Malam tadi
penulis menonton perlawanan timbal balik Kedah melawan JDT di Stadium Kedah
Darul Aman. JDT datang bertandang ke Alor Setar dengan bekalan agregit 3-1. Malam
tadi 18 Februari, JDT menambah kemenangan dengan 2-0 hasil jaringan Norshahrul
dan Safee Sali.
Dukacitanya,
walaupun penulis `respect’ kepada Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, permainan
Kedah amat kasar dan terbukti seramai 4-5 pemain menerima kad kuning. Kapten
Kedah pun menunjukkan isyarat `bagus’ kepada pengadil kerana memberikan kad
kuning kepada pasukannya. Sebaik sahaja pengadil berpusing arah lain, beliau
menunjukkan isyarat `tidak bagus’ pulak.
Semalam ini,
malang buat PKNS dan Sarawak. Kelantan seri dengan PKNS 3-3 sama tetapi
Kelantan menang 3-2 di Kota bahru di pusingan pertama. Kelantan menempah tiket
ke separuh akhir.
Begitu juga
dengan Sarawak. Mereka seri 2-2 dengan Felda United tetapi advantage diberikan
kepada Felda kerana bermain di tempat lawan. PDRM tersingkir kerana tewas tipis
kepada Pahang 2-1.
Seterusnya pusingan pertama aksi Separuh
Akhir, JDT akan berdepan dengan Pahang manakala Kelantan akan bertarung dengan
Felda United. Selamat berjuang.
No comments:
Post a Comment