Friday, 17 January 2014

KASINO DI JOHOR DAN BERJAYA ASSETS



Menurut The Sun, Isnin, 13 Januari 2014, muka surat 16 SUNBIZ, Lembaga Pengarah Berjaya Assets Bhd telah menafikan spekulasi laporan yang mereka akan diberikan `right’ menjalankan kasino di Johor seumpama di Singapura.

Ahli Lembaga Pengarah sedang menilai untuk mengambil tindakan keatas penyebar maklumat palsu. Menteri besar Johor juga memberi penjelasan yang lesen kasino seperti di Singapura tidak akan diluluskan di Johor.

Pada penulis ia merupakan tindakan halus pihak tertentu untuk mencemarkan nama baik KeBawah Duli Sultan Johor kerana Baginda mempunyai 20 peratus saham di dalam Berjaya Assets. Spekulasi begini amat bahaya kerana ia melibatkan perjudian di Johor. Johor sedang berusaha mempertingkatkan dakwah Islamiah. Hari cuti sudah ditukar dari hari Ahad kepada hari Jumaat supaya rakyat Islam Johor senang mengerjakan sembahyang Jumaat.


Di dalam pada itu, penulis cadangkan Sultan Johor dan pembesar lain kena berhati hati apabila ingin membuat pelaburan atau membeli saham sesebuah syarikat. Pilih syarikat yang `Syariah Complience’ dahulu. Penulis pasti Sultan Johor mempunyai penasihat bisnes yang baik. Syarat pelaburan diantara pemegang saham terbesar dan pelaburan baru seperti Sultan Johor, mesti dirangka agar Syarikat Tersebut seperti Berjaya Assets, tidak menceburi perniagaan yang bercanggah dengan Islam.

Penulis yakin harga sesaham Berjaya Assets telah `naik’ sejak Sultan Johor menjadi rakan pelabur. Itu pun sudah menguntungkan.


No comments:

Post a Comment