Penulis
menulis berdasarkan laporan TV1 dan TV3 yang menyiarkan berita T-Team meninggalkan
padang di masa separuh kedua semasa
perlawanan Piala Super di Stadium Larkin
pada Ahad yang lalu. Visual yang ditayangkan keagresifan dan keberangan jurulatih
kecergasan T Team dan meluru ke pemain JDT, yang cuba menenangkan jurulatih
tersebut. Kemudian jurulatih JDT menaikkan suara keatas jurulatih kecergasan T
Team. Insiden di terowong menuju ke bilik persalinan tidak ditunjukkan pula.
Jurukamera ASTRO nampak menfokuskan kamera kepada jurulatih JDT. Menurut TV1
dan TV3, seorang jurulatih kecergasan dan pemain import telah dipukul dan
ditendang.
Insiden
`pukul memukul’ antara beberapa individu dan mungkin faktor ketinggalan 2-1
ini, menjuruskan kepada pengurusan T Team membuat keputusan tidak meneruskan
permainan. Alasan utama ialah keselamatan. Keseluruhan pemain dan pegawai
menaiki bas balik ke Terengganu.
Pada
ketika itu, tiada pulak insiden penyokong JDT menceroboh padang dan menyerang
pengadil. Tiada pulak balingan mercun dan bunga api. Keadaan padang agak
terkawal.
Sesampai
Kuala Terengganu, jurulatih kecergasan dan pemain import serta di iringi COO T
Team ke Balai Polis jam 1 tengahari tetapi tidak membuat laporan. Hanya jam 11
malam, mereka sekali lagi ke balai Polis membuat laporan. Mengapa begitu?
Harap
harap Tuanku Ismail, Tengku Mahkota Johor merangkap Presiden PBNJ dan JMF TIDAK
TERLIBAT secara langsung atau tidak langsung di dalam insiden ini. Penulis
berkata demikian kerana TV melaporkan pengurusan tinggi PBNJ memukul pegawai T
Team. Setahu penulis pegawai PBNJ sudah berusia dan tidak kuat bertumbuk dengan
jurulatih kecergasaan (biasanya amat `fit’) dan pemain import (berbadan sasa
dan kuat).
TV
juga menayangkan pegawai T Team berjalan membuat laporan Polis tetapi penulis
melihat tiada kecederaan seperti bekas luka atau patah tangan pada kedua dua
`mat salleh’ tersebut. Berjalan segak aje tidak terdengkut dengkut.
Penulis
merasa permainan di dalam padang lebih membahayakan. `Tackle’ keras boleh
menjurus kepada kecederaan teruk, pengsan, tidak boleh bermain seketika,
berdarah kepala dan kaki, patah dll. `Tackle’ ini legal tetapi dilayangkan kad
kunung atau merah.
Jesteru
itu, pada pendapat penulis yang `kaki bangku’ ini, jika keselamatan seseorang
individu itu terancam, beliau kena berunding dan Pengurus Pasukan yang
seterusnya memberitahu Pesuruhjaya Sukan / pegawai FAM / Perlawanan / Pengadil.
Salah seorang atau semua mereka ini akan berhubungan dengan PDRM atau anggota
keselamatan seperti RELA dan pegawai keselamatan Stadium untuk memberikan
perlindungan. Mungkin ini tidak dilakukan oleh pengurusan T- Team sebelum
membuat keputusan `angkat kaki’. Adalah wajar untuk `angkat kaki’ jika ada
pencerobohan penyokong/penonton secara besar besaran. Even jika berlaku
`blackout’ yang menyebabkan lampu tidak berfungsi, pasukan akan dibenarkan
angkat kaki oleh pegawai Perlawanan bukan pegawai pasukan.
FAM
akan bermesyuarat Khamis ini dan akan membuat keputusan samada untuk memberikan
kemenangan kepada JDT 1 atau perlawanan sambungan 45 minit kedua dengan
keputusan 2-1 kekal. Penulis menyokong denda dikenakan ke atas T-Team kerana
enggan bermain. Hanya pegawai FAM / Perlawanan / Pengadil yang berkuasa
menentukan keadaan selamat atau sebaliknya bukan justifikasi pegawai pasukan.
Pegawai
T Team `pondan’ dan silap membuat `business decision’. Pegawai kedua dua
pasukan wajar di hukum juga kerana tidak ada sikap `sportmanship’.
boleh tak biarkan FAM bermesyuarat dulu dan buat keputusan baru komen. tak perlulah komen pasal report polis lambat, tangan tak patah kaki tak tempang. setiap pasukan terlibat tengah bertungkus lumus 'merasionalkan' tindakan mereka dalam insiden tersebut. elok benar kita tunggu dan lihat team mana akan kantoi kerana temberang. kalau ingin juga membuat ulasan, baik buat kajian kenapa perangai tak berjenis ni sudah berpindah negeri. dulu-dulu sebut trw, memang kena gaduh. sekarang jdt dan trengganu dah import perangai buruk tu. syabas trw kerana team dan fan dh jadi budak baik.
ReplyDelete