Jawatankuasa
Pertandingan Tempatan FAM, setelah menemubual dan meneliti laporan pihak yang
berkaitan, membuat keputusan yang betul dengan memberikan kemenangan 3-0 kepada
JDT 1 mengatasi T-Team yang enggan meneruskan perlawanan kerana kononnya
keselamatan pegawai dan pemain T-Team tergugat.
Sebagaimana
yang penulis katakan di dalam tulisan terdahulu, jika pegawai atau mana mana
pemain yang menerima ugutan keselamatan, mereka kena melaporkan segera kepada Pengurus
Pasukanya (jika pemain diancam) atau Pesuruhjaya Sukan (jika Pengurus Pasukan
atau Ketua Jurulatih) atau Pegawai
Perlawanan FAM atau Pengadil. Pegawai akan berunding dengan FAM, PDRM
mahupun anggota keselamatan Stadium untuk tindakan atau justifikasi selanjutnya.
Pegawai tersebut yang buat keputusan untuk tanggohkan atau tamatkan perlawanan.
Setelah status
perlawanan dimutakmadkan, Jawatankuasa Tatatertib akan bermesyuarat untuk
mengetahui dan mengambil tindakan yang sesuai kepada mereka yang terlibat di
dalam insiden pergaduhan di terowong Stadium ke Bilik Persalinan. Yang
bermasalah ialah pegawai kecergasan T-Team dan Pegawai Tinggi PBNJ. Mereka
wajar di hukum kerana tidak bersikap `sportmanship’. Penulis tidak akan merasa sempati kepada mereka yang
terlibat di dalam pergaduhan ini. Di denda atau digantung berada di padang buat
beberapa perlawanan pun baik.
Kepada pasukan
lain, insiden pergaduhan dan diikuti dengan elemen baikot perlawanan serta keputusan
(status perlawanan sahaja) oleh FAM, perlu di buat pedoman. Kenyataan Saudara
Ifran Abd Ghani, pemain pertahanan T-Team (di katakan pemain simpanan) yang mengatakan
T-Team tidak harus memberhentikan
perlawanan kerana tiada eleman yang menjejaskan keselamatan, amat
menepati keputusan FAM. Jurulatih kecergasan dan dipersetujui olah Ketua
Jurulatih yang `menghasut’ pemain tidak menyambung permainan. Kemungkinan
besar, Ifran akan dikenakan tindakan dislipin oleh T-Team atau PBSNT.
Penyiasatan
tentang pergaduhan tersebut masih di dalam penyiasatan dan pengumpalan
bukti lanjut. Kenyataan Setiausaha Agung
FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang menyebut `Presiden PBNJ (Tuanku Mahkota Johor)
mungkin akan di panggil memberikan kenyataan’ merisaukan hati penulis sedikit.
Penulis harap Kerabat DiRaja Johor ini dan Johor Military Forces (JMF) tidak
terlibat secara langsung atau tidak langsung. Memeriahkan suasana kebolasepakan
Johor adalah dialu alukan dan bukannya pergaduhan dan salahguna kuasa.
Insiden begini
membawa banyak implikasi. Pasukan bolasepak Kelab dan negeri sedikit sebanyak
mengetahui apa yang dibenarkan atau dilarang oleh FAM/FIFA. Selain itu jualan
tiket perlawanan Pahang Darul Makmur dengan JDT 1 amat laris. Sebelum ini PDRM
dan Stadium Darul Makmur akan meningkatkan persediaan keselamatan. Pengurusan
Stadium Darul Makmur semakin kreatif dengan mencuba jualan tiket secara talian
dan terkini menyediakan kaunter khas untuk wanita. Syabas….
Tajuk
sebuah Akhbar tempatan menulis `Ini
tidak adil’ yang bermaksud PBSNT merasa FAM tidak berlaku adil kepada T-Team.
Sebenarnya pegawai kecergasan T-Team yang tidak berlaku adil kepada teamnya
sendiri. Tindak tanduknya menyebabkan mereka kalah dan hilang mata berharga.
Beliau merugikan pelaburan keatasnya oleh PBSNT. Beliau merugikan penonton
penonton yang membayar tiket untuk menyaksikan 90 minit perlawanan bolasepak
bukannya 45 minit.
No comments:
Post a Comment