Friday, 10 January 2014

SULTAN MELAKA KENA BUAT DNA UNTUK PEMBUKTIAN WARIS SEBENAR.


Seminggu ini banyak kisah mengenai penabalan seorang individu  Raja Nor Jan Shah sebagai `Sultan Melaka’. Upacara penabalan tersebut di adakan di A Famosa, Alor Gajah, Melaka. Lebih mengejutkan sepucuk surat pengiktirafan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa individu adalah Sultan Melaka.

Penulis mempunyai 2 komen dan 1 cadangan.

Pertamanya, keadah pengiktirafan ICJ terhadap individu tersebut sebagai Sultan Melaka terlalu singkat dan cepat prosesnya. Apabila prosesnya singkat, kesilapan boleh berlaku. Sepatutnya, di dalam menentukan kesahihan, ICJ perlu ada proses seumpama kes Pulau Batu Putih. Kerajaan Malaysia dan Singapura masing masing melakukan penghujahan dan pembuktian di hadapan para Yang Arif. Di dalam kes Kesultanan Melaka ini, Kerajaan Melaka dan Persekutuan boleh menjadi pemerhati. Di dalam kes ini, tidak kedengaran penuntut hak atau waris Sultan Melaka, mendaftarkan permohonan di ICJ. Tiada ada konsultasi dengan pakar sejarah ataupun Kerajaan Melaka atau Malaysia.

Keduanya, tidak banyak diperkatakan tentang ICJ. Siapa yang menandatangani surat pengiktirafan itu?. Jika ditandatangani oleh seseorang ahli ICJ dan Arbitrator beralamat di Kg Baru, Kuala Lumpur, Malaysia, maka beliau  tidak layak memberikan perakuan dan pengiktirafan kerana masalah status. Sila analisa http://www.tu-e.com.my/

Kerajaan Melaka, melalui Mesyuarat EXCO telah memutuskan sebulat suara menolak perakuan mana mana individu yang mengaku sebagai Sultan Melaka kerana dokumen pengiktirafan adalah tidak sahih. Individu tersebut juga memusykilkan kerana bukan dilahirkan di Melaka dan sebelum ini mengaku Sultan di beberapa negeri lain juga.

Sebagai cadangan, penulis syorkan pihak berkenaan perlu lakukan DNA terhadap Sultan Melaka. Kerajaan perlu mengenalpasti Sultan yang terakhir dan kuburnya. Untuk mendapatkan DNA Sultan Melaka yang terakhir sebelum tewas kepada Armada Portugis, kemungkinan kubur Sultan Melaka terakhir digali semula untuk di ambil DNAnya. Masalahnya ada yang mengatakan kuburnya berada di Riau, ada kata di Perak, ada kata di Kota Tinggi dan ada yang percaya kuburnya di Pagoh.

Individu dengan kerjasama Kerajaan Melaka kena membaiyai kos penetapan lokasi kubur yang betul, kos pengalian, kos mengambil sampel tulang atau gigi, kos makmal menganalisa DNA selain mendapatkan kerjasama penguasa tempatan.

Pada penulis ia baik untuk mencari fakta sejarah tetapi ia tidak bermakna individu tersebut boleh ditabalkan sebagai ketua eksekutif Melaka atau Sultan Melaka, jika dibuktikan individu tersebut merupakan waris, kerana Malaysia mempunyai Perlembagaan. Majlis Raja Raja pun akan terlibat. 

No comments:

Post a Comment