Wednesday, 15 January 2014

UMNO/BN BERSAMA RAKYAT SENANG ATAU SUSAH TETAPI RAKYAT BELUM TENTU BERSAMA UMNO/BN KETIKA......


Banjir besar yang berlaku di Terengganu, Pahang, Johor (kini Kelantan) baru baru ini menyebabkan banyak kerugian kepada Kerajaan dan rakyat. Namun kita semua reda dengan ketentuan ALLAH SWT. Banjir  ini juga membawa hikmah kepada UMNO/BN dan rakyat Terengganu. Kepada UMNO/BN, ia memberikan peluang keemasan untuk memberikan bantuan dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Terengganu. Para petugas bekerja dan membantu mangsa banjir dan mungkin menginsafi kesusahan orang lain. Rakyat Terengganu bernasib baik kerana jika berlaku pertukaran Kerajaan semasa PRU13 yang lalu, PAS yang memerintah,  besar kemungkinan bantuan dan perkhidmatan tidak dapat di salurkan kepada rakyat atau tidak sebanyak yang diharapkan..

Apabila banjir melanda Kemaman, contohnya, mangsa banjir dipindahkan kepada pusat pemindahan. Di sana mangsa banjir diberikan bantuan penginapan sementara, makanan dan minuman, keperluan pakaian dan kesihatan.

Bantuan kewangan RM500 dihulurkan dan anak anak bersekolah diberikan bantuan persekolahan. Apabila banjir reda, sukarelawan membantu membersihkan rumah dan kawasan, sampah sarap di angkut oleh Majlis Perbandaran dan Southern Waste Management / pengendali dilantik secara percuma. Meja kerusi dan buku sekolah yang rosak diganti oleh Kerajaan. Hari ini, Ahad 12 Januari, PM berada di Kemaman untuk menghulurkan bantuan lanjut seperti TV, peti sejuk, tilam dan bantal kepada semua mangsa banjir.

Rakyat Terengganu mungkin tersentuh dengan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri membantu rakyatnya. Lihatlah Kementerian Komunikasi & Multimedia (selain Majlis Keselamatan Negara, PDRM, Bomba Penyelamat, ATM, JKM dan banyak agensi dan NGO) yang di terajui Datuk Seri Ahmad Shaberry Cheek dan Timbalannya, orang Terengganu,  yang mencari jalan menghulurkan bantuan yang merupakan satu sejarah.

Diperingkat negeri, MB Terengganu, Datuk Ahmad Said ini tidak bosan dan jemu membantu rakyatnya. Ideologi politik diketepikan. MB Terengganu tidak kecewa atau marah apabila  rakyatnya memilih PAS walaupun bantuan demi bantuan diberikan. Ia adalah kerana UMNO/BN ikhlas membantu dan bukan `merasuah’ rakyat menyukai UMNO/BN. Tidak dapat undi tak apa, insyAllah dapat pahala dan keberkatan. PM pun kata UMNO/BN akan berada sama rakyat senang dan susah. Sekali gus, ini merupakan bantuan banjir cum mengurangkan tekanan kenaikan harga barangan.

1 comment: