TV3 memberitakan bahawa Sg Golok adalah sarang penyeludupan. Aktiviti penyeludupan dilakukan terang terangan oleh `usahawan penyeludupan'.
Kes
tembak menembak, sindiket minyak diesel, penjualan pil kuda berluasa,
penyeludupan manusia dan penjenayah
melarikan diri ke Thailand amat `rampant’ di Malaysia. Salah satu puncanya
ialah `pintu rumah’ Malaysia Thailand yang berkunci tetapi senang dibuka.
Aktiviti
haram sangat aktif di sepanjang Sungai Golok. Besar kemungkinan dadah, senjata
api dan bom di bawa masuk `unnotice’ oleh pihak berkuasa. Penjenayah penjenayah
boleh keluar masuk Malaysia dengan senang menaiki sampan mahupun jalanraya.
Pengalaman
penulis melawat Narathiwat untuk projek IPP tempohari, kemasukan ke Thailand
agak mudah juga. Penulis yang sesekali masuk, mungkin di teliti passportnya
tetapi bagi kekawan Malaysia yang sering ke Thailand, pemeriksaan Imigresennya
agak longgar.
Di
peringkat KDN, ada cadangan untuk memasang pagar elektrik sepanjang 121 km Sg
Golok dan 20km sempadan darat. KDN perlukan kerjasama Kerajaan Kelantan dan
mungkin penduduk untuk menggunakan atau membeli sebahagian tanah mereka untuk
didirikan pagar. Bagaimana pula dengan rezab sungai dengan lebaran 30-40 kaki.?
KDN
harus memberikan penerangan kepada Kerajaan Kelantan kebaikan dan keperluan mendirikan
pagar elektrik. Kita mungkin kerugian beberapa `usahwan usahawan penyeludupan’
tetapi kita akan rugi lebih besar jika
penjenayah, pemberontak atau komunis
bertapak di Kelantan dan melakukan pencerobohan ala Lahad Datu.
Kerajaan
Pusat mungkin kena berbelanja besar tetapi keselamatan negara lebih berharga.
Kelantan mempunyai kes tangkapan pil kuda tertinggi di Malaysia. Anak muda
paling ramai yang sudah menjadi penagih dadah dan pil kuda.
Penulis
terkenang pagar elektrik yang dipasang di Ladang Kelapa Sawit untuk mencegah
kehadiran gajah gajah. Sekali sekali terdengar juga kemalangan berlaku pagar
elektrik. Bagaimana agaknya bentuk dan `security measures’ pagar elektrik di
sepanjang sempadan Sg Golok? Tentu sekali ketinggian pagar dan kekuatan pagar
diambil kira di dalam pembinaannya nanti. Penulis tidak pasti samada pembinaan
tembok ala `Tembok Berlin’ di beberapa lokasi.
Dari
segi politik pula , Kerajaan Kelantan dibawah Datuk Ahmad Yaakub ini lebih `friendly
and receptive’ dengan Kerajaan Pusat. Perkara ini memudahkan persetujuan dan
perlaksanaan projek pagar elektrik. Yang sudah sudah, ke `ego’ an Datuk Nik
Aziz yang menolak sebarang kerjasama dengan UMNO, telah menyebabkan anak muda `bergila’
dengan pil kuda. Di Selangor pun sama. Kerajaan Selangor tidak memberikan
`persetujuan’ untuk Kerajaan Pusat mensempurnakan projek Langat 2. Ini adalah
kerana hanya kerja kerja di negeri Selangor yang belum siap di bina. Jika
projek ini tidak dapat dilaksanakan, penduduk Lembah Klang akan menghadapi
masalah bekalan air bersih.
Penulis
ingin ingatkan bahawa kejadian `pencerobohan pengganas Lahad Datu’ boleh
berlaku di sepanjang sempadan Malaysia dan Thailand, jika Malaysia mengambil
ringan `keluar masuk’ pintu Malaysia .
No comments:
Post a Comment