Wednesday, 29 January 2014

ANWAR IBRAHIM



Sah. Datuk Seri Anwar Ibrahim (DS Anwar) dicalonkan bertanding di Pilihanraya kecil Kecil (PRK) DUN Kajang selepas ADUN Kajang YB Lee Chin Cheh meletakkan jawatan semalam Isnin 27 Januari. Besar kemungkinan,DS Anwar akan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor yang baru jika beliau menang PRK tersebut. Mengapa DS Anwar Ibrahim berhasrat menjadi Menteri Besar Selangor?

TV3 memberitakan DAP dan PAS tidak tahu menahu mengenai tindakan dan rancangan PKR yang merencanakan perletakan jawatan ADUN Kajang dan pencalonan DS Anwar Ibrahim serta ura ura diangkat menjadi MB Selangor. Setiausaha Agong DAP mengatakan beliau dan DAP tidak dimaklumkan perkembangan politik di Selangor tetapi bapanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah hadir di Majlis Pengumuman Calon di IbuPejabat PKR.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam  juga menyuarakan tiada maklumat mengenai `kemelut dan rencana PKR’ tetapi kelihatan Sallehudin Ayub dan  Dr Hatta Ramli berdiri di barisan belakang para pemimpin pembangkang. Rupa rupanya Selangor di tadbir bersama oleh PAS (15 kerusi DUN) DAP (15 kerusi DUN) dan PKR (14 kerusi DUN). Ada cerita belakang yang PAS akan mengemukakan nama nama yang boleh dilantik menjadi MB Selangor.

Penulis anggap ia adalah strategi bijak PKR dan Pakatan Rakyat untuk `kill 3 birds with one stone’. Mungkin lebih daripada 3 ekor burung. Ia dilakukan untuk :-
1.    menyelesaikan masalah perebutan kuasa atau krisis di antara YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR merangkap Pengerusi PKR Selangor  dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Penasihat PKR mengambil jalan tengah dengan tidak melantik kedua dua mereka yang berkrisis menjadi MB Selangor.
2.    Mengambil kesempatan untuk `cement and convert’ sentimen kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga barang, kepada undi Pakatan Pembangkang.
3.    Mempromosi imej dan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR, yang kurang `exposure’ ketika menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang berbanding menjawat Menteri Besar Selangor. Exposure kepada rakyat, kakitangan kerajaan dan ahli perniagaan serta pelabur luar akan lebih besar.
Pada penulis, dengan kedudukan sebagai MB Selangor,  DS Anwar akan berada di kedudukan sehampir dengan PM dan TPM serta Menteri Kabinet. DS Anwar akan mengiringi DYMM Sultan Selangor ke Majlis Mesyuarat Raja Raja. Ada ketikanya DYMM Sultan  menjadi Pengerusi Mesyuarat. Di avenue ini, DS Anwar akan cuba menonjolkan kehebatannya dan kemesraannya untuk menawan hati Sultan dan Raja Melayu.

Setiap tahun, sekurang kurangnya 2 kali, PM mengadakan perjumpaan dan mesyuarat dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk membincangkan pembangunan dan permasalahan di setiap negeri. DS Anwar boleh gunakan platform ini untuk menyampaikan `isihati’nya kepada PM, TPM dan MB/KM.

Akan ada ketikanya, PM, TPM dan para Menteri akan bersua dengan MB Selangor di Majlis Perasmian Projek di Selangor dan sekali lagi, pergaulan akan berlaku. Jikalau tidak kuat `iman’, ada yang bersempati dengan DS Anwar Ibrahim kerana beliau pandai berjanji `bulan dan bintang’.

DS Anwar berpeluang mendapat `publisiti yang meluas’ jika menjadi MB Selangor berbanding dengan ahli parlimen dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Siaran langsung Sidang Parlimen hanya berlansung di TV1 jam 11 pagi hingga 11.30 pagi (jika tidak silap). Kadang kadang Ketua Pembangkang tidak hadir dan tidak menanyakan soalan. Exposure paling lama ialah semasa pembentangan Bajet 2014. Setakat ini, DS Anwar banyak menerima publisiti kes Mahkamahnya yang menjangkau ratusan juta ringgit.

Menjadi kerisauan penulis kerana dikuartiri DS Anwar Ibrahim akan menghabiskan banyak masa diluar pejabat seperti berada di Mahkamah menghadiri kes menyaman dan disaman. Tentu sekali beliau akan ke Parlimen menghadiri sessi Parlimen mewakili Parlimen Permatang Pauh dan ketua Pembangkang. Banyak masa di mahkamah daripada Pejabat MB. Mungkin beliau Ultraman dan Superman.

Bercakap pasal Mahkamah, bagaimana agaknya jika Kes Rayuan Meliwat yang dikendalikan oleh Tan Sri Shafie Abdullah berpihak kepada Plaintif.? Adakah keputusan kes ini akan memaksa DS Anwar meminta penanggohan dan melambat lambatkan prosiding.? Meletakkan jawatan? Penulis harap Saiful dan Pejabat Peguam Negara tidak `menyelesaikan saman’ di luar Mahkamah atau menarik balik kes seperti kes Anwar Ibrahim dengan Chandra Muzaffar, kes saman UMNO terhadap Tian Chua dan banyak lagi.

DUN Kajang mempunyai pengundi berdaftar seramai lebih kurang 38,900 dimana 48 peratus pengundi melayu, 40 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India. Keputusan PRU13 memberikan kemenangan kepada Lee Chin Cheh yang mendapat undi lebih kurang 19,600 manakala calon BN mendapat 12,800 undi. Majoriti 6,800 undi.

Kajang adalah kawasan yang diperuntukkan kepada MCA dan PKR oleh parti masing masing.  Kedua dua parti akan bertarung sekali lagi. Diharap parti BERJASA tidak meletakkan calon. Kepimpinan baru MCA yang diterajui oleh DS Liow Tiong Lai dan Dr Wee Ka Siong akan menghadapi `real test’ kepada untuk memberikan tentangan kepada DS Anwar Ibrahim. Mungkin DS Liow dan D Dr Wee baru merangka strategi mengembalikan sokongan kaum Cina kepada BN. Dengan iklim politik perkauman dan kesuntukan masa kepimpinan baru MCA dan krisis harga barangan (PKR dan kawan kawan pandai manipulasi isu ini).
Penulis tidak mengharap kemenangan untuk BN tetapi mengurangkan majoriti kemenangan dari 6,800 kepada 3,400 undi (50 peratus) sebagai satu matlamat.

BN tidak perlu kempen gila gila sehingga mengeluarkan peruntukan besar. Buat syarahan dan jamuan kecil sahaja. Berjanjilah seperti PKR, jika BN menang, BN akan melakukan pembangunan atau menambah peruntukan. Wang rakyat kena jaga baik baik. Masih ingat tidak ingatan Tun Daim supaya BN mengelak daripada memberi peruntukan `ambil hati’ pengundi Cina khasnya.

DS Anwar Ibrahim berani di dalam pecaturannya kerana sokongan kuat kaum Cina dan DAP. Beliau tahu jawatan ini memerlukan perkenan DYMM Sultan Selangor serta faktor lain seperti alamat kediamannya di negeri Selangor tertera di kad pengenalan (faktor alamat boleh dibikin). Sepatutnya selain alamat di Selangor, kawasan atau tempat berdaftar mengundi pun perlu diambil kira. Mengapakah seseorang yang beralamat di Selangor tetapi mengundi di luar Selangor atau di Permatang Pauh. Mungkin kita boleh terima alamat kediaman di kawasan Parlimen A tetapi mengundi salah satu DUN di dalam Parlimen A.  

Bagaimana agaknya jika DYMM Sultan Selangor menolak cadangan nama yang diusulkan itu oleh Pakatan Rakyat? Kemungkinan kali ini, sejarah tercetus lagi di mana isu ini di bawa ke Mahkamah. Tercemar lagi nama baik DYMM Sultan Selangor. Sudah beberapa kali DYMM Sultan Selangor terjebak dengan kemelut politik sejak PKR dan Pakatan Rakyat menguasai Kerajaan. Ia mulai dengan perlantikan Pengarah JAIS menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri atas sebab  senioriti dan perkenan DYMM Sultan Selangor. Kemudian isu serbuan ke sebuah Geraja  yang menjalankan aktiviti murtad di kalangan orang Islam. Terbaru titah DYMM Sultan Selangor  yang Kalimah Allah hanya untuk orang Islam. Titah tersebut dipertikaikan mengikut taksiran politik masing masing, walaupun Mahkamah Rayuan telah melarangnya.

Mulai saat ini, DYMM Sultan Selangor perlu melantik atau membentuk para penasihat yang termasuk Peguam Perlembagaan dan Enakmen Penubuhan Negeri Selangor untuk menasihati Baginda kerana andaikata DS Anwar Ibrahim diangkat sebagai MB, beliau akan menggunakan Mahkamah di dalam tindak tanduknya jika tidak dituruti kemahuannya. Jika DS Anwar ada team peguam, DYMM Sultan Selangor mesti ada juga, yang berbayar atau pemikir.

DYMM Sultan Selangor mesti hadapi bakal MB yang pro Kalimah Allah untuk semua agama dan LGBT serta sikap liberalisma, dengan bantuan para pemikir dan peguam.  DYMM Sultan Selangor baru sahaja bersama dengan PM untuk melancarkan Maps of Malaya dan Borneo. Jangan ada yang mengfitnah yang  PM `bisik bisik’ kat DYMM Sultan Selangor tentang perkembangan politik baru dan opsyen tindakan yang boleh diambil.

Berjawatan MB Selangor, memberikan risiko yang besar juga buat DS Anwar Ibrahim. Segala gerak geri diperhatikan. Lihat gelagat Tan Sri Khalid Ibrahim. Banyak kelemahan di pihak kerajaan Negeri. Kesilapan demi kesilapan beliau lakukan. Terakhir pemecatan Azmin Ali dari ahli Lembaga Pengarah PKNS. Tan Sri khalid kata PKNS yang melakukan kesilapan tetapi PKNS kata ia mentaati keputusan dan arahan EXCO. Mangsanya Pengurus Besar dan Setiausaha Kerja ditukarkan.

DS Anwar Ibrahim akan sukar melakukan misi pelaburan ke Jepun kerana Kerajaan Jepun melarang beliau memasuki negara itu. Ini sesuatu implikasi yang besar keatas pelaburan Jepun di Selangor. Syarikat multinasional akan  mentaati Kerajaan nya supaya tidak akan membuat pelaburan baru atau pembesaran kilang di Selangor. Syarikat Multinasional akan tertanya tanya mengapa larangan tersebut berkuatkuasa terhadap DS Anwar.



Ramai yang telah melakukan pengorbanan. Bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh kehilangan kerusi, Tan Sri Khalid Ibrahim mungkin kehilangan jawatan MB, Azmin Ali terlepas peluang menjadi MB, dan Anwar Ibrahim (penurunan cita cita menjadi PM turun ke MB). Rakyat akan mengambil masa untuk datang dengar kempen dan mengundi, wang rakyat jutaan akan digunakan. PDRM dan SPR akan mengembeling ratusan anggotanya untuk menjaga keselamatan dan menguruskan pilihanraya yang baik. DYMM Sultan Selangor akan berhadapanan dengan politikus pengalaman.

No comments:

Post a Comment