UMNO sudah
melakukan transformasi dan akan melakukan perubahan lebih banyak dari masa ke
semasa. Kerajaan melakukan Transformasi Ekonomi dan memperkenalkan NKRA dan
NKEA. Dengan harapan rakyat akan suka dengan perubahan dan seterusnya mengundi
parti ini di PRU.
Kerajaan pula melakukan banyak inisiatif untuk
rakyat. Apabila berlaku polarisasi kaum, Kerajaan menubuhkan Majlis Konsultasi
Perpaduan Negara untuk mengkaji dan mengenalpasti punca perpecahan kaum,
membariskan cadangan mengukuhkan perpaduan kaum dan akhirnya membuat
rekomendasi kepada Kerajaan.
Adakah masyarakat Cina inginkan perpaduan kaum
walaupun strategi di`recommend’ oleh Majlis Konsultasi tadi?. Realitinya penulis
was was. Di perumahan penulis di Cheng, Melaka, majoriti penduduk Cina tidak bercampur dengan
masyarakat Melayu sesama mereka. Prinsip `kaw kaw aku aku’ masih menebal.
Persatuan Penduduk Taman Cheng Baru berusaha kuat untuk merapatkan perhubungan
di antara penduduk tetapi belum berjaya sehingga hari ini. Ada beberapa
keluarga Cina yang bermesra dengan orang ramai dan berada di padang permainan
setiap petang. Anak muda Melayu bermain bola, anak muda Cina tidak nampak.
Sebabnya anak anak muda ini tidak bercampur langsung. Didalam majlis yang di
adakan dahulu, mereka lebih berminat untuk datang makan dan tunggu cabutan
bertuah, hadiah wang tunai anak cemerlang dan bantuan kewangan untuk golongan
warga tua dan OKU. Undi tetap diberikan kepada pembangkang.
Program memperkasakan Bumiputera juga diperkatakan
hebat. Program ini diharap Bumiputera diberi lebih banyak peluang perniagaan oleh
GLC dan Kerajaan.
Yang menfaat kepada program ini ialah rakyat
keseluruhan. Maksudnya apabila seorang kontraktor mendapat sebuah projek
pembinaan, kontraktor Bumiputera akan membeli barangan binaan dari peniaga
Cina. Mereka membekal pasir, simen, batu bata dan sebagainya.
Persoalannya, rakyat mahukan perubahan. Salah satu
perubahan ialah memperkasakan ekonomi Bumiputera. Kerajaan/GLC membuka peluang
projek pembinaan kepada kontraktor Bumiputera. Kontraktor ini memulakan kerja
kontraknya. Penyediaan tapak memerlukan jentera back hoe loader. Kalau
kontraktor tiada jentera, beliau akan menyewa dari orang Cina (contohnya
walaupun ada jentera kepunyaan orang
Melayu). Kontraktor memesan pasir, simen, batu batu dll dari Hardware bangsa
Cina. Kontraktor Bumiputera tadi diandaikan tidak mengsub kontraknya, beliau
akan menggunakan `labor’ atau pekerja mahir dari Indonesia dan sebilangan kecil
dari rakyat tempatan. Bahan Binaan untuk bangunan tersebut di beli dari sebuah
kedai hardware mahupun banyak tempat. Cat cat dari beli daripada peniaga Cina
tetapi tukang cat mungkin dari rakyat tempatan.
Tetapi apabila berlaku PRU, ada kepastian atau
tidak, kontraktor Bumiputera tadi mengundi UMNO/BN? Bagaimana dengan peniaga
Jentera atau Hardware Cina tadi yang turut mendapat tempias daripada Program
Memperkasa Ekonomi Bumiputera? Adakah peniaga Cina tadi akan undi BN/UMNO?
Pekerja mahir dari Indonesia dan tidak layak mengundi. Penulis yakin dan
percaya orang Cina tidak akan mengundi BN/UMNO berbanding dengan kebarangkali
kontraktor Bumiputera mengundi BN/UMNO.
Sebuah kontrak RM1 juta, kontraktor bumiputera dijangka
akan mendapat untung kasar purata 10 peratus atau RM100,000. Selainnya RM900,00
di bayar kepada peniaga Jentera dan Hardware Cina. Katakan perbelanjaan simen
yang dibeli daripada Hardware Cina tadi menelan belanja RM50,000. Sebanyak
RM49,000 dibayar kepada pengeluar simen (asing atau tempatan bukan bumiputera)
atau mungkin `wholesale’ simen. Hardware Cina untung RM1000. Seluruh
rangkaiannya dibelot oleh pengeluar dan peniaga Cina.
Persoalannya, Program Memperkasakan Ekonomi
Bumiputera hanya untuk memenuhi permintaan segelintir rakyat (terutamanya ahli
UMNO dan NGO Melayu) tetapi tidak mempengaruhi rakyat untuk mengundi BN. Begitu
juga dengan Pemilihan UMNO 2013 format baru. Perubahan ini hanya untuk UMNO dan
TIDAK mempengaruhi rakyat khasnya masyarakat Cina (melainkan ahli dan penyokong
UMNO/BN) untuk menyokong BN/UMNO.
Pembangkang menuduh Kerajaan dan UMNO rasuah.
Kerajaan sudah melakukan pembaikan urus tadbir SPRM walaupun sistem sediada
adalah baik dan tulus. Indek rasuah menurun dan Pesuruhjaya SPRM diiktiraf oleh
Badan Pencegahan Rasuah Antarabangsa. Tetapi masyarakat Cina masih tidak
mengundi BN dan menyokong perjuangan UMNO.
Penulis sebenarnya keliru apa yang masyarkat Cina
khasnya dan Melayu mahukan daripada Kerajaan BN dan UMNO. BN/UMNO rasanya telah
melakukan banyak perubahan (termasuklah penghapusan ISA dan OE dan urus tadbir SPRM
dan SPR), tetapi rupanya perubahan perubahan itu BUKAN kehendak mereka atau
TIDAK CUKUP buat mereka.
Penulis rasa mereka hendak kuasa memerintah
Malaysia sahaja.
No comments:
Post a Comment