Tuesday, 11 February 2014

ANWAR DESPARADO. KEMPEN LEBIH AWAL DAN SEBELUM PENAMAAN CALON LAGI


Media perdana dan blog pro kerajaan mengkritik siri ceramah Anwar Ibrahim di Kajang kerana ia diadakan sebelum penamaan calon lagi. Bagi SPR dan PDRM, jika kempen dilakukan sebelum penamaan calon dan disusuli dengan tiada permit, ia merupakan satu kesalahan.

Bagi PKR pula, mereka mendakwa ceramah mereka sentiasa diadakan setiap masa lebih lebih lagi PKR+DAP+PAS adalah Kerajaan di Selangor. Secara kebetulan ia di adakan di Kajang, Selangor dam PRK akan berlaku. PKR tidak puas hati dengan SPR kerana penetapan hari mengundi terlalu lama. SPR memerlukan masa untuk membuat persediaan dan perlu mencari hari cuti persekolahan untuk menggunakan sekolah ruang mengundi.

Pada penulis, ia adalah strategi PKR bukan sahaja untuk menang tetapi menambah undi majoriti 10,000 undi. PRU13 yang lalu PKR menang dengan kelebihan undi 6,400 (lebih kurang). Pertamanya, untuk mencapainya, ceramah mesti di adakan secepat mungkin kerana jumlah pengundi adalah ramai +-39,800 pendaftar dan kawasannya luas. Keduanya PKR sudah menetapkan calonnya manakala BN belum bersedia mengumumkannya. PKR sedang memandu piliharaya ini manakala BN hanya sebagai `passengar’. PKR sudah berada di lebuhraya Kajang manakala kereta BN masih berada di ruang letak kereta.

BN boleh komplen dan buat laporan Polis. SPR / PDRM akan buka kertas siasatan dan menyiasat. Jika ada kes, penganjur ceramah akan di dakwa. Ia tidak melibatkan calon. Calon hadir untuk memeriahkan ceramah. Dakwaan dan perbicaraan di adakan selepas PRK dan mungkin tertangguh lama. Penganjur mungkin bersalah dan didenda. Pilaharaya sudah berjalan dan mungkin PKR menang. Keputusan PRK tidak boleh di cabar. Dengan kehandalan para peguam PKR, mungkin pendakwaan ceramah ini digugurkan.

Pada penulis, biarlah PKR buat ceramah mereka. BN yang perlu `berperangai’ macam PKR di dalam mencari `opportunity’. BN boleh atur lawatan ke Pasaraya untuk kempen turun harga, rasmi sekolah, anjur seminar pegawai kerajaan dan guru, melawat Pusat Internet 1Malaysia, anjur karnival bolasepak, menjengok pasar tani dan meninjau pasar malam. BN kena seagresif dengan PKR dan sepetah berceramah seperti Anwar Ibrahim.


Penulis harap rakan rakan masih ingat dengan saranan agar BN bertanding di Kajang dengan tekad mengurangkan undi majoriti (penulis tidak yakin BN akan menang kerana tren politik polarisasi dan ia belum berubah) dari 6,800 undi kepada 3,400 undi. Tema kempen Kajang ialah penerangan dan tindakan penurunan harga barang keperluan. 

No comments:

Post a Comment