.
Ramai yang
mengetahui, Video ONEderful Malaysia CNY 2014 yang dipengacarakan oleh Ahli
Parlimen Seputeh berwajah manis tetapi berhati busuk. Secara amnya, video ini
memuatkan sindiran dan menfitnah Kerajaan.
Bukan itu
sahaja wataknya memperli Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa personaliti
lain. Huruf ONE itu sebenarkan mempertikaikan
slogan 1 Malaysia yang menyeru semua bangsa di Malaysia bersatu. Tahniah kepada
Mingguan Malaysia terbitan Ahad 9 Februari yang telah menuliskan secara
terperinci dialog mereka. Video ini melibatkan tiga watak penting iaitu Puan
Jit, Master Yan Yan dan Abang Cik Wai.
Video ini
membangkitkan kemarahan ramai pihak terutamanya NGO NGO Melayu dan Islam dan
beberapa NGO bukan Melayu. Lebih 300 laporan polis telah di buat. Cabar
menampar sudah berlaku. Pelakon pelakon sudah dipanggil untuk siasatan serta
merekodkan keterangan. Teresa Kok pun sudah dipanggil. Sekarang ini orang
Melayu marah dan Polis pulak kena memberikan perlindongan 24 jam kepada Teresa
Kok dan pelakonnya.
Penulis pernah
menulis bahawa ada beberapa orang yang kebal undang undang di Malaysia. Mereka
ialah Anwar Ibrahim, Tian Chua, Teresa Kok, Lim Guan Eng dan Haji Omar Kassim.
Semua yang di sebut adalah ahli politik melainkan seorang bekas ahli perniagaan
berasal dari Pontian dan menetap di Muar.
Penulis
difahamkan Haji Omar amat terkenal di Muar. Penderma dan murah hati. Selalu
bayar `round the table’ kalau makan di warong warong. Ada buah tangan lagi
selepas makan. Beliau rapat dengan Persatuan Nelayan Negeri Johor dalam projek
Tanaman Kelapa Sawit di Labis, Segamat. Beliau juga `banyak berurusan’ dengan
Pengerusi Nekmat Kebangsaan, Mohamed Dolmat. Beliau rapat dengan Kementerian
Pelajaran/Pengajian Tinggi yang mengeluarkan tender Kolej Komuniti. Syarikat
Haji Omar, Power Corporate Consutant Sdn Bhd dan OBK Plantation Sdn Bhd sangat
terkenal di Muar. Cerita lanjut di penulisan lain.
Penulis
meramalkan Teresa Kok terlepas dakwaan lagi kerana beliau yang bertanya dan Pakar Feng Shui yang memberikan
pendapat. Mereka yang memberi pendapat yang melakukan kesalahan, jika Peguam
Negara mendapati ada kes. Teresa Kok mungkin boleh didakwa bersubahat tetapi
ketiga pakar feng shui menanggong kesalahan. Ini pendapat penulis.
Ringkasan
dialog Video ONEderful Malaysia adalah seperti dibawah:-
Ia berkisar
pada cerita Tahun Kuda yang akan mempengaruhi kesejahteraan negara Malaysia.
Mereka memulakan dengan fenomena kenaikan harga barangan dan servis, akibat
daripada kononnya dasar Kerajaan seperti kenaikan harga barangan, harga
utiliti, harga petrol dan lain lain.
Master Yan Yan
mempersenda pasal makna Malaysia Ringgit yang bermaksud Ma Bai atau nasib pun
hilang. Jika betul le nama Malaysia ini menyebabkan nasib baik seseorang akan
hilang, penulis hairan mengapa nasib bilionair Cina paling ramai di Malaysia
iaitu daripada 10 orang, 7 bilionair adalah berbangsa Cina.
Penulis akan
gembira jika ramai orang Cina (bermula dengan pemimpin besar DAP) terpengaruh
dengan video ini yang `nasib baik dari segi kewangan dan kesihatan’ mereka akan
hilang jika berada di Malaysia. Mungkin dan wajar mereka mencari makan di
Singapura atau Hong Kong atau China.
Pada penulis,
suasana kenaikan harga barang dan servis yang diperkatakan tadi ada hikmahnya
tersendiri. Orang Cina yang biasanya hidup lebih mewah daripada orang Melayu,
amat panas dan tergugat dengan kenaikan 5-15 peratus. Mereka yang terasa
sangat. Dari segi lain pula, Kerajaan sedang mengambil langkah `menghilangkan
peranan orang tengah’. Maka semakin `susah cari makan’ bagi `wholesaler’ yang
majoritinya berbangsa Cina. Taukeh bot dan peraih ikan sebagai contonnya.
Puan Jit yang
mempunyai rambut seiras dengan DS Rosmah Mansor dan pakai cincin berlin. Masih
ingat tidak `spin’ puak pembangkang cincin berlian bernilai RM23 juta yang
dibeli oleh DS Rosmah dan penghantaran melalui `courier service’. Terlalu ramai
sangat orang termasuklah pemimpin besar DAP dan Pakar Feng Shui yang percaya
dengan fitnah cincin berlian RM23juta tersebut.
Pakar Feng Shui
bercakap pasal pelancongan dan dengan bangganya menuduh Malaysia negara keenam paling berbahaya di
dunia. Memang satu ketika dahulu apabila ISA dan EO dibubarkan kerana desakan
parti pembangkang DAP,PAS dan PKR dan semangat mendokong hak asasi manusia,
menyumbang kepada lambakan penjenayah penjenayah. Berlakulah tembak menembak
sana sini. PM kena belajar dengan akibat pembubaran atau pemansuhan Akta
tersebut. Pembubaran membawa masalah balik kepada kerajaan. Malaysia diputar
belit menjadi negara keenam paling bahaya di dunia disebabkan insiden beberapa
bulan tersebut. Kita yang memberi bola tanggung kepada musuh politik kita.
Apabila
Kerajaan dan PDRM melaksanakan Ops Cantas, melaung kuat pemimpin pembangkang
mengatakan Kerajaan kejam dan rasis. Hanya penjenayah Cina dan India menjadi
sasaran.
Seterusnya
Teresa Kok dan Pakar Feng Shui berbincang pasal PLUS atau Projek Lebuhraya Utara
Selatan. Mereka klasifikasikan PLUS sebagai lanun kerana pelancong Cina ini
beranggapan mereka kena membayar duit (tol) untuk melancong. Agaknya jikalau
melancong ke negara Tembuk Besar atau Taiwan dan Hong Kong, tiada bayaran tol
yang dikenakan di atas penggunaan
lebuhraya.
Pada penulis
PLUS adalah optional. Jika merasa tol ini melanun orang ramai untuk ke Kuala
Lumpur dari Melaka, cari laluan yang tidak bertol (Melaka-Alor
Gajah-Tampin-Rembau-Senawang-Seremban-Mantin-Kajang-Kuala Lumpur) atau jalan
laut (harap harap orang tidak terjumpa dengan PATI di tengah lautan atau yang
sedang balik ke Indonesia dan melanun mereka ini) atau berbasikal atau
bermotosikal.
PLUS dibina
untuk keselesaan pengangkutan dan kegiatan ekonomi. Siapa yang menggunakannya
bayarlah keselesaan tersebut. Kelazimannya perjalanan kita akan lebih ringkas
dan selamat. Kemudahan R&R yang mempunyai gerai makanan, surau solat dan
rehat, stesyen minyak dan servis trak ronda membantu kelancaran perjalanan.
Jonker Street
yang menjadi lambang kejayaan peniaga Cina dan Melaka. Mereka mendakwa Jonker
Street akan `hilang’ tidak lama lagi. Perubahan sedikit Jonker Street oleh
Kerajaan Melaka mencetuskan `huru hara’ di kalangan politikus DAP. Jikalau dahulu jalan jalan ditutup pada
hari minggu, Kerajaan Melaka membuka semula jalan jalan tersebut untuk
mengurangkan kesesakan lalulintas. Penduduk taman perumahan berdekatan
(majoritinya kaum Cina) yang `complain’. Selain daripada itu, Jonker Street
sedang dirancang untuk tidak menjadi pusat barangan tiruan daripada luar
negara. Peniaga Melayu dan Bumiputera wajar dibenarkan berniaga dan bukan milik
100 peratus peniaga Cina.
Mereka
mencadangkan para pelancong pergi ke Sabah untuk pertunjukan lanun menculik dan
tembak menembak sebagai produk pelancongan yang baru. Kalau Sabah tidak cukup
menarik, mereka cadang pergi Johor kerana `Perompak ada berdekatan’.
Penulis siarkan
ulasan penulis 50 peratus daripada dialog keseluruhan program ONEdeful Malaysia
CNY 2014 kerana dikuatiri terlalu panjang.
Rumusan
daripada insiden ini, ada beberapa manusia di Malaysia ini kebal daripada
pendakwaan atau kebal undang undang. Mereka adalah Anwar Ibrahim, Tian Chua,
Teresa Kok dan seorang lagi ahli perniagaan dari Muar, Omar Kassim (Penulis
akan `elaborate’ di lambaran lain).
Teresa Kok
memang dikenali ramai di Parlimen Seputeh dan majoriti undi PRU13 adalah antara
tertinggi di Malaysia selain Kepong. Majoriti tinggi adalah hasil `balas
dendam’ pengundi Cina terhadap BN. Popular di Seputeh tidak mencukupi tetapi ingin
dikenali di seluruh dunia melalui penampilan dalam You Tube. Persoalannya apa
BN/UMNO dan orang Melayu hendak lakukan kepada Teresa Kok.? Setakat ini lebih
300 laporan Polis telah dibuat. Penulis yakin Teresa Kok akan di nobatkan kebal undang undang.
No comments:
Post a Comment