Thursday, 16 January 2014

IKTIBAR DARI KES GIATMARA SELAYANG, SABAK BERNAM DAN KAPAR



Diberitakan Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Tanah Gombak mengeluarkan notis kepada GiatMara Selayang mengkosongkan premis atas tanah yang digunakan tanpa kebenaran dan kelulusan. Ia diberikan masa 1 tahun untuk kosongkan premis tersebut.

Pada penulis, pengurusan Pelaburan MARA Berhad yang harus dipersalahkan dan wajar dihukum kerana kecuaian dan kelekaan untuk tidak memohon kebenaran dan kelulusan dari Kerajaan Negeri Selangor di era BN. Pegawai Pejabat Tanah juga ada `share kesalahan’ kerana tidak membangkitkan isu ini kepada pihak MARA.

Tidak menghairankan jika Kerajaan Negeri Bukan BN akan mencari jalan untuk `sabotaj’ projek BN seperti GiatMara Selayang walaupun ia memberikan menafaat kepada rakyat. Kes notis kosongkan bangunan pernah berlaku di Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Selangor sendiri.

Sebagai iktibar, kesemua Pegawai Tanah Kerajaan Negeri Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan, mengemaskinikan status sewapajak tanah atau permohonan tanah dari sekecil kecil tapak Tadika Kemas ke sebesar besar tanah perladangan. Jika tiada kelulusan, beri pertimbangan dan kelulusan.

Jika tiada perjanjian, usulkan pembinkinan surat perjanjian jangka panjang dan sebagainya. Begitu juga dengan pegawai agensi Kerajaan yang menduduki tanah Kerajaan agar membuat semakan status tanah dan sewaan. Proses ini perlu dilakukan semasa BN memerintah negeri negeri tersebut. Kerajaan Negeri boleh bertukar tangan dari BN ke Pakatan Pembangkang. Kerajaan Negeri BN lebih mementingkan kesejahteraan rakyat manakala Pakatan Pembangkang berfikiran `balas dendam’.

UMNO, BN atau penduduk Selayang buatlah bantahan atau demonstrasi aman atau memorandum ataupun injuksi mahkamah, Kerajaan negeri Selangor tidak akan berganjak daripada keputusan notis kosongkan premis.


Pegawai Kerajaan Negeri yang diperintah BN mahupun agensi Kerajaan mesti bijak bekerja dan jangan malas. Kecuaian dan kemalasan anda merugikan rakyat dan negara. 

No comments:

Post a Comment