Monday, 27 January 2014

PELAJAR MELAYU WAJIB RAJIN + BERSAING APABILA BERSEKOLAH DI SJKC.



Negara dihebohkan dengan kejadian murid Melayu sekolah SJKC di Sungkai, Perak di `disiplin’kan dengan bahasa kasar dan perlakuan LEMBU termasuk makan rumput oleh guru Bahasa Inggeris.

Pada penulis cerita ini terlalu di sensasikan sangat sehingga 1 minggu di beritakan. Guru Inggeris salah dari segi cara mendislipinkan anak muridnya. Anak muridnya pulak pun bersalah kerana tidak menyiapkan kerja rumahnya. Ibubapa menggunakan media untuk menghukum guru tersebut dan mendidik guru lain di Malaysia.

Berdasarkan pengalaman 3 orang anak penulis bersekolah di SJKC, ibubapa kena faham dengan `double workload’ nya jika berada di SJKC.  Kalau tidak berduit atau ada masa lapang kerana tugas kerja jangan hantar anak ke SJKC.

Anak Melayu kena ke kelas tuisyen selepas sekolah setiap hari dari jam 2 hingga 5 petang untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Hampir semua matapelajarannya di dalam bahasa Cina. Balik sekolah mungkin naik van jika ibubapa bekerja. Kos pengangkutan RM50 sebulan. Yuran tuisyen satu mata pelajaran ialah RM40 satu subjek dan dengan anak murid mengambil  5 subjek bermakna ibubapa kena mengeluarkan kos kelas tambahan RM200 sebulan. Buku latihan terlalu banyak dan ibubapa kena beli.

Murid Melayu biasanya tidak membeli makanan di kantin kerana lazimnya makanan tidak halal. Murid Tahun 1,2 dan 3 mungkin makan di rumah atau pusat tuisyen, tetapi murid Tahun 4,5 dan 6, pelajar akan ada kelas tambahan hingga 4 petang. Maknanya ibubapa kena hantar makanan tengahari. Ibubapa yang bekerja mungkin sukar menghantar bekalan makanan. Seperkara lagi setiap Sabtu, lazimnya pelajar ada aktiviti. Anak penulis menghadiri kelas tae kwan do. Ada kelas wushu dan sukan lain.   

Wahai kaum ku. Jangan hantar anak ke SJKC hanya seperti kelas bahasa Cina. Hanya untuk belajar cakap melalui pergaulan. Mesti berusaha pandai berbahasa Cina, anak kita kena pandai Matematk. Sifar kena lancar. Pemahaman dan penulisan kena kuat di awal peringkat persekolahan. Anak perlu masuk tadika aliran Cina seawal awal usianya supaya anak tersebut lebih bersedia.

Sebenarnya penulis tidak boleh memberikan komen lanjut kerana maklumat mengenai murid dan guru Inggeris yang terbatas. Penulis tidak pasti dengan umur murid Melayu tersebut, berada di Tahun 6?, tren dan prestasi pelajarannya sepanjang bersekolah di SJKC (kerana persekolahan baru bermula dan wajar melihat tren tahun tahun sebelumnya), kekerapan tidak membuat kerja rumah (jika tidak faham kerja rumah, murid kena minta bantuan guru atau guru tuisyen) dan banyak persoalan lain.

Begitu juga guru Inggeris tersebut. Adakah beliau memang suka mendera? Adakah beliau bersikap perkauman, status perkahwinan dan mental, ada kes `mendisiplin liar’ di masa lampau, pengalaman mengajar? Dan banyak lagi.



Kesimpulannya, kedua dua pihak akan rugi. Guru akan (sudah ditukar) ditukar mengajar di sekolah lain. Guru ini akan hilang motivasi mengajar sepenuh hati lebih lebih lagi murid Melayu. Murid ini juga tidak sesuai berada di SJKC yang sama kerana mungkin ada tindak balas dari guru lain. Guru mungkin tidak akan marah jika murid ini tidak membuat kerja. Lantak le.. Guru sekolah baru pun akan bersikap hati hati dengan murid ini. Kaki komplen ataupun kaki malas. SJKC Sungkai dapat publisiti, begitu juga bapa saudaranya yang pandai bercakap. Umum dapat mengetahui kedua dua ibu murid. Bapa bapa murid tidak kelihatan. 

4 comments:

  1. Setuju. Itulah sebaik-baiknya. Kegagalan pelajar ialah apabila ibu bapa menghantar anak ke SJK(C) semata-mata ingin pandai bertutur Mandarin. Satu pembaziran

    ReplyDelete
  2. ibu bapa murid2 ni mengada-ngada. Saya setuju dgn admin ni. dulu saya pun sekolah cina jugak tadika sampai tingkatan 3. ok je... hati kena kuat. kalau rasa kat sekolah nak dilayan mcm VVIP (kerja sekolah taknak buat,malas,kacau budak nak belajar) baik takyah sekolah SRJK(C). Kat situ majoriti cina so kena ikut style cina.
    Dulu saya jam 6.45 dah kn ada kat sekolah. Cikgu dtg awal pasal sblm kelas start,dia dah ajar sikit2.(TQ Cikgu Loh). Budak cina yg dtg lambat sampai rugi waktu kelas pepagi ni.
    Petang pun ada kelas sampai pukul 4ptg. Subjek tambahan yg diajar BCina,BMelayu,BInggeris dan matematik. Ni semua saya score kat sekolah cina dulu. Cikgu cina pun minta bantuan saya utk ajar pelajar cina BM&BI. Tang BCina & Matematik pelajar cina lak ajar saya.Seronoknya masa tu. keja sekolah tak buat standard la kn dera...dulu pernah kena berdiri sebelah kaki atas bangku(semua kena pelajar melayu(saya le tu),pelajar cina dan sorang pelajar india.Ini masa kelas bahasa cina. bila time kelas bhs Melayu & bhs Inggeris banyak tolong budak cina lain.
    So kepada ibubapa yg nak hantar anak2 mereka ke sklh SRJKC jgn daftar anak2 jika anda seorang yg sentimental. Itu tak boleh,ini tak boleh. Anak2 sekarang dah takde self confident.

    TontoJr

    ReplyDelete