Pada Ahad 26 Januari 2014
yang lalu, Persatuan Penduduk Taman Cheng Baru telah mengadakan aktiviti gotong
royong dan sempena Tahun Baru. Juga di adakan menghampiri Tahun Baru Cina.
Aktiviti ini dianggap berjaya
dan lebih kurang 80-100 penduduk termasuk kanak kanak menyertai gotong royong.
Persatuan menjemput YB Sazali Muhd Din untuk memeriahkan majlis. Beliau
mewakilkan Tok Penghulu Paya Rumput En Zainal Jamal.
Penghulu penghulu masakini
muda muda belaka. Penghulu Paya Rumput baru dilantik 8 bulan yang lalu dan
masih tidak dikenali ramai penduduk Taman. Beliau menawarkan pertolongan jika
ada permasalahan kawasan.
Semua pengerak Persatuan
memainkan peranannya di dalam Majlis itu. Gurau senda ketawa mengilai dan usik
mengusik berlarutan sepanjang masa tetapi kerja beres. Matlamat tercapai.
Seorang rakan bermurah hati
menjadi rumahnya tempat berkumpul dan menjamu selera kerana sikap baiknya dan
kedudukan rumahnya yang strategik.
Kedengaran juga cadangan
menanam pokok buah buahan di sekeliling padang. Cadangan yang baik untuk
penduduk dan anak anaknya. Mungkin satu hari akan diadakan pesta makanan buah
buahan. Masalah tabiat orang Vietnam yang gemar `mengambil buah buahan tanpa
izin’ dirasakan tidak bermasalah besar kerana ia boleh dicegah bersama. Untuk
makan sendiri, apa salahnya.
Aktiviti membersihkan kawasan
disertai oleh anggota pekerja Southern Waste Management, rondaan berjadual
Polis Ronda dan penduduk pelbagai kaum. Ada penduduk menyediakan makanan minuman
dan jiran Cina menyumbang buah limau.
Persefahaman semakin baik.
Kerjasama semakin mantap. Baik juga di teruskan aktiviti murni ini.
No comments:
Post a Comment