Friday, 17 January 2014

TRANSFORMASI KESIHATAN YANG DIHARAPKAN



Pada 9 Januari Khamis yang lalu, penulis ada temujanji di Klinik Kardiologi dan Klinik Dermatologi. Sebelum ke KL, penulis uruskan 2 orang anak pergi ke sekolah.

Jam  8.30 pagi, Penulis berlepas ke KL dengan Bas ekspres METRO (tambang RM10). Sesampai R N R Serdang jam 10.15 pagi, penulis turun dan terus menaiki teksi (tambang RM10 juga) ke Hospital Serdang.

Penulis terus ke kaunter  pendaftaran. Alamak penulis kena tunggu lebih kurang 100 pesakit lain sebelum nama penulis di panggil. Ada 7 daripada 12 (agaknya) yang beroperasi. Akhirnya jam 11.35 pagi nama penulis dipanggil dan membayar RM10 (untuk 2 temujanji). Penulis memilih 2 temujanji kerana hendak mengurangkan kos pengangkutan dan masa. Faham faham lah dengan langkah penjimatan yang penulis sedang lakukan.

Penulis terus ke Aras Satu, mendaftar di Klinik Dermatologi tepat 12 tengahari (seperti di slip no giliran). Penulis memohon menjadi pesakit terakhir kerana temujanji kali ini melibatkan ujian ECHO. Nurse di kaunter Klinik Dermatologi meminta penulis datang sebelum atau sekitar 1 tengahari.

Dengan serta merta, penulis ke kaunter Klinik CTC lalu menyerahkan laporan darah yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Cheng, Melaka. Penulis tidak boleh mendaftar di kaunter CTC untuk berjumpa dengan Pakar CTC (Dr Tan), kerana ujian ECHO dan laporan belum di jalankan dan diperolehi. No giliran akan diberi selepas ujian ECHO.

Penulis bergegas ke kaunter Kardiologi dan penulis diberikan no giliran. Ramai juga pesakitnya lebih kurang 37 orang pada hari itu. Penulis mendapat angka giliran 36. Nasib baik ada 10-12 pesakit yang masih menunggu. Jika tidak silap, jam 1.15 tengahari, baru selesai ujian ECHO bersama laporannya.

Untuk makluman, ada dua bilik ECO beroperasi. Kesemua pembantu perubatan ECHO adalah lelaki. Penulis mendapati ada 4 pesakit perempuan. Penulis menyeru selari dengan Pelan Transformasi Kesihatan, Kementerian Kesihatan perlu mengenalpasti dan melatih sekurang kurangnya 1 orang pembantu kesihatan ECHO perempuan. Ia baik untuk pesakit perempuan yang tidak selesa jika jantungnya di periksa. Keduanya ia tidak memalukan pembantu kesihatan lelaki yang bukan muhrim.

Sebelum ini, penulis sudah memberikan komen yang di Unit Kardiologi dan CTC ini, mempunyai terlalu ramai pekerja dari Kelantan atau mungkin Terengganu. Bukan orang Kelantan tidak rajin tetapi integrasi negeri perlu di adakan di mana mana tempat pekerjaan .

Dari 11.45 pagi hingga 1.15 tengahari, penulis free untuk di periksa Pakar Kulit. Penulis hendak minta pertolongan untuk `jump the queue’ ketika waktu free tetapi moralnya kurang baik.

Apabila penulis selesai ECHO jam 1.20 tgh, penulis terus ke Klinik Dermatologi (yang bersebelahan dengan CTC dan Kardiologi dan satu aras), tetapi Doktor Pakar Kulit yang bertugas, Dr Kartini (sebelum ini mendapat rawatan beliau juga) keberatan berjumpa dengan penulis kerana `tidak larat dah’.

Berdasarkan slip no giliran, penulis mendaftar di Klinik Dermatologi jam 12 tengahari dan angka giliran dipanggil pukul 12.50 tengahari (berdasarkan catitan di slip no giliran). Penulis terdengar DrKartini berbincang dengan nurse mengenai masa kedatangan penulis atau masa pendaftaran iaitu 10.30 pagi di kaunter pendaftaran (bayaran RM10)  dan pendaftaran di Klinik Dermatologi jam12 tengahari,  pada pendapat beliau, terlewat.

Dr Kartini  mencadangkan penulis jumpa hari Isnin depan (13 Januari) tetapi penulis kata penulis dari Melaka dan sukar berulang alik. Penulis cadang Dr Kartini `subsribe’ ubat ointment dan cream sahaja dahulu tanpa berjumpa. Dr Diyana, rakan sekerja Dr Kartini diminta membantu melakukannya. Seterusnya ke Farmasi Daycare untuk mengambil ubatan.

Ubatan yang berkaitan dengan penyakit kardiologi diperolehi di Farmasi Daycare. Selepas mendaftar dan menunggu lebih kurang 30 minit, bekalan ubat jantung diperolehi.

Pengulis turun ke Aras Bawah ke Farmasi Pakar untuk ubatan  kulit pula. Macam tadi, penulis mendaftar dan menunggu lebih kurang 30 minit.  Lebih kurang 2.30 petang, penulis berjaya mendapatkan bekalan ubatan kulit. Kemudian bergegas ke Jabatan Radiology untuk temujanji ultra sound Doppier Carotid (tidak faham apa benda itu). Penulis selesai berurusan di hospital jam 3 petang.

Penulis bergegas hadapan lobi utama untuk mendapatkan perkhidmatan teksi ke Terminal Bas Bersepadu, Bandar Tasik Selatan. Kali ini tambang RM30. Penulis tiba di TBS jam 4 petang dan menempah tiket bas DELIMA ke Melaka jam 4.45 petang.
 
Walaupun penulis terkejar kejar cuba menenuhi temujanji dan diprasangka sengaja melambatkan kedatangan ke Hospital Serdang, penulis amat gembira dengan Hospital Serdang dan Kementerian Kesihatan. Para doktor penulis banyak membantu penulis dan rakyat Malaysia.

Hari Khamis (kadang kadang Selasa) sangat sibok dan ramai pesakit buat temujanji. Kereta memenuhi ruang tempat letak kereta dan keseluruhan lereng bukit hijau.


Sekian cerita penulis pada lembaran ini. Jumpa lagi, insyAllah.

No comments:

Post a Comment