Alhamdulililah. Jemaah DiRaja
Johor menghormati keputusan Tan Sri Muhammad Ali Hashim (Tan Sri Ali)
memulangkan 3 gelaran kebesaran Johor dan KeBawah Duli Sultan Ibrahim Sultan
Iskandar mengucapkan selamat maju jaya kepada
Tan Sri Ali. Kiranya apa jua peselisihan atau salah faham sudah diterima
baik dan selesai.
Sebenarnya, penulis tidak
membaca artikel yang ditulis oleh Tan Sri Ali di Sinar Harian, ketika
memberikan pandangan penulis di blog Sekadar Pandangan. Pada penulis, Sinar
Harian ini pro pembangkang dan penulis pun seperti ahli PAS yang membaikot
Utusan Malaysia. Alhamdulilah, hujah hujah yang penulis walaupun tidak membaca
komen Tan Sri Ali, menepati penulisan Tan Sri Ali kerana penulis menulis
berdasarkan pengalaman di JCorp.
Mengapa penulis bersikap
demikian (membaikot Sinar Harian)? Sudahlah penulisannya bersifat provokasi
tetapi juga berat sebelah. Almaklum pemilik, pengarang dan pekerja penyokong
PAS dan Pakatan Rakyat. Surat kahbar lain kata Perhimpunan Haram 31 Disember
tidak demokratik, Sinar Harian menulis apa? Selain itu, cuba teliti betul betul
apabila mereka menganjurkan Wacana Politik. Sinar Harian tidak pandai berlaku
adil dari segi bilangan ahli penal mengikut parti, susunan memulakan
perbincangan dan pengulungan akhir, pengalaman dan ilmu pengetahuan yang besar
jurangnya dan aksi moderator yang nyata terang bulan dan mata syaitan.
Penulis terpaksa `search’
artikel berkaitan di akhbar Sinar Harian untuk mengetahui dari aspek mana
penulisan tersebut yang menyebabkan tercetusnya `kecil hati’ atau `murka’nya ke
Bawah Duli Sultan.
Ada dua penulisan yang mungkin
boleh mengusik hati penulis jika di andaikan penulis menjadi Sultan Johor. Artikel
yang pertama diberi judul Menuntut Hak Dan Menebus Masa Silam. Menurut Tan Sri
Ali, sajak atau pantun yang ditulis (tanpa `edit’) Allahyarham Khaled, anaknya,
mengandungi ayat seperti dibawah. Penulis merasa ada` kepedasan cili’ di
perenggan akhir pantun atau sajak.
anggaplah pantun ini sebagai janji
akan datang suatu masa yang akan ku kembali
menuntut hak dan menebus masa silam
their blood coarses through my veins, their prayers guide my
heart
this bloodline is an oath of duty, a life of service
Sultan yang adil adalah Sultan yang wajar disembah
Sultan yang zalim adalah Sultan yang wajib disanggah
Artikel kedua yang penulis
rasa berkontroversi ialah bertopik Naungan Khalifah, Sultan dan Imam. Disini
Tan Sri mengakui melalui naungan Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, JCorp
berjaya di dalam bisnes. Seperti Proton menerima perlindungan cukai dan
keutamaan negara, Proton berjaya menjadi pengeluar kereta yang baik.
Sultan Iskandar melindungi
JCorp daripada arahan songsang daripada Kerajaan untuk JCorp menswastakan
syarikat syarikat JCorp. Selain itu, disebut Alharhum Sultan Iskandar tidak
menggangu bisnes JCorp atau memiliki saham di dalam JCorp atau subsidiari.
Penulisan Tan Sri Ali seolah olah membandingkan
Sultan Ibrahim tidak melindungi JCorp sekuat ayahanda Sultan Iskandar. Keduanya
ada cerita yang Sultan Ibrahim mahu terlibat atau memiliki saham di dalam
bisness JCorp.
Mungkin inilah andaian yang
menyebabkan KeBawah Duli Sultan Ibrahim `murka’. Penulis rasa ramai ahli
politik pun `terasa cili’ dengan pendirian Tan Sri Ali. Tun Dr Mahathir adalah
`bapa penswastaan’ tetapi beliau hendakkan penswastaan yang sempurna bukan penswastaan
yang menyebabkan korupsi dan kronisma. Kedua dua pandangan ada betulnya.
Seorang optimis dan seorang pesismis. Ada penswastaan berjaya ada yang tidak
berjaya. Ada penyelidikan yang berjaya dikomersilkan ada yang tidak berjaya.
Ada syarikat JCorp yang sangat berjaya dan ada yang sangat rugi (sektor makanan
/ perladangan berbanding dengan akuakultur sebagai contohnya). Semua ini
bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, persaingan produk dan servis,
teknologi, kos produksi dan operasi yang rendah untuk menjana keuntungan,
keupayaan pengurusan dan kewangan, dasar Kerajaan yang positif dan banyak lagi. Akhirnya, yang mustahak
keredaan ALLAH.
Wallah hualam
No comments:
Post a Comment