Tragedi bot
karam kerap berlaku di Sarawak lebih lebih lagi semasa musim tengkujuh di
Pantai Timur atau akhir dan awal tahun di Sabah dan Sarawak. Hujan lebat
berlaku di Sarawak sehinggakan ia di landa banjir teruk baru baru ini. Selain
itu, pengangkutan laut merupakan pengangkutan yang utama di Sarawak. Banyak
nyawa terkorban (lemas) seolah olah penduduk Sarawak reda kerana kesemua
tradegi berlaku, mangsanya tidak memakai jaket keselamatan.
Untuk
pengetahuan, tahun 2012-2013, Penulis sering ke Daro mengendalikan sebuah
projek `zero waste water discharge’ untuk sebuah syarikat perladangan milik
Kumpulan Rimbunan Hijau. Hampir setiap minggu penulis ke Sibu untuk memantau
projek Kilang Memproses Tandan Kelapa Sawit dan `recycle waste water’ itu.
Projek ini terletak di Pulau Daro dan
hampir 90 peratus Pulau tersebut ditanami pokok kelapa sawit. Untuk ke Daro, lebih
pantas menaiki speed boat dari Sibu. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Menaiki kenderaan 4WD boleh tetapi perlu
menaiki feri sebanyak dua kali.
Pelabuhan Sibu
terletak di Sungai Rejang dan airnya berwarna cholat. Di sepanjang sungai ini
banyak `sawmill’. Balak balak yang ditebang di pendalaman di angkut melalui
sungai. Bot bot kena berawas untuk mengelakkan terlanggar batang balak yang
terlepas daripada ikatannya.
Air semakin
menghijau di muara sungai. Sungai Batang Lasso sangat luas dan bergelora. Kejadian
bot karam yang mengorbankan 9 orang adalah berhampiran dengan projek `zero
waste water discharge’ yang dimaksudkan itu.
Bercakap pasal
air, bot dan jaket keselamatan, penulis teringat Melaka River Cruise ( http://www.ppspm.gov.my/index.php/pelancongan/melaka-river-cruise ). Melaka River Cruise
sangat popular di Melaka dan difahamkan ia mempunyai 40 buah bot memberikan
perkhidmatan pelancongan. Penulis harap Perbadanan Pengurusan
Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), yang diketuai oleh Datuk Hj Baharom Majid melakukan
pembaikan berjadual terhadap bot bot dan pastikan setiap penumpang atau
pelancong memakai jaket keselamatan. Penulis ingin melihat Dato Baharom yang
agresif dalam pemasaran, penampilan idea idea baru, promosi produk baru
berkaitan River Cruise dan persediaan subjek keselamatan dan penyelamatan.
Penulis pernah
menikmati River Cruise pada satu malam. Setiap penumpang diberikan jaket tetapi
penulis mendapat jaket yang klip nya rosak. Rakan penulis yang badannya besar
sedikit, tetapi jaket yang diberikan kecil. Harapan penulis agar anggota
pekerja Perbadanan memberikan perhatian perkara kecil ini. Laksanakan
`maintenance’ jaket keselamatan dan pastikan penumpang selesa memakai.
Seperkara lagi,
setiap anggota pekerja bot terutamanya pemandu bot perlu menjalani kursus atau
latihan berenang dan menyelamat. Jika berlaku sesuatu, apa langkah yang patut
di ambil. Siren di bunyikan? Ada bot peronda penyelamat bersedia setiap masa
atau standby? Sistem komunikasi tersedia? Ambulan sendiri atau pihak lain? Ada
telefon kecemasan tersedia? Jika berlaku pertumpahan minyak, apa nak buat? Jika
berlaku pelanggaran bot, apa dia `standard procedure’ nya?
Dengan pemanjangan
sungai yang boleh dilayari, isu keselamatan menjadi lebih kritikal. Sistem
penyelamat harus di `decentralise’ dimana pemandu bot dan pembantunya perlu
melakukan penyelamatan sementara menantikan kedatangan pasukan penyelamat sebenar.
Bot yang
dinaiki kanak kanak adalah bot yang berrisiko tinggi. Ini adalah kerana mereka
tidak pandai berenang.
Rumusannya,
apabila ia melibatkan air, bot, penumpang, kesibokan lalulintas sungai,
kecuaian manusia dll, Pengurusan wajar berwaspada dan senantiasa dalam `mode
standby’.
Jangan
mengutamakan bisnes dan kemajuan kewangan tetapi mengambil ringan soal keselamatan.
Harap tradegi
bot karam tidak berlaku di Melaka River Cruise. Amin.
No comments:
Post a Comment