda terima kasih kepada PM dan Kerajaan kerana polisi Kerajaan banyak membantu mereka. Penulis percaya ada pengunjung yang menerima BRIM. Mereka membawa anak anak mereka yang kebanyakan masih bersekolah dan menerima bantuan RM100 setiap murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Ibu bapa tadi ada berkenderaan sendiri. Mujurlah harga minyak RON95 dan RON 97 telah diturunkan. Jauhlah sedikit perjalanannya. Tetapi ada juga pengunjung yang menaiki teksi. Pemilik dan pemandu teksi juga bersemangat ke Seri Perdana kerana penghuni rumah itu pernah meluluskan TRIMA (bantuan tayar).
Penulis hampir pasti antara pengunjung adalah daripada gugusan dan peneroka FELDA. Mereka adalah rakyat yang cukup bernasib baik kerana PM dan FELDA telah menghulurkan pelbagai bantuan dan hak mereka. Tidak salah penulis katakan raya tahun ini amat ceria di FELDA.
Pengunjung yang bertali arus menuju Seri Perdana tahu dan faham bahawa bukan sarapan pagi atau tengahari yang memotivasikan mereka ke sana. Kalau nak bersarapan dimana mana pun boleh, tetapi ini di Seri Perdana. Mereka boleh makan dengan selesa jikalau pergi restoran atau gerai. Tidak perlu beratur dan kadang kadang jika pihak catering tidak peka, makanan kehabisan atau sate tinggal lidi sahaja.
Ramai juga pengunjung telah bersarapan di rumah dan berbelanja di KRIM (Kedai Rakyat 1 Malaysia) dan Kedai Ikan 1 Malaysia di mana harganya murah 10-20 peratus daripada kedai biasa tetapi berkualiti. Ada pengunjung sempat membeli kain raya di Kedai Kain 1 Malaysia untuk ke Seri Perdana.
Ramai juga remaja dan siswa siswi Melayu, Cina dan India, tidak melepaskan peluang ke Seri Perdana. Ada dari IPTA dan ada dari IPTS. Tidak kurang juga yang menerima bantunan pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pelajaran, Alhamdulilah. Anak saya turut menerimanya dan diharapkan beliau kekal dengan prestasi CGPA 3.88 hingga tamat pengajian ijazah grafik. PTPTN boleh mempertimbangkan penukaran status pinjaman (kena bayar balik) kepada biasiswa (tidak perlu bayar balik tetapi perkhidmatan). Patutlah mungkin pelajar macam Adam Adli yang mahu ia dihapuskan kerana CGPAnya bawah 3.5. Mereka bukan nak belajar sibok dengan BERSIH.
Tidak kurang juga pengunjung yang kurang upaya dan warga emas. Kenapalah mereka pun bersusahpayah hendak bersua muka dengan PM dan barisan Kabinetnya?. Rumah kediaman penulis amat dekat dengan Rumah Kenangan Cheng, Melaka. Pelbagai kemudahan disediakan untuk warga emas. Selain daripada tempat tinggal dan makanan, mereka diberikan perkhidmatan kesihatan yang 1st class. Kos rawatan untuk mereka
Percuma. Nescaya ada pengunjung yang telah mendapatkan rawatan Klinik Rakyat 1 Malaysia.
Ramai juga pesara Kerajaan yang hadir merayakan atau memeriahkan Rumah Terbuka PM dan Kabinet semalam. Mereka berterima kasih kerana tiap tiap bulan menerima pencen tepat pada masanya dan saban tahun menerima kenaikan pencen dan bonus. Alhamdullilah penyandang Kerajaan turut menerima bonus. Termasuklah para perajurit (darat, laut dan udara) dan Polis merasai nikmat daripada Kerajaan.
Sebilangan besar yang ada di Seri Perdana semalam adalah warga guru. Mereka diberikan pengiktirafan oleh Kerajaan. Tanggagaji dikaji selaras dengan prestasi. Elaun diberi dan latihan dipergiatkan. Kemudahan sekolah diperkemaskan. Turut menerima bantuan ialah Sekolah Jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Jutaan ringgit dikeluarkan sebagai Biasiswa.
Rumusannya rakyat Malaysia mesti menyokong PM dan Kerajaan untuk memperbaiki taraf kehidupan rakyat Malaysia. Jikalau rakyat Kelantan hendakkan pembangunan seperti lebuhraya dan air bersih, berilah peluang untuk BN memerintah Kelantan 1 penggal dahulu dan saksikanlah kemakmuran nya. Jikalau BN tidak menepati `JANJI DI TEPATI’, tukar semula kerajaan di PRU14.
Begitu juga di Kedah. Kadar penggangguran tinggi, pelaburan perindustrian merundum, kewangan KUIN kritikal dan menghadapi masalah aliran wang tunai yang ketat, pengurusan hutan tidak terurus dan merugikan jangka panjang dan kerajaan yang lemah.
Tidak kurang juga di Selangor. Krisis air bersih kian meruncing (bekalan air yang rendah di banyak tempat) dan pengurusan sampah tidak terurus. Perkembangan UNISEL yang semakin membimbangkan dan negatif. Kemahiran menguruskan hutang TALAM dan GLC tidak mencukupi. Rumah urut dan kedai arak tumbuh bagaikan cendawan ganoderma.
Rakyat Pulau Pinang mesti memilih BN untuk kepentingan orang Melayu Islam dan rakyat berpendapatan rendah khasnya. Perumahan kos rendah mesti di giatkan di bandar. Tanah Taman Manggis sepatutnya dibangunkan dengan rumah kos rendah yang boleh memuatkan 320 unit (Fasa 1) dan tambahan 272 unit di Fasa 2. Hospital swasta perlu mencari tapak tanah yang lain. Kes Kg Buah Pala belum selesai.
Peluang perniagaan Bumiputera mesti dipergalakkan bukan menindas. Kesesakan lalulintas tiada penyelesaiannya.
Umat Islam terus dilukai. Rintih demi rintihan tidak dipedulikkan. Bandar Georgetown tersergam replika botol arak. Yang pasti jikalau BN memerintah Puala Pinang, replika ini tidak mendiri sergam di mana mana kerana rakan rakan dalam BN tahu sensiviti agama Islam.
Penulis kuartir, Lim Guan Eng akan saman pengundi yang tidak mengundi DAP dan Pakatan rakyat kerana saman menyaman sudah menjadi tabiat Lim Guan Eng, DAP dan Pakatan Rakyat. Ingat parti dan orang yang menentang keras hudud dan Islam ada di Pulau Pinang. Penulis sedang mencari masa untuk menulis tentang Pulau Pinang sahaja. Tunggu.......
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com
Memberikan tanda terima kasih.. memang aku setuju.. Bukan sekadar rakyat Malaysia jer yang datang.. Mat-mat indon, Bangla, mat saleh, pak-pak arab dsb pun datang..
ReplyDeleteTuan. InsyALLAH mereka datang Seri Perdana kerana mereka selesa dengan polisi kerajaan,ekonomi yang berkembang yang menghasilkan peluang pekerjaan dan seterusnya rezeki untuk mereka.
DeleteOrg mcm sy tak pernah pergi ke majlis2 sebegini. Bkn tidak mahu tunjukkan tanda terima kasih, tp cara sy di atas kertas undi semasa PRU.
ReplyDelete