Monday, 3 February 2014

SAIFUL BUKHARI AZLAN CALON BN DI DUN KAJANG



Penulis amat bersetuju jika BN mencalonkan Saiful Bukhari Azlan  bertanding atas tiket BN menentang Anwar Ibrahim yang mewakili PKR.

Walaupun ia bersifat jenaka dan ingin menyakiti hati Anwar Ibrahim, penulis berpendapat ia suatu strategi yang baik buat BN, lebih lebih lagi, tujuan Anwar Ibrahim berura ura dan berangan angan menjadi MB Selangor. Seperkara lagi bulan Februari adalah bulan perbicaraan rayuan kes liwat pengendalian Tan Sri Dr Shafee Abdullah.

Jikalau ada kesanggupan dari pihak BN dan Saiful untuk bertanding di Kajang, ia amat menarik melihat implikasinya. Saiful dipertandingkan bukan untuk menang tetapi untuk memalukan Anwar Ibrahim. Kem PKR sangat sombong kerana mereka tahu pengundi Cina akan menyokong mereka secara solid. Keegoan PKR menjuruskan YB Azmin Ali mencabar PM bertanding di Kajang. Ubatnya mudah sahaja jika BN mencalonkan Saiful. Faham faham lah mereka. Selain dari memalukan, ia boleh mengembalikan ingatan rakyat `dera’ Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya. Kalau Anwar Ibrahim lakukan di Sweden, sudah lama Anwar Ibrahim di tahan dan dipenjarakan. Lambakan poster serta kelibat Saiful di Kajang,  akan menaikkan sentimen anti Anwar Ibrahim.

Seluruh DUN Kajang akan terpampang gambar Saiful dan kemana sahaja Anwar Ibrahim pergi, Saiful akan menghantuinya.

Namum begitu, Pengerusi BN ini terlalu berhati hati dan tidak mahu mengambil risiko. Beliau akan resah jika Pakatan Rakyat meng`spin’ yang BN berkomplot dengan Saiful di dalam konspirasi liwat tersebut. Takut pada bayang bayang. Inilah masanya BN buat `Kajang Move version BN’.

BN akan memastikan Saiful layak bertanding seperti yang dikehendaki oleh BN, SPR dan Enakmen Selangor yang hendakkan beralamat di Selangor.

Sebelum ini, penulis telah mencadangkan BN turut serta di dalam PRK tetapi gaya kempen yang berbeza. Kempen secara kecilan dan rumah ke rumah. Tanpa umum peruntukan, tanpa jamuan besar. Tanpa kehadiran pimpinan besar. Yang ada hanyalah agihan barangan dapur kepada pengundi terpilih.

MCA boleh memberi laluan kepada Saiful untuk meremukkan imej Ketua Pembangkang itu. Sebelum ini, ada cadangan supaya Datuk Lee Chong Wei dicalonkan tetapi YB Menteri Belia dan Sukan berkata Datuk Lee adalah harta negara. Kemudian timbul nama Datuk Seri Ong Tee Kiat. DS Ong tewas teruk di dalam pemilihan MCA baru baru ini. Penulis tidak mahu beliau terus di kuburkan oleh Ahli MCA sendiri dengan bertanding di Kajang

No comments:

Post a Comment