Suka
atau tidak suka, Sarawak akan dapat seorang Ketua Menteri yang baru. Pertamanya
Tan Sri Taib sudah berusia dan mungkin mengundang masalah kesihatan yang teruk
jika beliau kurang berehat. Seterusnya beliau sudah berjanji semasa PRU yang
terdahulu yang beliau akan memberi peluang kepada muka baru apabila sampai
waktunya. Beliau telah menjadi KM Sarawak melebihi 30 tahun (mungkin yang
terlalu di Malaysia) dan faktor ini di `capitalise’ oleh pembangkang. Sarawak
akan menghadapi PRU peringkat DUN tidak lama lagi. Mungkin Tan Sri Taib Mahmud fikir, inilah masa yang
sesuai Sarawak diterajui oleh seorang Ketua Menteri yang baru. Siapa kah
pengganti Tan Sri Taib?
Dari
segi `seniority’ parti, Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera bersatu (PBB) yang beragama Islam (Tan Sri
Alfed Jabu adalah Timbalan Presiden PBB bukan Islam) yang sedia ada akan
diangkat menjadi Presiden PBB. Presiden PBB pula akan dilantik sebagai Ketua
Menteri. Seperti UMNO, Timbalan Presiden UMNO secara otomatik dilantik Timbalan
Perdana Menteri. Jesteru itu, dari segi politik, YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg akan
menjadi Ketua Menteri. Andaikata, Abang Johari tidak mahu dilantik atau Tan Sri
Taib merasa Abang Johari tidak sesuai untuk jawatan KM, maka calonnya boleh
dipilih dari kalangan barisan Naib Presiden PBB.
Sebelum
ini, Tan Sri Taib gembira dengan Datuk Seri Effendi Norwawi tetapi oleh kerana
mungkin cabarannya menggunung, Datuk Seri Effendi bersara politik. Orang
Sarawak bikin cerita isteri Datuk Seri Affendi (sudah berpisah), Datin Faridah,
menggalakkan suaminya berpolitik tinggi tetapi isteri keduanya, Datin Tiara
kurang selesa dunia kepolitikan tetapi mengemari kesenian dan muzik. Kemudian,
Tan Sri membentuk anak beliau, Datuk Seri Rahman Taib tetapi atas faktor kesihatan, membantutkan aspirasi Tan
Sri Taib. Tan Sri Taib tidak jadi bersara awal.
Penulis
ada pernah menulis mengenai pentingnya Tan Sri Taib menjadi KM dan sebab
utamanya ialah beliau boleh menyatupadukan dan men`setia’kan ahli perniagaan
Cina yang kayaraya di Sarawak. Tan Sri boleh mengawal ahli bisnes kerana Tan
Sri pun kayaraya dan satu level. Jika Datuk Seri Rahman menjadi KM, ahli bisnes
Cina masih merasa malu untuk melakukan sesuatu yang merugikan Kerajaan Sarawak
dan politik BN.
Pecaturan
sekarang ialah untuk Tan Sri Taib Mahmud di angkat menjadi Tuan Yang Terutama
Sarawak untuk meneruskan `kawalan politik’ secara tidak langsung terhadap ahli bisnes
Cina dan rakyat Sarawak, sementara Ketua Menteri yang baru, akan membentuk
kepercayaan dan penghormatan ahli bisnes dan rakyat Cina. Penulis suka Tan Sri
Taib Mahmud di angkat ke jawatan Tuan Yang Terutama Sarawak kerana ia ada
`immuniti perundangan’. Pembangkang mahu melihat beliau di penjarakan kerana
kononnya perlakuan rasuah.
Semoga
ia memberi kebaikan kepada BN, PBB dan Melayu/Bumiputera khasnya.
http://nasirwise.blogspot.com/2013/06/salam-tan-sri-taib-mahmud-mulakan.html
No comments:
Post a Comment