Pelbagai peristiwa ganjil
yang berlaku di Pulau Besar sejak lama lagi. Secara kebetulan dan dengan izin
Allah, ada yang mendapat jodoh selepas beribadat di sana. Ada yang mendapat
anak selepas bernazar. Ada juga kejadian bot karam akibat keceluparan diri sendiri.
Pada penulis, ada 2 kejadian
besar yang berlaku kerana ada kaitan dengan `Sumpahan Pulau Besar’ iaitu
kemarau teruk dan kerugian besar Pandanusa.
Kemarau melanda Melaka yang
dipercayai akibat daripada perobohan makam makam untuk mengelakkan perbuatan kurafat.
Mungkin ada makam yang sahih oleh pendakwah Islam yang tersilap telah dirobohkan.
Kamarau teruk ini diburukkan dengan kolam teduhan tercemar dan terpaksa di
keluarkan air. Bekalan air mentah dan dirawat menurun mendadak.
Pandanusa adalah sebuah
resort bertaraf 4 atau 5 bintang suatu masa dahulu. Selain daripada kemudahan
penginapan dan lot bangalow, Pandanusa juga mempunyai Padang Golf 18 lubang
(tidak pasti jumlah lubangnya). Pandanusia tidak menjual arak tetapi pelanggan
tidak dilarang membawa arak dan `girl friend mahupun boyfriend’. Maksiat
berlaku di pulau ini. Di percayai para Wali Allah memohon kepada Allah
melindungi Pulau ini dan berlakunya kejadian ganjil.
Pemilik Pandanusa Tan Sri Wan
Azmi dari Kelantan, seorang ahli perniagaan yang faham dengan situasi di Pulau
Besar. Beliau banyak membelanjakan wang untuk membangunkan Pulau Besar.
Pertamanya kos pembelian tanah. Sebahagian besar daripada tanah di Pulau Besar
kepunyaan Tan Sri Wan Azmi atau Pandanusa. Beliau secara berfasa membeli feri
dan membeli tanah di Anjung Batu membina jeti. Kemudahan ini amat mustahak di
dalam perniagaan hotel di pulau.
Malangnya perniagaan
Pandanusa tidak menguntungkan. Kerugian terkumpul yang tinggi dicatitkan.
Kualiti perkhidmatan penginapan tidak dijaga baik. Kualiti makanan tidak
memuaskan sehinggakan Kerajaan Melaka tidak mahu mengadakan seminar atau
program di Pulau Besar. Apabila ini berlaku, pelancong tidak datang dan jualan
akan merendah. Bisnes lain milik Tan Sri Wan Azmi termasuklah DeBono Industries
Sdn Bhd, sebuah pekilang komposit yang beroperasi di Bukit Rambai dan
kemudiannya berpindah ke Perindustrian Cheng. Bisnes ini pun mengalami kerugian
besar. Begitu juga dengan bisnes Rohas Group yang beribupejabat di Kg Baru.
Secara amnya, Pandanusa gagal
menukar Pulau Besar sebagai pusat pelancongan dan sukan golf. Selain daripada
halangan `kesilapan manusia’, halangan `keghaiban’ memainkan peranan juga.
Keganjilan yang terkini dan terakhir
ialah hasrat `Sultan Melaka’ membuat kenduri kesyukuran sempena pertabalan
`Baginda’ sebagai `Sultan Melaka’. Beliau ditangkap di Jeti Anjung Batu lagi
sebelum sempat berlepas ke Pulau Besar. Mengadakan kenduri yang dipenuhi dengan
bacaan AlQuran amat baik cuma niatnya kurang sempurna iaitu penabalan `Sultan
Melaka’ yang palsu.
Penulis harap para pengunjung
yang ingin ke Pulau Besar atas urusan melancong atau beribadat di masjid dan
surau di sana, diharapkan tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Islam.
Kita boleh sedekah Al Fatihah kepada para wali Allah tetapi bukan meminta para
Wali Allah yang memakbulkan hajat masing masing. Mohonlah pada Allah. Keduanya
niatnya juga untuk kebaikan diri sendiri, keluarga dan manusia sejagat.
nak beribadat lagu mana nak solat di masjid,keliling masjid ada kubur.
ReplyDelete