Wednesday, 19 February 2014

N25 KAJANG. KERANA MU, AKU BERTANDING.



Penulis gembira dengan senario politik di Kajang. Ramai yang tidak setuju dengan pendekatan Anwar Ibrahim. Pendekatan seperti merancang mengadakan PRK dengan mengarahkan `bekas ADUN Kajang letak jawatan tanpa `kematian’ atau ketidakupayaan menjalankan tugas. Mencadangkan diri sendiri bertanding untuk membolehkan beliau menjadi MB. Pendekatan meminta Tan Sri Khalid undur jawatan MB Selangor yang akan menyebabkan gangguan kelancaran pentadbiran. Pendekatan melanggar undang undang SPR (berceramah di Kajang sebelum penamaan calon) dengan sengaja. Entah apa lagi yang akan dibuatnya. Yang pasti, kerana kau bercelaru Selangor dan Malaysia. Impaknya, mengikut istilah facebook, seluruh negara macam `viewpage’ atau `talk’ mengenai beliau. Itu yang dia hendakkan.

BN seakan tidak teruja sangat bertanding di Kajang. Mungkin kah tidak ada keyakinan untuk menang? Atau mungkin kah jika BN menang sekali pun, ia tidak merubah struktur politik Selangor. BN di lihat tiada keseriousan yang tinggi untuk bersaing. Adakah BN sedang membuat `survey’ pendapat ramai samada mahu bertanding atau sebaliknYA? MCA sudah bersedia dengan calan calonnya tetapi Majlis Tertinggi BN akan hanya bermesyuarat akhir bulan Februari ini. Ada baiknya bakal calon MCA menjalankan agenda mendekati rakyat Kajang untuk persiapan PRU14. Adakalanya sikap `tunggu dan lihat’ adalah strategi yang baik tetapi pihak musuh sudah menamakan calon dan berkempen. Jentera musuh sudah berada di jalanraya manakala jentera BN masih di petak letak kereta.

Terkini, Datuk Zahid Ibrahim, mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas. Beliau memberikan sebab `kerana mu Anwar Ibrahim, aku bertanding’. Seburuk buruk Datuk Zaid Ibrahim, beliau berani menentang Anwar dan berani bercakap beliau mahu halang Anwar jadi MB Selangor. Berani kalah.

Mungkin BN kena fikir panjang semula samada mahu bertanding atau tidak terutama sekali dengan hasrat Datuk Zaid untuk bertanding. Adakah wajar BN memberikan laluan kepada Datuk Zaid atau calon bebas supaya undi tidak pecah.

Atau mungkin kah ini (membiarkan Zaid bertanding) strategi Pakatan Rakyat untuk mengkuburkan hasrat BN meletakkan calon dan potensi menang akan lebih cerah. Datuk Zaid adalah sebahagian daripada `rakan baik’ Pakatan Rakyat. Maybe, Datuk Zaid tidak menyukai individu tetapi beliau meyayangi Pakatan Rakyat.

Sejujurnya, Penulis rasa BN wajar beri  laluan kepada Datuk Zaid atau calon bebas dan` tindakan BN beri laluan itu’ seberani Datuk Zaid yang mahu menghalang Anwar menjadi MB Selangor. Rakyat Selangor yang pro BN pun tidak perlu risau atau merasa `berdosa’ dengan memberikan undi kepada Datuk Zaid kerana secara tidak langsung ia undi protes terhadap Anwar Ibrahim.


No comments:

Post a Comment