Penulis teringat kronologi
timbulnya cerita celaru ini. Ia bermula di Parlimen apabila wakil PAS YB Dr
Mohd Hatta Ramli bertanya mengenai sistem simple majority (once past the post)
berbanding dengan undi popular semasa PRU. PAS mencadangkan Malaysia
menggunakan sistem undi popular untuk menentukan kemenangan PRU dan bukannya
bilangan kerusi.
Sistem simple majority ini telah
digunapakai sejak merdeka 56 tahun yang lalu dan di majoriti negara kommenwel.
Pada masa itu, parti PAS atau DAP kalah teruk dari segi bilangan kerusi dan
tidak mendapat undi popular, tidak mempersoalkan sistem ini. Baru kali ini di
PRU13, yang `gabungan haram Pakatan Rakyat’ mendapat undi popular, mereka minta
sistem simple majority (once past the post) di tukar kepada undi popular. YB
Menteri Datuk Shahidan Kassim berhujah, di PRU 13 yang lalu, mereka bertanding
mengikut parti masing masing (logo masing masing) bukan gabungan. Mereka hanya
bermuafakat mengelakkan pertembungan diantara mereka di kebanyakan kawasan.
Datuk Seri Shahidan sarankan
mereka mendaftarkan `Pakatan Rakyat’ dahulu tetapi YB Azmin kata Kerajaan tidak
meluluskan pendaftarannya. Yang penulis tahu parti parti dalam Pakatan Rakyat
belum bersetuju dengan manifesto umum yang menyebabkan Pakatan Rakyat masih
belum didaftarkan. Penulis percaya ROS bersedia meluluskan pendaftaran jika
menepati kelayakan dan syarat berpasukan.
Sebenarnya ada parti yang gusar
dan kuatir yang parti mereka akan hilang kepopularitinya jika bergabung.
Matlamat parti mereka akan di `neutralise’kan dan hilang identiti.
YB Datuk Seri Noh Omar menyampuk
bagaimana parti parti tersebut boleh bergabung kerana di PRU13 yang lalu, di
beberapa kawasan parti parti mereka bertanding sesama mereka.
Mereka hendak Kerajaan BN ikut
kerenah dan rentak mereka. Andai kata besok sistem diubah dan mereka kalah undi
popular tetapi menang bilangan kerusi, Pakatan Rakyat minta ubah balik sistem
lama. Itulah tabiat buruk Anwar Ibrahim dan geng.
Ulasan ini memang tepat. Setuju sangat-sangat.
ReplyDelete