Saturday, 8 February 2014

BOLASEPAK: BUKAN SEMANGAT KESUKANAN YANG TINGGI TETAPI `PANAS BARAN’




Penyokong, Pegawai dan Pemain T-Team dan Terengganu sedang menge`padan muka’ kan JDT apabila JDT tewas tipis pada Pahang 3-2 malam tadi di Piala Super. Kedua pasukan bermain dengan baik tetapi Pahang lebih bernasib baik. Ramai juga penyokong Terengganu berada di Stadium Darul Makmur, Kuantan memberikan sokongan kepada pasukan Pahang.

Rata rata orang Terengganu sedang marahkan JDT keatas 1 insiden 2 perkara. Pertamanya, pegawai kecergasan dan pemain import di pukul oleh pegawai tinggi PBNJ di terowong Stadium Hassan Yunus, Larkin, Johor. Keduanya T-Team diberikan kekalahan 3-0 oleh FAM kerana enggan bermain di separuh masa kedua kerana kononnya keselamatan mereka tergugut.


Jawatankuasa Tatatertib FAM akan / sedang mengumpul maklumat insiden pergaduhan tersebut. Pada penulis nasib baik ia berlaku di luar padang selepas 45 minit pertama berakhir. Jika mereka bergaduh semasa perlawanan sedang berjalan, pasti insiden ini sudah selesai. Pengadil berkuasa penuh memberikan kad merah dan akan di minta meninggalkan padang. Mungkin digantung 1 atau 2 perlawanan dan denda.

Penulis memerhatikan Terengganu tidak puas hati dengan semua perkara. Mereka banyak bercakap dan memberi komen siapa betul dan siapa salah di kaca TV, berbanding dengan JDT. Presiden PBSNT yang juga MB Terengganu, turut kecewa sehinggakan cabar mencabar serta sumpah menyumpah AlQuran untuk mencari kebenaran. Kita kena akui semangat kesukanan masih rendah tetapi semangat `panas baran’ masih tinggi di kalangan pemain dan pegawai di Malaysia.

Penulis rasa tidak wajar perpanjangkan insiden ini dengan melibatkan kitab suci AlQuran. Sekali ini kita semua kena memupuk amalan bercakap benar melalui pendidikan agama sebagai langkah jangka panjang. Bersumpah dengan AlQuran adalah tindakan terakhir. Lagipun kesalahan nya tidak seberat seseorang yang melakukan liwat tetapi masih berjalan tegak tanpa segan silu.

Jika boleh, gunakan CCTV sebanyak mungkin untuk melihat kejadian pergaduhan tersebut.   Dalam bolasepak sekalipun, pertolongan kamera tidak digunapakai. Walaupun pemain melakukan kekasaran atau `hand ball’ di dalam kotak penalti, pengadil mungkin tidak nampak dan tidak memberikan penalti. Pernah diutarakan oleh banyak pihak tetapi Pengurusan FIFA dan UEFA merasakan bolasepak akan hilang `kemeriahan’nya jika kamera digunapakai. Tenis dan terkini badminton sudah mula guna kamera untuk tentukan bola masuk atau keluar.Penulis harap bersabar banyak dan jangan buat keputusan bercelaru sehingga FAM menetapkan keputusannya.


Penulis anggap MB Terengganu ini seorang yang `gila sukan’. Itu sebabnya atlet Terengganu berjaya di dalam SUKMA. Pelumba basikal negara ramai dari Terengganu. Kemudahan sukan cukup banyak dan moden. Pesilatnya dihantar ke Batam untuk berguru dan bertapa. Tidak silap, mereka mempunyai jurulatih Thailand di dalam sukan Takraw. Bajet pembangunan sukan amat mudah diluluskan. Baru baru ini atlet renang pun diberikanjurulatih yang khas.

Bercakap pasal bajet, Terengganu amat murah hati dari segi penajaan. Apabila Menteri Belia dan Sukan bercadang untuk mengkaji venue Piala Monsoon untuk di adakan luar Terengganu, MB marah dan merajuk lalu menarik balik penajaan sukan berbasikal LTDL 2014 sebanyak RM2 juta. Walaubagaimana pun selepas suasana sejuk sedikit, MB membuat keputusan untuk terus menaja sukan basikal. Mungkin kah dendam Terengganu terhadap Johor wujud sejak Piala Monsoon dicadangkan di adakan di Johor?.

No comments:

Post a Comment