Wednesday 1 January 2014

PERKEMAS DAN PERJELASKAN UNDANG UNDANG DALAM PERLEMBAGAAN



Pada 14 Oktober yang lalu, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh agama lain, khasnya digunakan dalam The Herald, majalah mingguan Bahasa Malaysia komuniti Kristian.

Ekoran daripada keputusan itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah  menitahkan bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan Kalimah ALLAH sebagai rujukan kepada Tuhan mereka.

Ekoran daripada itu, pelbagai taksiran dilontarkan oleh pakar perlembagaan yang berpolitik dan tidak berpolitik. Agamawan juga turut mewarnai perdebatan Kalimah ALLAH ini. Nyata kemelut ini mengelirukan rakyat yang serba kekurangan.

Ada suara suara yang lantang mengatakan Sultan dan Raja di Malaysia ini tidak berkuasa untuk melarang hak rakyat bukan Islam untuk merujukkan Tuhan (God) sebagai ALLAH atau kebebasan beragama.  Yang penulis faham di dalam perlembagaan, setiap rakyat bebas memilih agama masing masing tetapi tidak menyebut kebenaran untuk merujuk God sebagai ALLAH. Kebebasan beragama itu di gunapakai di dalam banyak makna dan suasana. Selain kebebasan beragama, adalah dilarang penganut agama lain cuba untuk memperkembangkan agamanya kepada seorang Muslim.

Ada berpendapat titah Sultan Selangor terpakai pada orang Islam di Selangor sahaja dan tidak `enforceble’ kepada bukan Islam. Agamawan Islam pula menyarankan rakyat Selangor mesti taat kepada Sultan Selangor dan sesiapa yang tidak boleh mematuhi titah Sultan, boleh tinggalkan Selangor. Jika dibuat perkiraan, maka keseluruhan ahli pentadbiran politik Kerajaan Selangor (dari Menteri Besar sehingga ADUN dan Parlimen di Selangor serta pengundi dan penyokongnya) perlu ke Pulau Pinang sebagai contohnya. Susuh juga.

Paderi Lawrence Andrew dari gereja Katolik menegaskan The Herald akan tetap menggunakan Kalimah Allah dan kenyataan ini menimbulkan kemarahan orang Melayu. 22 Bahagian UMNO di Selangor telah membuat laporan Polis.

Jelas disini Perlembagaan Malaysia itu perlu diperincikan dan diperkatakan seterang terangnya. Agama Islam yang berpegang kepada ajaran Sunnah Wal Al Jamaah perlu di masukkan di dalam Perlembagaan tadi. Pada masakini hanya di sebut Islam agama rasmi. Takut takut ada yang membawanya ke Mahkamah mempertikaikannya kerana mereka pengikut dan pengamal Syiah.

Ketiadaan ayat ALLAH untuk orang Islam tidak bermakna orang bukan Islam boleh guna ALLAH sebagai sandaran Tuhan mereka. Jadi jika di lakukan penambahbaikan Perlembagaan itu, `spirit’ (ALLAH untuk agama Islam) mesti digunakan dan perlu di terima oleh pihak lain.

Penulis percaya rakyat beragama Kristian faham perkara ini tetapi oleh kerana di putir belit dengan ideologi politik, ia menjadi rumit. Mereka menggunakan fakta sebahagian rakyat Selangor orang Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian dan telah menggunakan ALLAH sebagai Tuhan mereka. Persetujuan 10 perkara  Sabah Sarawak bergabung dalam Malaysia sebagai salah satu alasan mengapa mereka menuntut menggunakan ALLAH di dalam kitab dan majalah mereka. Mungkin Sastrawan Negara A Samad Said boleh `tersenyum’ kerana rakyat semakin hari semakin gemar menggunakan Bahasa Malaysia sehinggakan kitab kitab agama lain pun di alihbahasa kepada bahasa Malaysia. Ramai tahu agama lain di larang disebar di kalangan orang Islam. Orang Islam di Malaysia, hampir  95 peratus adalah orang Melayu. Kenapa perlu Bible di dalam Bahasa Malaysia. Kan lebih baik Bible dalam Bahsa Cina atau India atau bahasa Sabah atau Sarawak. Sebenarnya banyak lagi buku matematik dan sains yang belum di tukar bahasa.


Pada penulis, jika pun Mahkamah Persekutuan membenarkan ALLAH diguna oleh The Herald, ia disebabkan oleh kepincangan Perlembagaan Malaysia. Ia perlu ditambahbaik. Adalah menjadi tugas Ahli Parlimen Islam untuk menyokong pindaan tersebut di Parlimen. Ahli BN yang bukan beragama Islam pun mungkin akan menyokong usul pindaan perlembagaan ini. Andaikata Ahli Parlimen Islam khasnya dari PAS dan sebahagian daripada PKR, meyokong usul ini, jumlah 2 per tiga majority boleh di capai. Sebaliknya jika ahli Parlimen tadi tidak menyokong, maka, insyALLAH, mereka akan dipersoalkan di hari Akhirat nanti. Seksanya amat perit. InsyALLAH UMNO akan dilihat oleh ALLAH SWT sebagai  pejuang sebenar Islam. Rakyat Islam yang mengundi PAS, DAP dan PKR akan kembali menyokong UMNO dan BN. Selepas ada 2 per tiga majority, BN akan terus meminda perlembagaan dalam keadaan suka atau tidak suka.

No comments:

Post a Comment