Sunday, 2 February 2014

KONSEP `BAPA ANGKAT DAN ANAK ANGKAT’ MASJID DI MELAKA.



Semalam Jumaat 31 Januari 2014, Masjid Al Najwan Cheng, Melaka menganjurkan Maulidur Rasul dan Majlis Pengistiharan Masjid Al Najwan sebagai Masjid Anak Angkat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Perarakan bermula selepas Asar jam 5.30 petang dari Surau Kg Pantai dan berarak ke Masjid Al Najwan, Cheng, sambil berselawat kepada Rasullulah. Alhamdulilah dengan bantuan PDRM Balai Tg Minyak dan petugas bermotor, perarakan berjalan lancar walaupun melalui jalanraya yang sibuk..

Sesampai Masjid Al Najwan, anak  khariah di sajikan dengan makanan petang, mee hon. Acara Majlis Pengistiharan Masid Anak Angkat pun bermula  dengan ucapan Pengerusi Masjid dan diikuti dengan wakil ADUN Paya Rumput, Tok Penghulu  Zainal Salam. Dif dif kehormat lain ialah Exco Pemuda Malaysia, En Rafik.

Datuk Bandar, Datuk Zainal Abu berucap menerangkan taksiran sebenar Masjid Anak Angkat dan sejarah konsep Masjid Anak Angkat serta pencetusnya untuk makluman ramai.

Penulis amat bersetuju dengan konsep Masjid Anak Angkat yang di wajidkan kepada semua agensi dan GLC Negeri Melaka. Pendapatan dan keuntungan wajar diagihkan kepada masyarakat dan aktiviti keagamaan. Selain daripada derma ikhlas jemaah dan anak khariah Cheng, agensi Kerajaan dan GLC boleh membantu membiayai program satu atau lebih daripada satu masjid.

Ia membawa kepada banyak kebaikan. Antaranya ia  merapatkan lagi hubungan agensi Kerajaan dan GLC (Kerajaan) dengan rakyat setempat. Ia mengurangkan aktiviti pembaziran agensi Kerajaan dan GLC. Aktiviti pembaziran adalah seperti melawat sambil belajar / melancong ke luar negara, mesyuarat di adakan di hotel mewah, jamuan makan malam mega dan banyak lagi.


Penulis cadangkan MBMB dan agensi/GLC lain memperluaskan konsep anak angkat ke sekolah sekolah, tadika tadika, persatuan penduduk dan kelab sukan. Bantuan tidak semestinya berbentuk wang ringgit tetapi `in kind’ pun boleh. Kita boleh tiru keadah bantuan oleh IMDB, Tabung Haji dll. Dari segi sukan, mungkin sebuah agensi Kerajaan/GLC mengangkat anak satu sukan seperti Syarikat Air Melaka Berhad (mana boleh Jabatan Peparitan dan Saliran dan Perbadanan Sungai dan Pantai (terlupa nama yang betul)) menerajui sukan renang atau perahu layar atau polo air kerana ia berkaitan air. Apabila menjadi bapa angkat, SAMB membantu Persatuan tersebut dari segi pembangunan dan kemajuannya. SAMB pula akan berkerjasama dengan rakan swasta sendiri. Janganlah pilih Mamee Decker lagi kerana syarikat ini nampak lebih sesuai dengan sukan bolasepak.

Dalam bulan Januari ini, penulis dapati YB Hj Sazali Muhd Din agak sibuk dan terpaksa mewakilkan Tok Penghulu. Kebetulan ketiga tiga majlis ini iaitu Majlis Penyerahan Bantuan Persekolah Sekolah Kebangsaan Tg Minyak, Majlis Gotong Royong anjuran Taman Cheng Baru dan Majlis Maulidul Rasul ini, YB ADUN Paya Rumput tidak dapat hadir. Ada baik dan ada tidak baik kepada YB dan rakyat setempat. Dari segi pengurusan, Time Management adalah mustahak untuk seorang ADUN untuk `to kill 2 birds with one stone’. Bak kata perpatah Inggeris, `no news mean good news’.


Penulis pernah menulis kriteria untuk menjadi seorang ADUN atau Ahli Parlimen. Nampaknya ia boleh digunapakai kepada jawatan Tok Penghulu dan Pengerusi JKKK dan Masjid. Selain daripada bersih, cekap, amanah, mesra rakyat, baikhati dan kelihatan baik, adalah mustahak bakal ADUN/Ahli Parlimen mendapat restu dan kefahaman isteri, anak atau keluarga. Ahli politik ini akan jarang berada di rumah, apalagi ke komplek beli belah. Mereka akan berkerja tanpa waktu. Hari cutilah hari yang sibok. Adalah wajar  jangan amalkan `bidan terjun’ apabila BN hendak memilih seorang ADUN. Mereka semua kena biasa dengan kesibukan seorang ahli politik. 

No comments:

Post a Comment