Kedua dua kelab bolasepak JDT masih bergelut di awal
pusingan Super Liga dan Liga Pedana. JDT I tewas 1-0 dengan T-Team dan kemudian seri dengan LionXII
2-2 di perlawanan seterusnya. JDT II pun sama iaitu satu tewas dengan PDRM 1-3
dan seri dengan UiTM 1-1.
JDT mempunyai ramai pemain yang baik dan berkelibar di
dalam negara dan luar negara. Hampir 50 peratus pemain JDT I adalah pemain
Harimau Malaya dan Harimau Muda. Sesungguhnya
ramai pemain star berada di bangku simpanan ketika perlawanan
berlansung. Tidak kah ia boleh mengurangkan motivasi dan yang lebih menakutkan
pemain akan hilang skil?. JDT I merehatkan Awe, Fazli Shas, Amirol, Ifran
Khairi dll. Majoritinya bermain kurang 90 minit dan ada yang tidak bermain
langsung.
Jurulatih JDT 1 sudah berada di Johor sejak 6 bulan yang lalu untuk membentuk
pasukan JDT. Tetapi nampaknya resipinya belum sempurna. Satu kepincangan yang
nyata ialah posisi pemain yang kurang tepat. Amri Yahya lazimnya bermain
penyerang tengah tetapi apabila Pablo
Aimar dan Figurao bermain penyerang tengah, beliau ditugaskan ke posisi lain
seterusnya kelibat agresif Amri kurang menyerlah. Perubahan ini mungkin baik
mungkin tidak. Begitu juga dengan Mat Yo dan Safee Sali.
Mungkin JDT I harus membentuk regu atau gandingan penyerang yang tetap. Mungkin wajar
keseluruhan gandingan atau regu ditukar separuh masa kedua atau perlawanan
seterusnya.
Kepada jurulatih JDT 1 yang budiman, sila bentuk satu
pasukan yang mantap. Tugas bentuk pasukan sepatutnnya lebih senang kerana ramai
pemain pemain yang baik.
Amat memalukan apabila JDT1 tewas atau seri di padang
lebih lebih lagi lawannya kurang popular.
Jika kita menonton TV1 atau Astro, pengacara selalu bercakap tentang
`star studded’ JDT atau gelaran pasukan elit. Hakikatnya JDT lemah.
Komen penulis mengenai 2 permainan JDT1 dan JDTII yang
lalu ialah kurang kecekapan penjaga gol. Penjaga gol tewas dengan ketinggian,
lebih lebih lagi majoriti penyerang atau pemain pertahanan semasa tendangan
sudut jauh ialah pemain luar negara yang berbadan sasa dan tinggi.
Penulis harap JDT menjadi kelab yang pertama di Malaysia
membeli penjaga gol professional sehebat penjaga gol England dan Sepanyol yang
dapat menyaingi hantaran tinggi pasukan lawan ataupun sepadan bertempur dengan
penyerang dari benua Afrika ataupun
cekap menghadapi tendangan penalti atau tendangan free kick luar kotak
penalti mahupun tendangan deras penyerang lawan. Hampir semua kelab membeli
pemain pertahanan dan penyerang. Amat kurang kelab membeli pemain tengah atau
`play maker’ dan penjaga gol yang baik.
Apa gunanya jika kita ada penyerang yang baik dan pertahanan yang cekap,
tetapi penjaga gol yang `lemah’.
No comments:
Post a Comment