Friday, 7 February 2014

PRK KAJANG: BN KENA BUAT `SURPRISES MOVES’. PUJUK TAN SRI LEE LAM THYE BERTANDING…..



Berapa hari yang lalu, TS Muhyiddin mengulas  yang BN tidak akan  memberikan kemenangan percuma atau laluan senang kepada Anwar Ibrahim di dalam PRK Kajang pada 23 Mac 2014 ini. BN akan meletakkan `calon menang’ daripada MCA untuk bertanding walaupun terdapat pelbagai cadangan dari pemimpin parti komponen BN dan akar umbi. Ada yang cadang BN tidak perlu bertanding. Ada yang berpendapat BN kena bertanding untuk memberi peluang kepada penduduk Kajang buat pilihan. Ada cadangkan DS Ong Tee Kiat dari MCA bertanding. Penulis sendiri cadangkan Saiful Bukari menjadi calon atas sebab sebab tertentu tetapi cara berkempen yang berbeza. Datuk Nalla, Presiden Malaysia Indian United Party (MUIP) menawarkan diri bertanding melawan Anwar Ibrahim, bekas kawan baik dan rakan main tenis. Diberitakan akhir bulan Februari ini, BN akan mengadakan mesyuarat tertinggi BN.

BN baru hendak berbincang mengenai calon yang akan bertanding tetapi PKR sudah menamakan calonnya di hari perletakan jawatan ADUN Kajang sebagai ahli ADUN. Cuba perhatikan kejutan yang dibuat. Letak jawatan dan umum calon bertanding. Confident.

Penulis pernah mencadangkan Saiful Bukhari Azlan dicalonkan mewakili BN untuk `menghantui’ dan mengingatkan Anwar Ibrahim atas perbuatannya. Begitu juga dengan Datuk Nalla yang mungkin akan mengembalikan kisah kisah lama Anwar Ibrahim. Sejujurnya untuk menang agak sukar kerana pengndi Cina khasnya akan menghukum Saiful atau Datuk Nalla kerana cuba menganaiyai bekas bossnya atau kawannya dahulu. Pengundi India hanya 10 peratus dan mungkin tidak cukup buat Datuk Nalla.

`BN’s movement and action is predictable’ dan senang dibaca oleh musuh politik kerana terlalu mengikut amalan dan prosedur biasa. Tiada kejutan atau `surprises’. Penulis teruja dengan `Kajang Moves’ oleh PKR dan Anwar Ibrahim yang selalunya membuat BN terpaksa mencari jalan untuk `counter attack’. BN sometimes must behave like PKR.

Selain Datuk Nalla berhasrat bertanding, berita portal ada melaporkan juga yang Datuk Zaid Ibrahim berminat untuk bertanding untuk menyelesaikan perhitungan di antara mereka. Kita tunggu dan lihat. Kedengaran juga cadangan BN meletakkan calon bangsa Cina tetapi beragama Muslim. Jika Saiful Bukhari tidak sesuai, izinkan penulis cadangkan Tan Sri Lee Lam Thye, seorang bekas aktivis DAP dan Aktivis Sosial. Mari kita lihat bagaimana reaksi pengundi Cina Kajang.

Kemungkinan besar Tan Sri keberatan untuk menceburi politik semula setelah meninggalkan DAP dan politik belasan tahun dahulu. Beliau banyak menjadi Pengerusi atau Timbalan Pengerusi pelbagai Jawatankuasa dan agensi Kerajaan seperti NIOSH, Pencegahan Jenayah, CRS Setia Berhad dll. Mungkin beliau sudah selesa dengan kedudukan sekarang dan tidak mahu `membakar jambatan’ dengan orang politik BN mahupun PR. Jika BN gagal meyakinkan Tan Sri Lee, BN kena pilih seseorang yang `credible’ seperti Tan Sri Lee.

NST memberikakan 3 calon MCA telah disenarai pendek. Kalau penulis berada di kasut mereka yang disenarai pendek, penulis tidak mahu terima kerana kemungkinan besar akan kalah. Ini akan menutup peluang di calonkan semula di PRU14 nanti. Ketua Pemuda MCA,Chong Sin Woon dan  Naib Presiden Datin Paduka Chew Mei Fun adalah diantara calon MCA yang disebut sebut.


Sementara itu, PKR mensasarkan majoritI undi mereka meningkat dari 6,400 undi kepada 10,000 undi. 

2 comments:

  1. Setuju TS Lee Lam Tye dicalonkan. Lee a.
    dalah seorang yang sangat berkredible dan boleh memberikan unsur surprise kepada penggundi Kajang.
    On another note, saudara tuan punya blog, lagu satu Malaysia di blog ini sangat annoying. Saya harap ianya dibuang, kerana biasanya pengguna akan membuka multiple windows, dan lagu ini membuat orang hilang konsentrasi terhadap apa yang kami baca.

    Sekadar cadangan walaupun saya kira saudara memang berniat baik.

    Wassalam

    ReplyDelete