Sunday 5 January 2014

DS ZAHID KENA MENANG DI MAHKAMAH PILIHANRAYA




Isnin lalu 23 Disember, Mahkamah Pilihanraya membenarkan rayuan petisyen PKR untuk Parlimen Bagan Datoh dan Tapah serta DUN Merbau Limau. Ketiga tiga kerusi ini dimenangi oleh BN dan di Perak. Sebelum ini, semua petisyen di tolak oleh Mahkamah.

Pembangkang khasnya PKR mengharapkan keputusan kerusi Parlimen Bagan Datoh dibatalkan oleh Mahkamah Parlimen dan SPR perlu mengadakan semula. Ketiga tiga kes ini perlu dibicarakan sepenuhnya sebelum keputusan di buat samada batal atau sah keputusannya.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seorang Menteri dan juga Naib Presiden UMNO, manakala Datuk S. Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga salah seorang Naib Presiden MIC. Kedua dua mereka adalah nama besar dalam politik Malaysia.

DS Dr Zahid terkenal dengan ketegasan beliau bertugas. Beliau berani mengeur dan terus mengambil tindakan tanpa was was. Perhimpunan haram di sekat manakala ahli kongsi gelap ditahan. Pekerja keselamatan warga asing diperiksa dan ramai di dapati memiliki kad pengenalan Malaysia yang palsu. Sememangnya puak pembangkang dan penjenayah mahu DS Dr Zahid dijatuhkan.

Apa akan berlaku jika Mahkamah Parlimen membuat keputusan membatalkan kerusi Parlimen Bagan Datoh dan Tapah, selepas dibicarakan dengan sepenuhnya?

Apakah kelaziman keputusan Mahkamah? Membatalkan keputusan pemenang dan mengarahkan PRK semula atau Mahkamah mengistiharkan kemenangan kepada plantif (calon yang kalah di dalam PRU dahulu).?

Adakah DS Dr Zahid dan Datuk Saravanan perlu meletakkan jawatan sebaik sahaja kerusi mereka di istiharkan kosong?

Boleh ke DS Dr Zahid dan Datuk Saravanan menjalankan tugas tanpa dilantik menjadi senator sementara PRK di adakan?

Kemungkinan besar ke DS Dr Zahid dan Datuk Saravanan dipilih menjadi wakil semula BN?  

Apa implikasi kedudukan BN di DUN dan Parlimen?

Bagaimana agaknya jika kedua dua mereka tewas di dalam PRK ini?


No comments:

Post a Comment