Sunday, 12 January 2014

SIAPAKAH ARIEL SHARON MALAYSIA?



Umat Islam dan rakyat Palestin tahu kekejaman yang dilakukan oleh Ariel Sharon ini. Penulis percaya ramai ahli keluarga mangsa mangsa kekejaman Kem Sabra dan Syatilla, senantiasa berdoa agar Allah memberikan pembalasan setimpal dengan kekejaman yang telah di lakukan oleh Ariel Sharon.

Akhirnya, beliau  ditakdirkan kena serangan angin ahmar dan seterusnya pendarahan dalam otak semasa menjawat Perdana Menteri. Beliau koma dan para pakar cuba menyelamatkan beliau. Allah lagi Maha Berkuasa dan tidak mengizinkan beliau dipulihkan.

Semasa di dalam keadaan koma, badan yang besar itu semakin hari semakin kecil. Banyak perkara ganjil berlaku keatas beliau tetapi tidak diperkatakan.

Penulis merasa gerun dengan pembalasan Allah di dunia dan di akhirat jika kita berlaku kejam kepada orang lain. Jika kita menafikan hak majoriti keselesaan kehidupan. Jika kita menfitnah orang dan bercakap bohong dan berbelit belit. Jika kita memecahkan umat Islam dengan menimbulkan rasa was was. Jika kita pelupor kegiatan bercanggah dengan Islam. Jika kita menghalalkan perkara yang haram dan dan menyokong gerakan menghancurkan Islam. Lebih dahsyat menyokong dasar Israel dan sekutu kuatnya.


Jesteru itu, `Ariel Sharon Malaysia’ tidak membunuh secara fisikal tetapi ia membunuh secara pemikiran sonsang dan ekstrim. Dulu ada orang kata kat Malaysia ada Firaun tetapi rupa rupa nya manusia yang digelar Firaun itu lah, yang banyak berjasa kepada agama (bina Masijid, produk dan servis Islamik, pendidikan Islam, pembangunan eonomi dll), bangsa (memertabatkan kaum Melayu dan Bumiputera) dan negara Malaysia.

No comments:

Post a Comment