Seorang anggota
Polis Cawangan Khas Les Koperal ditembak mati secara jarak di Jalan Negeri
Sembilan, Bukit Persekutuan pada Selasa yang lalu. Kecederaan serius dengan 2
das tembakan di kepala menyebabkan kematian serta merta.
Yang lebih
menyayat hati ialah rakan kerja Polis berkenaan yang telah menembaknya. Apakah
motif pembunuhan ini? Mengapa rakan kerjanya menembak Allahyarham? Diberitakan
mendiang Koperal telah meminjam wang RM12,000 kira kira 2 tahun yang lalu yang
belum berbayar. Pinjaman yang tidak berbayar buat sekian lama telah mencetuskan
pergaduhan dan pembunuhan.
Ketua Polis
Negara telah mengulas bahawa Polis sudah dapat menyelesaikan kes tembak ini.
Rakan Allahyarham akan di dakwa tidak lama lagi.
Iktibar
daripada insiden ini ialah jangan berhutang melainkan terpaksa. Jika berhutang,
ia perlu dilangsaikan dengan secepat mengikut perjanjian. Seseorang yang panas
baran dan sukar mengawal diri, disyorkan jangan menceburi industri kepolisan
kerana senjata api boleh tersalah guna. Diharap kita faham yang Malaysia
mempunyai undang undang dan jangan bertindak sendirian.
Yang mati tu bukan islam..buakn allahyarham..mendiang..
ReplyDeleteTK
ReplyDelete