PRK DUN KAJANG: AGIH BARANGAN DAPUR DALAM
KEMPEN RUMAH KE RUMAH
Penulis lihat ada juga rakan rakan blogger berpendapat BN
tidak perlu bertanding di DUN Kajang kerana banyak sebab sebab yang `valid’.
Antaranya tren pengundi Cina yang masih tegar menyokong Pakatan Rakyat (Pembangkang)
tanpa mengira pilihanraya kecil di adakan di Kajang atau tempat lain. Selain
itu, jika BN menang sekalipun, ia tidak akan merubah kedudukan BN. Hanya
penambahan kerusi daripada 12 kerusi kepada 13 kerusi. Kajang juga merupakan
kubu kuat Dong Jio Zong, sebuah NGO Pendidikan melampau. Ada kawan kata
perletakan jawatan ADUN tidak berpelembagaan dan pembaziran wang rakyat.
PKR sebenarnya berharap BN bertanding dan kemudian dipertontonkan
belasahan DS Anwar Ibrahim keatas calon BN dan sekali gus memalukan BN. Selain
itu, Pengundi Cina dan penyokong Pakatan Rakyat merasa yang PRK adalah `avenue’
dan masa untuk memohon peruntukan daripada BN jika mahukan undi mereka. Tetapi umum
tahu undi mereka tetap ke DAP dan rakannya.
Penulis juga berpendapat BN wajar bertanding di DUN
Kajang walaupun kita tahu DS Anwar Ibrahim bertanding di DUN yang selamat. BN
bertanding tetapi kaedah berkempen yang berbeza. Berbeza bermaksud tiada Jamuan
Mega. Tiada Perhimpuan Raksasa. Tiada Pemimpin Besar. Tiada peruntukan kewangan
dan janji pilihanraya. Yang ada hanya ceramah kecil kecilan tetapi di merata
tempat. Banner, bendera dan poster BN tetap meriah. PRK Kajang ini akan
dijadikan experimen strategi BN dengan keadah baru ini.
Tema kempen PRK Kajang ialah mengurangkan tekanan kenaikan
harga barangan. BN gunakan kempen ini menerangkan sebab musabahnya kenaikan
barang dan cara mengurangkan tekanan. Mungkin peruntukan membaiki jalanraya,
pembinaan sekolah tambahan, penyelenggaraan dan peruntukan lain yang `mengambil
hati’ kaum Cina ditukarkan menjadi peruntukan jualan murah barangan dapur.
BN mesti berkerjasama dengan Pasaraya Mydin, ECONSAVE, Giant,
TESCO dan pasaraya lain yang berada di kawasan Kajang, untuk mengadakan Kempen
Penurunan Harga atau jualan murah atau pembelian diskaun di mana BN menanggong keseluruhan
atau sebahagian diskaun yang di berikan kepada pembeli. Atau pengundi yang
dilawati di dalam kempen rumah ke rumah atau mendengar ceramah di berikan kupon
barang dapur. Mereka boleh menebusnya di Pasaraya berkenaan. Isi keluarga yang
besar iaitu 5 orang hingga 10 orang diberikan 2 kupon manakala keluarga kecil 1
kupon mencukupi.Sekurang kurangnya ada juga bekalan dapur buat sebulan.
Ingin penulis jelaskan bahawa Pasaraya pasaraya
berkemungkinan akan mengalami kerugian setiap kali mengadakan promosi atau
penurunan harga. Kenapa rugi? Purata untung bersih barangan kering ialah 5
peratus hingga 10 peratus. Barangan basah seperti sayur, ikan dan ayam,
keuntungannya melebihi 10 peratus hingga 20 peratus. Apabila Pasaraya menurunkan
harga, ia bermakna keuntungan akan menurun juga. Untuk memaklumkan promosi
penurunan harga tadi, Pasaraya biasanya mengiklankann nya di akhbar akhbar
tempatan. Biasanya kos iklan RM20K-RM30K untuk iklan penuh 1 muka. Jika diiklan
di 2 akhbar berlainan, kosnya menambah. Jika dibuat `Daily Sales Analysis’,
Pasaraya akan untung yang amat amat kecil, `breakeven’ atau rugi. Sebab itu
banyak Pasaraya keberatan mengadakan promosi penurunan harga. Di sinilah BN
memainkan peranan. BN mensubsidi sebahagian daripada kos pengiklanan, sewa
premis dll
.
Ceramah atau Kempen kali ini banyakkan peruntukan
mengagihkan barangan dapur seperti BN berikan kepada mangsa banjir. Apabila
pergi berkempen di sesuatu tempat, sediakan barangan dapur untuk setiap
pengundi yang dilawati atau yang datang mendengar ceramah pendek. Penulis harap
dengan cara kempen baru ini, pengundi dapat merasakan BN serious membantu
rakyat di samping mengenali calon BN. Secara
tidak langsung ia akan mengurangkan tekanan kenaikan harga barangan. Cadangan
tema kempen DUN Kajang dan pengagihan barangan dapor kepada pengundi yang
dilawati atau hadir ceramah, boleh diperhalusi jika di dapati ia sesuai dan
relevan dilaksanakan.
Selain daripada itu, penulis berpendapat jadikan lah PRK
Kajang ini sebagai medan latihan khasnya untuk BN Selangor dan secara khususnya
MCA. MCA harus mengorak langkah untuk mencuba pelbagai cara baru untuk
mendapatkan sokongan kaum Cina. Target PRK kali ini ialah untuk mengurangkan
majoriti dari 6,800 undi kepada 3,400 undi iaitu pengurangan majoriti pihak
lawan 50%.
Presiden dan Timbalan Presiden MCA yang baru dilantik
perwakilan perlu menunjukkan kecekapan mereka untuk mengetuai jentera BN di
kawasan pengundi Cina di DUN Kajang. Jangan hanya pandai bercakap dan bergaduh
sesama sendiri. Inilah masanya menunjukkan kepandaian dan kelebihan daripada
mantan Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan lawan mereka datuk Seri Ong Tee
Kiat dan Gan Ping Siew. Buktikan barisan baru boleh diharapkan dan berpotensi
untuk maju hadapan.
No comments:
Post a Comment